Manchester City Meletakkan Tanda Harga Tak Masuk Akal Untuk Lepaskan Sterling

Manchester City meletakkan tanda harga yang agak tak masuk akal untuk Raheem Sterling, selepas terdapat ura-ura yang Barcelona sangat berminat untuk mendapatkan khidmatnya.

The Citizens meletakkan tanda harga bernilai £67.7 juta (€80 juta) untuk membenarkan Raheem Sterling meninggalkan kelab pada jendela perpindahan akan datang.

Pemain sayap berusia 26 tahun itu pada ketika ini sedang bergelut untuk mendapatkan minit permainan kerana beliau sering diketepikan sejak kehadiran Jack Grealish.

Selepas Manchester City mengeluarkan dana bernilai £100 juta untuk mendapatkan Jack Grealish dari Aston Villa dan sejak dari itu, Sterling lebih kerap memanaskan bangku simpanan sahaja.

Pengurus Man City, Pep Guardiola kebiasaannya memainkan Sterling di posisi centre foward pada musim ini, berbanding di posisi kegemarannya, sebagai pemain sayap.

Sterling hanya mampu menjaringkan satu gol sahaja dan mencatatkan satu assists dari 11 penampilan dalam semua pertandingan musim ini.

Kontrak bintang Manchester City itu akan berakhir pada 2023 dan beliau pada ketika ini sedang hangat dikaitkan dengan bakal meninggalkan kelab.

Arsenal, Newcastle dan Barcelona antara pasukan yang dikatakan sangat berminat untuk mendapatkan khidmat pemain kebangsaan England itu.

Menurut sumber laporan Marca, Juara bertahan saingan Premier League itu meletakkan tanda harga bernilai £67.7 juta untuk Sterling.

Barcelona pada ketika ini sedang dalam usaha mereka untuk memperbaiki skuad pada jendela perpindahan Januari nanti, dan mereka mengenal pasti Sterling sebagai sasaran utama untuk ditandatangani.

Walau bagaimanapun, nilai yang Manchester City letakkan untuk Sterling itu dianggap agak tidak masuk akal dan sukar untuk Barcelona keluarkan dana sebesar itu dalam keadaan mereka sedang bergelut dengan masalah kewangan.

Sterling menandatangani perjanjian bersama Liverpool pada tahun 2015 yang lalu, dan beliau sendiri pada ketika ini mengakui keinginan untuk meninggalkan Etihad, dalam usahanya untuk mendapatkan minit permainan.

“Jika ada peluang untuk saya pergi ke tempat lain, dan mendapatkan lebih banyak minit permainan, saya sangat terbuka untuk itu.”

Jelas Sterling.

“Sebagai seorang pemain England, apa yang saya tahu hanyalah Premier League dan saya selalu fikir, ‘kamu tahu, mungkin satu hari nanti, saya sangat gembira untuk beraksi di luar negara dan melihat bagaimana kemampuan saya untuk beraksi di sana.”

Legenda Manchester United, Roy Keane turut menegaskan yang beliau percaya Sterling dan Pep Guardiola sebenarnya mempunyai masalah dalaman pada ketika ini.

Legenda Arsenal, Ian Wright percaya yang Sterling mempunyai hak untuk tahu lebih lanjut tentang masa depan beliau di Etihad.

Sterling telah membuat lebih 300 penampilan untuk City dan memenangi tiga gelaran Premier League, empat League Cup, dan satu gelaran FA Cup sepanjang kariernya di Etihad.

Walau bagaimanapun, nilai yang City letakkan untuk beliau pada ketika ini, dengan kemampuan dan usianya, jelas sekali ia agak tidak masuk akal.

Mungkin City sengaja meletakkan tanda harga yang tinggi, kerana tidak mahu ada kelab lain yang berani untuk menghantar bidaan.

Mungkin juga kerana mereka sedar Newcastle pada ketika ini merupakan kelab paling kaya dalam dunia bola sepak, maka mereka berani meletakkan tanda harga yang begitu tinggi.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Bellamy Yakin Mahrez Bakal Jadi Lebih 'Berbisa' Di Bawah Guardiola