Manchester City Mulakan Rundingan Dengan Arsenal Berkenaan Alexis Sanchez

Beberapa sumber melaporkan Manchester City dan Arsenal telah memulakan perbincangan berkenaan perpindahan Alexis Sanchez ke Etihad Stadium pada tirai perpindahan Januari ini.

Kedua-dua kelab telah mengadakan perbincangan beberapa hari ini dengan City semakin yakin untuk mendapatkan khidmat Alexis Sanchez serta merta dari menunggu kontrak pemain ini tamat hujung musim nanti.

Guardiola adalah jurulatih yang bertanggungjawab membawa Sanchez ke Barcelona.

Arsenal dilihat telah menyerah kalah dalam usaha mereka untuk meyakinkan pemain antarabangsa Chile ini kekal di Emirates dan menandatangani kontrak baru.

Arsenal meletakkan tanda harga berjumlah £35 juta kepada kelab yang ingin mendapatkan Sanchez bulan ini, dan telah memberitahu City penilaian mereka.

City seperti dijangka tidak setuju dengan harga yang diminta dengan mereka mengharapkan nilai perpindahan dapat dikurangkan menjadi £25 juta memandangkan kontrak pemain ini hanya tinggal 6 bulan sahaja lagi.

Sanchez semakin hampir tunaikan hajatnya sertai City

Walaubagaimanapun, City tidak mahu pisang berbuah dua kali seperti yang berlaku musim panas lalu dimana tawaran saat akhir mereka bernilai £55 juta diterima pada mulanya, tetapi perpindahan tidak berlaku kerana Arsenal gagal mendapatkan pengganti yang sesuai.

City mahu perpindahan Sanchez ke Etihad diselesaikan segera daripada menunggu ke saat akhir seperti yang berlaku beberapa bulan yang lalu. Sumber yang rapat dengan Sanchez memberitahu perpindahan ini akan berlaku tidak lama lagi dengan pemain itu sendiri tidak sabar menunggu pengumuman rasmi dari kedua-dua buah kelab.

City yang diwakili Direktor Sukan, Txiki Begiristain telah mengadakan perbincangan dengan rakan sejawatnya di Arsenal bermula Jumaat sehingga Ahad lalu dalam usaha mencari jalan penyelesaian terbaik untuk kedua-dua pasukan.

Arsenal kelab tanpa arah tujuan, ujar Sanchez kepada Wenger

Sanchez ditinggalkan dari menganggotai skuad Piala FA yang tumpas mengejut kepada Nottingham Forest semalam dan tersingkir dari pertandingan tersebut seawal pusingan ke-3. Ini bermakna Sanchez berpeluang bermain dengan City dalam saingan Piala FA andainya beliau berjaya berpindah ke Etihad Stadium.

Sanchez juga hampir pasti didaftarkan bermain dalam Liga Juara-Juara kerana Arsenal tidak beraksi dalam pertandingan tersebut musim ini. Peraturan UEFA menetapkan kelab dapat mendaftarkan seorang pemain yang bermain dalam peringkat kumpulan Europa League ke dalam skuad mereka untuk peringkat kalah mata Liga Juara-Juara.

BACA:  Bonucci Naik Hantu Dan Hampir 'Rembat' Setiausaha Kelab Selepas Lihat Sanchez Jaringkan Gol Kemenangan Inter