Manchester United Akui Buat Kesilapan Membeli Antony

Manchester United ‘secara peribadi menerima’ dan mengakui bahawa mereka telah membuat kesilapan dengan mengambil risiko yang besar membeli Antony di jendela perpindahan musim panas yang lalu.

Setan Merah telah bersetuju membayar yuran perpindahan sebanyak £85 juta bagi membolehkan Antony kembali bersatu bersama bos lamanya, Erik Ten Hag dalam musim perpindahan yang penuh terdesak.

Pembelian ini meletakkan Antony ditangga keempat membabit yuran perpindahan termahal dalam sejarah Premier League selepas Jack Grealish, Romelu Lukaku dan Paul Pogba dan ke-13 termahal dunia.

Pemain kebangsaan Brazil itu telah membuat impak segera pada awalnya seperti berbaloi dengan tanda harga apabila menjaringkan gol dalam debut ketika menentang Arsenal.

Namun sejak itu, selepas empat bulan berlalu sejak tiba di Old Trafford, perdebatan mengenai pemain sayap itu bermula dengan pendapat yang pelbagai, adakah satu pembelian yang berbaloi?

Masih terlalu awal sebenarnya untuk menilai prestasi dan kemampuan sebenar Antony namun dengan nilai dibayar sudah pasti impak segera dimahukan sama juga dengan situasi Darwin Nunez.

Situasi kedua-dua pemain ini adalah sama di mana mereka bukan produk akhir tetapi pemain muda yang perlu digilap untuk mencapai potensi sebenar mereka.

Sudah pasti Erik Ten Hag yang sudah bersama Antony di Ajax selama 2 tahun setengah tidak terkejut dengan Antony yang hanya mampu sebelah kaki sahaja iaitu kaki kiri.

Di era bola sepak moden kini membuatkan ramai peminat terkejut dengan bayaran menghampiri £100 juta namun mendapat pemain yang terhad penggunaan kakinya.

Manchester United kini mengakui mereka telah membayar lebih dari harga yang sepatutnya namun mereka menyatakan bahawa mereka mempunyai sebab yang tersendiri.

Sebab pertama adalah Manchester United tiada banyak pilihan pemain untuk posisi sayap kanan, di mana dalam senarai akhir mereka hanya ada 3 orang sahaja termasuk Antony.

Jika dibandingkan dengan posisi bek tengah berkaki kiri Manchester United mempunyai lima pemain pilihan termasuklah Lisandro Martinez dan menjadikan haraganya boleh dirunding dan munasabah lagi masuk akal.

Sebab kedua adalah John Murtough dan pasukan pengambilan kagum dengan keinginan Antony untuk menyertai Manchester United di mana Antony memberitahu Ajax bahawa dia mahu berpindah ke Manchester United dan Antony sudah berada dalam radar United ketika berjaya memecah masuk pasukan utama Sao Paulo

Sebab ketiga, pemantauan mereka terhadap pasaran perpindahan mencadangkan beberapa kelab terkemuka Eropah akan mencari pemain dengan ciri yang sama pada 2023, yang hanya akan menaikkan harga yang lebih tinggi.

Sumber dalaman Manchester United telah memberitahu ESPN bahawa:

“Kami bayar pemain yang kami sangka dia akan menjadi (seperti harga dibayar), bukan seperti dia sekarang.”

Manchestert United pasti mengharapkan Antony untuk memperbaiki dan meningkatkan diri dan walaupun lima gol dalam 16 penampilan untuk memulakan kariernya di England, Ten Hag telah menegaskan Antony bukan artikel yang telah selesai. Pada usia 22 tahun, dia mempunyai masa yang masih panjang.

“Dia adalah pemain muda yang perlu kami kembangkan, tetapi dia perlu membangunkan dirinya sendiri,” kata Ten Hag selepas Antony menjaringkan gol dalam kemenangan 2-1 ke atas Everton pada Oktober.

“Kami perlu mengharapkan lebih daripadanya. Dia memerlukan cabaran. Itulah sebabnya dia datang ke Liga Perdana. Dia akan meningkat. Pada minggu pertama, dia menjaringkan gol, dia melakukan perkara yang baik, tetapi saya juga melihat banyak ruang untuk peningkatan dalam permainannya.”

Bola sepak hari ini sudah berkembang di mana pemain muda berbakat besar dibayar harga ratusan hanya untuk membeli potensi mereka lalu digilap di mana ada risiko yang perlu ditanggung.

Berbeza di zaman Cristiano Ronaldo dan Gareth Bale memecahkan rekod dunia yang terus memberi impak besar kepada pasukan.

Power Sangat ke Antony Buatkan Manchester United Terpikat?

Antony Matheus dos Santos, lahir 24 Februari 2000, dikenali sebagai Antony, merupakan pemain bola sepak profesional Brazil yang bermain sebagai pemain sayap untuk kelab Eredivisie Ajax dan pasukan kebangsaan Brazil.

Pemain sayap ini adalah kelahiran dari sistem pembangunan dan akademi Sao Paulo dan menjaringkan enam gol dalam 52 penampilan untuk kelab itu. Dia menyertai Ajax pada 2020 dan telah memenangi dua gelaran Eredivisie dan satu Piala KNVB.

Antony memenangi pingat emas bersama pasukan bawah 23 tahun Brazil di Sukan Olimpik Musim Panas 2020. Dia menjaringkan gol pada penampilan sulung bersama skuad senior Brazil menentang Venezuela pada Oktober 2021.

Lahir di Osasco, Antony menyertai program belia Sao Paulo pada 2010 pada usia 10 tahun. Pada 2018, Sao Paola telah memenangi kejohanan Cabaran Liga J di Jepun dan dia telah dipilih sebagai pemain terbaik kejohanan itu.

Pada 26 September 2018, Antony bersama Helinho dan Igor Gomes telah dinaikkan pangkat ke pasukan senior dan dia menandatangani kontrak sehingga September 2023.

Pada 23 Februari 2020 Antony mula bersama Erik Ten Hag, Ajax menandatangani Antony perjanjian lima tahun dengan harga awal sebanyak £13 juta, yang boleh meningkat kepada £18.2 juta.

Pada 13 September 2020, dia menjaringkan gol pertamanya untuk Ajax dalam kemenangan 1–0 ke atas Sparta Rotterdam. Dalam perlawanan liga menentang SBV Vitesse, dia menjaringkan gol keduanya untuk Ajax.

Pada 3 November 2020, Antony menjaringkan gol Liga Juara-Juara UEFA pertamanya dalam kemenangan 2–1 di tempat lawan ke atas Midtjylland pada musim 2020–21.

Bersama Ajax setakat ini, Antony sudah menjaringkan 17 gol dalam 55 penampilan.

BACA:  Paul Scholes Menganjing Sancho Dan Antony