Manchester United Bukan Tempat Yang Sesuai Untuk Declan Rice

Manchester United bukanlah tempat yang sesuai untuk Declan Rice pergi pada ketika ini andai beliau benar-benar mahu meninggalkan West Ham.

Itu adalah kenyataan yang dikeluarkan oleh Anton Ferdinand yang menegaskan bahawa Old Trafford bukan tempat yang sesuai untuk Declan Rice tujui selepas ini.

Declan Rice yang kini sudah berusia 23 tahun itu hangat dikaitkan dengan bakal menyertai Manchester United pada jendela perpindahan musim panas ini.

Beliau juga memiliki reputasi sebagai antara pemain midfield terhebat yang ada dalam saingan Premier League pada ketika ini.

Pemain kebangsaan England itu merupakan ketua pasukan untuk skuad West Ham sepanjang musim ini dengan beliau cemerlang memimpin The Hammers untuk mara ke peringkat separuh akhir saingan Europa League.

West Ham pada ketika ini berada di kedudukan ketujuh dalam carta saingan liga, tiga mata dibelakang Manchester United yang sedang berada di kedudukan keenam.

Bekas pemain pertahanan West Ham, Ferdinand percaya yang Declan Rice sebenarnya sudah membuat kesilapan besar dalam hidupnya andai beliau memilih untuk sertai skuad setan merah di bawah kendalian Erik Ten Hag.

“Man Utd bukan tempat dia buat masa sekarang. Mereka sedang melalui transisi yang akan memakan masa.”

Jelas Ferdinand kepada The Sun.

“Bagi saya secara peribadi, jika saya Rice, Man Utd bukan tempat yang akan saya pergi. Saya akan tunggu beberapa tahun lagi untuk lihat apa Ten Hag boleh lakukan.”

“Sama ada beliau boleh implement apa yang beliau lakukan di Ajax ke Old Trafford dan mampu bawa mereka menjadi antara pasukan yang mampu mencabar atau tidak.”

“Selain itu, apa tujuan utama dia tinggalkan West Ham untuk pergi ke tempat lain yang mana kamu tak akan mencabar kejuaraan.”

“Kamu bersaing untuk ke Europa. Itu apa yang West Ham sedang lakukan, cabar untuk beraksi di pentas Champions League.”

“Kita perlu kejar sesuatu. Dia akan ada di kedudukan sama di Man Utd dan yang membezakannya hanya kelab itu sendiri.”

“Sebagai pemain bola sepak sendiri, saya tak akan pergi ke tempat lain hanya kerana dia kelab besar. Kamu ada segalanya di kelab yang kamu sayangi dan kamu bintang utama sekarang.”

“Di Man Utd, kamu akan jadi pemain biasa. Lebih baik kamu kekal di West Ham dan cabar kejuaraan Europa serta jadi bintang utama.”

Chelsea juga dilaporkan sangat berminat mahu menandatangani Declan Rice yang ketika ini masih mempunyai kontrak bersama West Ham sehingga 2024 nanti.

Rice dilaporkan telah menolak tawaran kontrak baru dari kelab namun pengurus West Ham, David Moyes menegaskan yang pemain midfield beliau itu tidak akan dijual pada musim panas ini.

Walau bagaimanapun, laporan sama turut mendakwa yang West Ham akan mempertimbangkan untuk menjual Rice seandainya ada kelab yang mampu membayar yuran perpindahan bernilai £150 juta.

Ketika ditanya apa akan beliau lakukan andai beliau berada di posisi Rice, Ferdinand menegaskan yang beliau akan kekal bersama West Ham.

Beliau walau bagaimanapun turut menegaskan yang beliau faham andai Rice mahu pergi meninggalkan kelab dalam usahanya mahu mencabar kejuaraan.

“Saya secara peribadi, saya memilih untuk kekal (berbanding sertai United).”

Tambah Ferdinand yang telah membuat 163 penampilan untuk West Ham sepanjang kariernya di London Stadium.

“Tapi jika ia merupakan pasukan yang bersaing untuk memenangi liga, dan mereka datang dengan duit, ia bakal menjadi tugas berat untuk West Ham tolak.”

“Macam saya katakan, jika dia pergi, sebagai peminat kita kena hargai apa yang sudah dia lakukan untuk kelab. Dia akan terus disayangi dan dikenang sebagai legenda.”

Sumber: SPORTbible

BACA:  Kecewa Tak Menang UEL, Peminat United Hamburkan Kata Kata Rasis Kepada Rashford