Para pemain Manchester United telah mencipta sejarah baru dalam saingan Premier League selepas mereka mencatatkan percubaan tepat ke gawang sendiri lebih banyak berbanding ke gawang lawan.
Para pemain setan merah mencatatkan dua percubaan tepat ke arah penjaga gol sendiri, David De Gea berbanding satu percubaan ke arah penjaga gol lawan, Ederson.
Hebat bukan? Dek kerana susahnya untuk melepasi barisan pertahanan lawan, maka mereka memilih untuk melakukan percubaan tepat ke gawang sendiri sahaja.
😳 @ManUtd had more shots on target on their own goal than @ManCity's goal today. pic.twitter.com/YrniF4UBEt
— SPORF (@Sporf) November 6, 2021
De Gea bukan hanya terpaksa berdepan dengan pemain penyerang pasukan lawan, bahkan beliau turut perlu menyelamatkan gawang golnya dari dibolosi oleh rakan sepasukannya sendiri.
Dengan perlawanan baru masuk minit ke-7 permainan, skuad kendalian Pep Guardiola yang sudah mendominasi perlawanan sejak awal berjaya membuka tirai jaringan mereka.
Apa yang menariknya, para pemain City tak perlu bersusah payah untuk merobek gawang gol De Gea, sebaliknya Eric Bailly yang membantu mereka untuk memperoleh gol pertama dalam aksi Manchester derby ini.
Tidak lama selepas itu, penjaga gol United, David De Gea sekali lagi diuji oleh rakan sepasukannya sendiri, namun mujur saja beliau pantas menyelamatkan keadaan.
Ederson produces a great save from Cristiano Ronaldo's volley in Manchester United's only shot on target so far today. pic.twitter.com/ZTdmrU6Bvn
— Squawka News (@SquawkaNews) November 6, 2021
Victor Lindelof menampan bola menuju ke gawang golnya sendiri dengan De Gea cemerlang mengawal keadaan untuk memastikan gawang golnya tidak dibolosi oleh rakan sepasukannya sekali lagi.
City terus menerus mengasak gawang United sepanjang aksi babak pertama perlawanan, dan hasilnya mereka berjaya menambah gol seminit sebelum rehat separuh masa.
Bernardo Silva berjaya menjaringkan gol yang cukup cantik selepas beliau bijak memanfaatkan kesilapan pertahanan United yang membiarkan beliau memiliki ruang untuk menolak bola masuk ke gawang gol setan merah.
Untuk menunjukkan betapa teruknya persembahan United dalam perlawanan ini, lihat saja bagaimana mereka mencatatkan statistik yang sungguh teruk sepanjang perlawanan.
Setan merah hanya mampu mencatatkan satu percubaan tepat sahaja sepanjang perlawanan, dengan pasukan lawan mendominasi 68% penguasaan bola.
Utd have had more shots against de gea than against ederson… This can’t be real!
— Rio Ferdinand (@rioferdy5) November 6, 2021
21% of Man Utd's home defeats in PL history have come under Ole Gunnar Solskjaer
— Duncan Alexander (@oilysailor) November 6, 2021
#mufc approach: hope De Gea rescues them at one end and hope Ronaldo rescues them at the other. Neither hope transpired. Hopeless performance. No shape or belief. Can’t keep going on like this. Solskjaer came in, steadied the ship post-Jose but now they’re sinking. Time to go.
— Henry Winter (@henrywinter) November 6, 2021
David De Gea ‘koyak’ sampai cari gaduh dengan terowong
David De Gea dilihat meluahkan kemarahan beliau dengan menumbuk terowong di Old Trafford selepas tamat aksi kekalahan United bertemu Man City malam semalam.
Penjaga gol kebangsaan Sepanyol itu benar-benar koyak dalam perlawanan ini kerana kecewa dengan keputusan dan persembahan rakan sepasukannya.
Tidak mungkin beliau kecewa dengan dirinya sendiri kerana De Gea begitu banyak menyelamatkan United dari terus dibolosi dalam perlawanan ini.
De Gea sends painful message to #mufc fans after derby defeathttps://t.co/T5MeUojbG2
— Man United News (@ManUtdMEN) November 6, 2021
De Gea berhak dipuji atas persembahan mantap yang beliau persembahkan sepanjang aksi babak pertama dalam perlawanan ini.
Beliau beberapa kali melakukan aksi penyelamatan berkelas dunia dalam menyelamatkan gawang golnya dari terus dirobek oleh Man City.
DAVID DE GEA, WHAT A SAVE! 🧤 pic.twitter.com/6hZUogZBJL
— International Champions Cup (@IntChampionsCup) November 6, 2021
The Citizens sebenarnya berpotensi untuk menjaringkan empat ke lima gol lagi pada aksi babak pertama dalam perlawanan ini, namun De Gea berjaya menyelamatkan maruah United dari dicalarkan oleh seteru sebandar mereka itu.
Penjaga gol berusia 30 tahun itu dua kali menggagalkan percubaan dari Cancelo dan turut menyelamatkan gawang golnya dari dibolosi oleh Gabriel Jesus dan Kevin De Bruyne.
De Gea ketika bolos gol kedua, beliau sudah menunjukkan kemarahannya dengan menumbuk tiang gol ketika para pemain City sedang meraikan gol mereka.
Selepas tamat perlawanan, beliau dilihat sekali lagi menunjukkan reaksi kecewa dengan menumbuk terowong menuju masuk ke bilik persalinan dengan penuh amarah.
🚨⚽️ | NEW: David De Gea:
— Football For All (@FootballlForAll) November 6, 2021
ردة فعل دي خيا بعد مالعب ضد السيتي وضد مدافعين يونايتد 😓
–#دي_خيا#مانشستر_يونايتد_مانشستر_سيتي pic.twitter.com/jRBC75S0c5— خالد العليان 🇸🇦 (@o15_khalid) November 6, 2021
Salah seorang peminat sempat merakam detik di mana De Gea kepal penumbuk dan menghayunkannya di pintu tersebut sebelum beliau terus menghilang masuk ke dalam terowong.
Selepas tamat perlawanan, beliau turut memuat naik status di laman twitter miliknya untuk meluahkan rasa sakit dan kecewanya beliau pada ketika ini.
Kemenangan 2-0 City menewaskan United membawa mereka naik ke kedudukan kedua dalam carta saingan liga, tiga mata dibelakang Chelsea yang sedang memimpin saingan Premier League.
I am hurt pic.twitter.com/F5dk24qX2W
— David de Gea (@D_DeGea) November 6, 2021
Liverpool walau bagaimanapun berada di kedudukan ketiga, satu mata di belakang Man City dan mempunyai kelebihan satu perlawanan yang belum dimainkan.
Setan merah sementara itu kekal di kedudukan kelima dalam carta liga dengan mereka sembilan mata ketinggalan dari pendahulu saingan liga, Chelsea.
Sumber: SPORTbible