Mane Tolak Untuk Diraikan Di Anfield Kerana Memikirkan Perasaan Salah

Bintang handalan Liverpool, Sadio Mane telah membuat satu permintaan khas sebelum aksi perlawanan bertemu Norwich City di Anfield kemarin.

Beliau meminta kepada kelab dan penyokong agar tidak meraikan kejayaannya memenangi gelaran AFCON pada bulan lalu bersama skuad kebangsaan Senegal.

Kebanyakan pemain dari skuad kebangsaan, Senegal, mereka akan diraikan oleh kelab masing-masing kerana berjaya menjuarai saingan AFCON.

Walau bagaimanapun, Sadio Mane menolak untuk diraikan, bahkan beliau tak mahu ada yang menyebut tentang hal tersebut di Anfield kerana mahu menjaga hati Mohamed Salah.

Pihak kelab pada awalnya ada merancang mahu meraikan kejayaan Sadio Mane membantu skuad kebangsaan Senegal menjuarai saingan AFCON di Anfield sebelum aksi sepak mula bertemu Norwich.

Walau bagaimanapun, rancangan pihak kelab itu terpaksa dibatalkan kerana Sadio Mane tidak mahu diraikan dan beliau lebih memilih untuk menjaga hati sahabatnya, Mohamed Salah.

Tidak boleh dipertikaikan lagi yang Sadio Mane sememangnya dikenali sebagai antara pemain paling mulia dalam dunia bola sepak hari ini.

Dan tindakan beliau menolak untuk diraikan di Anfield hanya kerana mahu menjaga hati Mohamed Salah jelas sekali membuktikan dakwaan tentang kemuliaan hatinya itu tepat dan benar.

Beliau jelas sekali sangat berhak untuk diraikan kerana menjadi watak terpenting Senegal ketika menjuarai saingan AFCON pertama dalam sejarah negara mereka, namun Mane tetap lebih memilih hati dan perasaan sahabatnya.

Beliau bersama skuad kebangsaan Senegal berjaya menewaskan Mesir dalam aksi perlawanan akhir saingan AFCON di Cameroon bulan lalu.

Mane bahkan turut memujuk Salah selepas tamat perlawanan akhir tersebut sebelum meraikan kemenangan Senegal itu bersama rakan sepasukannya yang lain.

Mane dan Salah kedua-duanya berjaya menjaringkan gol ketika membantu Liverpool menewaskan Norwich 3-1 dalam aksi saingan Premier League malam semalam.

Bintang Senegal itu berjaya menjaringkan gol yang cukup cantik dan menakjubkan dengan beliau melakukan skill lipat gunting untuk menewaskan penjaga gol The Canaries itu.

Mane patut diberikan hadiah Nobel kerana menjaringkan gol yang sungguh gila

Sadio Mane sepatutnya diberikan hadiah Nobel kerana berjaya menjaringkan gol yang sungguh luar biasa dasyat dan menakjubkan.

Bintang Senegal itu berjaya menjaringkan gol penyamaan untuk mengikat Norwich selepas The Canaries terlebih dahulu merobek gawang gol Liverpool.

Milot Rashica cemerlang meledak gol pembukaan untuk pasukan pelawat pada minit ke-48 permainan, sebelum Liverpool kembali menyamakan kedudukan menerusi Sadio Mane pada minit ke-64 permainan.

Sadio Mane memukau peminat seluruh dunia dengan menjaringkan gol yang sungguh cantik dan luar biasa menakjubkan.

Jordan Henderson melambungkan bola cantik ke dalam kotak penalti mencari Kostas Tsimikas yang kemudiannya menanduk bola ke tengah kotak penalti.

Mane yang ketika itu tidak dikawal melakukan skill lipat gulung yang sungguh kemas dengan bola lipatan maut beliau menerjah jaring gawang gol Norwich City.

Harus diakui yang gol tersebut sememangnya cantik dengan para peminat sepakat meminta agar Sadio Mane diberikan hadiah Nobel kerana berjaya menjaringkan gol segila itu.

Beliau masih mampu menjaringkan gol dengan skill yang menakjubkan walau dalam keadaan tertekan dan tidak dinafikan juga sukar sebenarnya untuk seseorang pemain mampu menjaringkan gol berkualiti seperti itu.

Rangkuman aksi Liverpool bertemu Norwich City

Pada minit ke-48 permainan, Norwich akhirnya berjaya memecah kebuntuan dengan mereka terlebih dahulu memperoleh gol pendahuluan.

Milot Rashica mencipta sejarah tersendiri selepas kejayaan beliau mencatat nama sebagai penjaring gol dalam perlawanan ini.

Rashica melepaskan rembatan padu ke arah gawang gol Liverpool, dengan bola rembatan beliau terbias terkena kaki Matip sebelum menerjah jaring gawang gol Liverpool.

Terkejut dengan gol pendahuluan Norwich, Liverpool kemudiannya melancarkan beberapa siri serangan tanpa henti, dalam usaha mereka untuk memburu gol penyamaan.

60 minit perlawanan berlangsung, Liverpool masih kekal dominan dan menguasai sepenuhnya penguasaan bola, namun usaha mereka memburu gol penyamaan masih menemui jalan buntu.

Pada minit ke-64 permainan, Liverpool akhirnya berjaya memadam gol pendahuluan yang dijaringkan oleh Rashica menerusi Sadio Mane.

Bintang Senegal itu berjaya menjaringkan gol yang sungguh luar biasa menakjubkan untuk membantu Liverpool mengikat Norwich 1-1.

Mane berjaya memanfaatkan bola tandukan Kostas Tsimikas dengan melakukan skill lipat gulung yang sungguh luar biasa menakjubkan.

Tidak dinafikan ia sememangnya gol yang sangat cantik dan tentunya ia juga menjadi gol semangat untuk para pemain Liverpool memburu tambahan jaringan dalam perlawanan ini.

Pada minit ke-66 permainan, Liverpool akhirnya berjaya mendahului perlawanan selepas memperoleh gol kedua menerusi Mohamed Salah.

Alisson Becker melakukan hantaran membelah padang mencari Mo Salah yang berada di kawasan lawan, dengan bintang Mesir itu cemerlang mengawal bola hantaran dari penjaga golnya itu, sebelum melepaskan rembatan leret cantik untuk gol kedua Liverpool.

Salah bijak mengawal bola dan memperbodoh-bodohkan barisan pertahanan Norwich sebelum memastikan bola berakhir dalam jaring gawang gol lawan.

Pada minit ke-80, The Reds berjaya memperoleh gol ketiga mereka dalam perlawanan ini menerusi penandatanganan terbaru kelab, Luis Diaz.

Jordan Henderson menghantar bola cantik ke dalam kotak penalti dengan Diaz kemudiannya melakukan larian untuk memenangi bola tersebut, seterusnya melepaskan rembatan untuk menewaskan Angus Gunn.

Kemenangan 3-1 membantu Liverpool untuk terus mencabar Manchester City dengan mereka kini sudah berjaya merekodkan lapan kemenangan secara berturut-turut dalam semua pertandingan.

Liverpool kini hanya enam mata sahaja dibelakang Man City, dengan skuad kendalian Jurgen Klopp itu turut mempunyai kelebihan satu perlawanan yang masih belum dimainkan.

Norwich City sementara itu berada di kedudukan tercorot dalam carta saingan liga, dengan mereka kini semakin sukar untuk keluar dari zon penyingkiran.

BACA:  Mane: Liverpool Akan Jadi Juara Liga Perdana Inggeris Musim Ini