Maradona: Tiada Apa Yang Perlu Dibuktikan Messi Untuk Argentina

Legenda bolasepak dunia, Diego Maradona berpendapat rakan senegaranya, Lionel Messi tidak perlu membuktikan apa-apa apabila menyarung jersi Argentina bagi menghadapi Piala Dunia 2018 yang bakal bermula tidak lama lagi.

Argentina atau lebih dikenali sebagai The Albiceleste mempunyai ramai pemain ternama dunia seperti Angel Di Maria, Nicholas Otamendi, Javier Mascherano, Paulo Dybala, Sergio Aguero dan ramai lagi.

Tiada apa yang perlu dibuktikan Messi lagi kerana beliau sudah terbukti pemain terbaik dunia. Persetankan makcik-makcik bawang semua

Walaupun memiliki ramai pemain ternama, Argentina mengharungi kempen kelayakan Piala Dunia zon Amerika Selatan dengan prestasi yang sangat mengecewakan dimana mereka memerlukan hatrik Messi pada perlawanan terakhir peringkat kumpulan menentang Ecuador untuk mengesahkan tempat mereka ke Russia.

Disebabkan aksi yo-yo yang dipamerkan Argentina ketika ini, mereka tidak dianggap sebagai pasukan pilihan untuk memenangi kejohanan bolasepak paling berprestij itu yang bakal bermula kurang dua minggu lagi.

Walaupun berjaya menjejakkan kaki ke pentas final 4 tahun lalu di Brazil, pasukan seperti Jerman, Sepanyol, Perancis dan Brazil dianggap pasukan yang lebih berkemampuan untuk memenangi Piala Dunia nanti.

Argentina tewas tipis di tangan Jerman 1-0 dalam perlawanan akhir Piala Dunia 2014 selepas Mario Gotze menjaringkan gol tunggal perlawanan pada waktu tambahan.

Messi memerlukan bantuan rakan sepasukan beliau sekiranya mahu menjulang trofi Piala Dunia. Messi can’t do it alone although he’s not from Earth.

Ramai menganggap Piala Dunia di Russia nanti bakal menjadi medan terakhir buat Lionel Messi untuk memenangi kejohanan tersebut. Jika tidak kerana ketumpulan Gonzalo Higuain di depan gol 4 tahun lalu, sudah pasti Messi akan merasai nikmat bergelar juara dunia bersama Argentina.

Maradona pula diangkat menjadi legenda bolasepak dunia selepas memacu Argentina menjuarai Piala Dunia 1986 di Mexico, iaitu Piala Dunia terakhir mereka setakat ini.

Maradona hampir membawa Argentina muncul juara dunia sekali lagi 4 tahun selepas itu tetapi mereka tewas dalam perlawanan akhir di tangan Jerman.

Sama seperti Maradona, Messi turut dikecewakan oleh skuad Jerman yang terkenal dengan kecekapan dan kerjasama berpasukan bermain dalam 1 unit walaupun tidak mempunyai banyak pemain ternama.

Lebih menyedihkan lagi, selepas tewas di tangan Jerman pada tahun 2014, Messi berterusan dirundum malang apabila beliau sekadar muncul naib juara Copa Amerika 2015 dan Copa Amerika Centenario 2016.

Kali ini, Chile menjadi penghalang di antara Messi dan trofi di peringkat antarabangsa apabila mereka muncul juara dalam kedua-dua edisi Copa Amerika tersebut.

Disebalik kekecewaan tersebut, Maradona mempunyai kata-kata semangat kepada Messi walaupun tidak meletakkan Argentina sebagai salah satu pasukan pilihan untuk menjuarai Piala Dunia.

Enjoy your game, don’t listen to critics. Mereka hanya tahu membawang

“Saya hanya mahu menasihatkan Messi supaya menikmati bolasepak setiap kali beliau bermain. Beliau harus melupakan segala kritikan yang dilemparkan kepadanya, sama ada beliau mampu memenangi Piala Dunia atau tidak.”

“Messi tidak perlu mempamerkan apa-apa. Beliau hanya perlu menikmati permainannya setiap kali beliau beraksi.”

“Saya tidak kenal jurulatih Argentina, Jorge Sampaoli. Saya tidak tahu bagaimana pasukan beliau bermain. Tetapi saya kenal kebanyakan pemain yang akan bermain, dan saya tahu mereka akan memberikan segala-galanya.”

“Saya merasakan mereka mempunyai peluang yang baik untuk memenangi kejohanan tersebut. Tetapi saya tidak memilih Argentina sebagai pasukan pilihan kerana pasukan pilihan kebiasaannya tidak akan memenangi Piala Dunia.”

BACA:  Messi Join Live Stream Aguero Untuk Borak Kosong