Martial: Peminat Sedang Melihat ‘Pogba’ Yang Sebenar

Bukan ‘copy ori’, ‘Triple A’ mahupon cap Golok, tapi peminat bola sepak sedang melihat ‘Paul Pogba’ yang sebenar dan apa yang pemain itu mampu lakukan di atas padang menurut rakan sepasukannya, Anthony Martial.

Martial yang baru sahaja menandatangani kontrak 5 tahun bersama Manchester United, percaya Pogba mampu memacu kelab tersebut mencapai lebih banyak kejayaan pada masa hadapan.

Bukan cap ayam, bukan copy ori, tapi kita sedang menyaksikan aksi Pogba yang original. Mourinho bodoh xpandai guna

Ketika Jose Mourinho masih bergelar pengurus United awal musim ini, masa depan Martial menjadi tanda tanya dan pemain itu sendiri berdepan masalah untuk mempamerkan prestasi yang konsisten.

Namun segalanya berubah buat Martial apabila Ole Gunnar Solskjaer mengambil alih jawatan pengurus pada hujung tahun lalu. United berjaya memenangi 8 dari 9 perlawanan terakhir mereka dan kini menduduki tangga ke-5 dalam Liga Perdana Inggeris, hanya dua mata dipisahkan dengan Chelsea yang menghuni slot terakhir untuk beraksi dalam Liga Juara-Juara Eropah musim hadapan.

Selain Martial, antara pemain yang menunjukkan peningkatan mendadak dari segi prestasi adalah Pogba. Pemain tengah Perancis itu mempunyai hubungan yang dingin bersama Mourinho sebelum ini dan kerap diletakkan di bangku simpanan pada awal musim.

United masih menagih khidmat Martial untuk 5 tahun yang seterusnya

Dan di bawah rejim baru, Martial berharap Pogba mampu membawa Manchester United memenangi lebih banyak trofi pada masa hadapan.

“Kita semua sudah tahu kualiti yang Pogba miliki. Pogba adalah Pogba. Sekarang beliau mempunyai kebebasan untuk bermain, dan kita sudah dapat lihat Paul Pogba yang sebenar dan saya berharap prestasi baik beliau akan berterusan.”

“Pogba adalah seorang pemimpin, sejujurnya beliau bercakap lebih banyak dalam bilik persalinan berbanding di atas padang. Saya berharap beliau akan memimpin pasukan ini untuk mencapai lebih banyak kejayaan.”

“Saya rasa kami sudah tidak jauh dari kedudukan Top 4. Apa yang penting sekarang adalah untuk memenangi seberapa banyak perlawanan yang boleh, dan kalau boleh memenangi trofi.”

Sejak bermain di bawah Solskjaer, Martial sudah menjaringkan 2 gol dan pemain berusia 23 tahun itu sedang menikmati waktunya di Old Trafford bermain di bawah seorang pengurus yang juga pernah menjadi penyerang suatu ketika dahulu.

Assist padu Pogba kepada Rashford minggu lepas

“Solskjaer merupakan seorang jurulatih yang penuh dengan nilai-nilai murni. Saya rasa beliau pandai mendapatkan yang terbaik dari seorang pemain dan beliau juga menerangkan rancangannya dengan jelas sebelum kami masuk ke dalam padang. Jadi kami tahu tugas masing-masing dan tahu apa yang perlu kami lakukan.”

“Beliau banyak memberikan nasihat kepada saya. Amat positif sebenarnya untuk menerima nasihat dari bekas pemain berkelas tinggi.”

BACA:  Kemenangan Bergaya Manchester United Dengan Gol Minit Akhir Garnacho