Martin Braithwaite Merupakan Pemain Barcelona Yang Paling Kaya Ketika Ini

Martin Braithwaite mungkin boleh dianggap sebagai salah seorang penandatanganan paling mengejutkan dalam sejarah Barcelona.

Namun agak tidak mengejutkan untuk tahu yang beliau sebenarnya antara pemain bola sepak terkaya dunia dan yang terkaya antara semua pemain Barcelona.

Jika Messi masih pemain Barcelona, maka Martin Braithwaite akan berada di kedudukan kedua sebagai pemain paling kaya antara semua pemain lain di Nou Camp.

Namun dek kerana bintang Argentina itu kini bukan lagi bintang Barcelona selepas kontraknya tamat pada akhir bulan lalu, maka Braithwaite adalah pemain terkaya.

Datang dari Middlesbrough dan berjaya mencuri tumpuan Barcelona seterusnya ditandatangani oleh gergasi Catalan itu merupakan satu hal yang sama sekali tidak pernah difikirkan oleh sesiapa sahaja termasuk Braithwaite sendiri.

Ia merupakan kejayaan paling cemerlang dalam kariernya selepas ditandatangani oleh pasukan gergasi dalam dunia bola sepak.

Beliau menyertai Barcelona pada Februari 2020 dan ketika sesi pengenalannya pada peminat, Braithwaite telah melakukan aksi dungu dengan mempamerkan teknik timbang bola kelam kabut.

Beliau sehingga kini sudah membuat 53 penampilan bersama Barcelona sejak dari awal beliau ditandatangani dan boleh dikatakan beliau antara pemain terpenting kelab pada ketika ini.

Terdapat rumours yang mengatakan bahawa beliau akan meninggalkan Barca pada musim panas ini, namun selepas melihat aksi cemerlang yang beliau pamerkan sepanjang Euro 2020, pihak kelab mungkin tidak akan menjualnya.

Barca berkemungkinan hanya akan meminjamkan beliau pada kelab lain sementara mereka akan terus berusaha untuk menstabilkan semula kedudukan ekonomi kelab.

Menurut sumber laporan dari Forbes, Martin Braithwaite merupakan bintang paling kaya berbanding semua bintang lain yang ada di Nou Camp.

Namun sekiranya Messi kekal, maka Braithwaite akan jadi bintang kedua terkaya dengan bintang Argentina itu memperoleh gaji bernilai €1,360,731 seminggu, jadi tidak hairanlah mengapa beliau jauh lebih kaya berbanding pemain lain di kelab.

Jika kekayaan Messi datang dari gaji, bonus dan lain-lain berkait bola sepak, Braithwaite pula kaya raya kerana melibatkan diri dalam pelaburan yang bijak.

Pada tahun 2017, beliau telah melaburkan dana bernilai $850,000 dalam bidang real estate dan ia merupakan pelaburan yang sungguh berbaloi.

Pelaburan beliau itu telah menghasilkan pendapatan yang sungguh menakjubkan dengan kini ia bernilai $250,000,000.

Bekas pemain penyerang Boro yang hanya menjaringkan sembilan gol dari 40 penampilan ketika kariernya di North Yorkshire itu juga turut mempunyai perniagaan pakaian bersama isterinya dan turut mempunyai restaurant di Barcelona.

Selain beliau gigih berusaha mencari duit untuk dirinya sendiri, bintang Denmark itu juga mahu membantu melahirkan lebih ramai jutawan dalam komuniti kulit hitam di Amerika.

Braithwaite cemerlang bersama Denmark dalam saingan Euro 2020

Bercakap ketika di Yahoo Finance Chanel Panel baru-baru ini, Martin Braithwaite telah menyatakan bahawa:

“Kami mahu mengajar orang tentang financial freedom dan bagaimana hebatnya proses untuk ke arah itu.”

“Kita ada begitu banyak hal yang mahu kita lakukan dan sentiasa dengan pemikiran untuk beri semula.”

Bercakap tentang usaha beliau di US, pemain penyerang Denmark itu menjelaskan kepada The Philadelphia Inquirer bahawa:

“Saya selalu ada sisi lebih ke arah Amerika, dan saya rasa sebab itulah pemikiran saya jadi lebih Amerika: berimpian besar, buat hal-hal yang menakjubkan, tulis matlamat yang nak dicapai.”

“Di Denmark, kita ada sistem yang hebat dalam melindungi manusia. Semua orang baik. Tidak ada orang yang perlu apa-apa. Di Amerika, ia langsung tidak sama seperti itu.”

Martin Braithwaite walau tidak begitu bersinar, namun beliau merupakan pemain terpenting yang membantu Denmark untuk mara sehingga ke peringkat separuh akhir.

Beliau telah mempamerkan rentak permainan yang sungguh luar biasa menakjubkan sepanjang kejohanan ini dan tidak dinafikan beliau antara pemain terbaik Denmark dalam saingan Euro 2020.

Bintang berusia 30 tahun itu sepanjang kejohanan ini beliau telah menjaringkan satu gol dari enam perlawanan dan telah mencatatkan statistik yang sungguh luar biasa menakjubkan.

Jika dilihat kepada kekayaan yang dimiliki oleh Martin Braithwaite, beliau mungkin mampu untuk membantu Barcelona membayar gaji para pemain dan menstabilkan semula kedudukan ekonomi kelab.

Siapa tahu beliau mampu menjadi pemilik kelab selepas ini, dari seorang penandatanganan paling mengejutkan dalam sejarah, kini menjadi pemilik Barcelona. Tiada yang mustahil bukan?

Sumber: SPORTbible

FC BarcelonaFI

BACA:  Lihat Gandingan Mantap Thiago Messi Dan Benjamin Suarez