Mascherano menganggap Argentina dua kali dirompak, di luar dan di dalam padang.
Javier Mascherano tidak berpuas hati dengan keputusan komisioner perlawanan yang mengarahkan agar perlawanan disambung semula selepas ianya dihentikan kira kira 2 jam.
Ketika perlawanan dihentikan kedudukan adalah 2-2. Apabila Medina menjaringkan gol lewat perlawanan minit ke-116. Yang dianggap serangan terakhir dalam perlawanan itu.
Ketika itulah penyokong Maghribi mengamuk dan menceroboh masuk ke dalam padang membuat protes. Mereka tak puas hati dengan masa tambahan yang terlalu lama.
Perlawanan dihentikan seketika setelah pemain pemain Argentina diserang dengan balingan objek dan sebagainya. Petugas keselamatan berusaha sedaya upaya mengeluarkan kesemua penyokong dari padang.
Penyokong Maghribi berkeliaran di atas padang sambil mengibarkan bendera mereka.
Pegawai perlawanan kemudian memutuskan agar baki perlawanan disambung dalam aksi stadium kosong. Di mana penyokong diminta bersurai.
Perlawanan terpaksa ditangguhkan kerana faktor keselamatan setelah penyokong menceroboh ke dalam padang.
Ketika aksi disambung, VAR menyemak gol Medina yang ternyata tidak sah dan ianya ofsaid. Lantas Argentina pun kalah 1-2 pada aksi pembukaan.
Pengurus Argentina menganggap apa yang berlaku sebagai sangat kelakar dan paling teruk pernah dia saksikan dalam hidupnya.
Javier Mascherano's reaction after Argentina ended up losing their opening match at the Olympics to Morocco 2-1.
The game was suspended after Argentina made it 2-2 in the 16th minute of added time, and after more than an hour they brought back both teams and deemed Argentina's… pic.twitter.com/hv1AzFZrwp
— ESPN FC (@ESPNFC) July 24, 2024
Mascherano mempersoalkan layanan yang diberikan ke atas Argentina. Di mana semalam, penginapan pemain pemain mereka dipecah masuk dan barangan berharga dilarikan pencuri.
“Semalam, kediaman kami dipecah masuk, barang berharga milik Almada hilang. Ketika kami membuat laporan mereka mahu kami sertakan bukti kukuh menyokong aduan kami atas semua perkara.
🚨🚨😳 BREAKING;
Javier Mascherano: "Yesterday, they broke into our training ground and robbed us. Almada had his belongings stolen." @gastonedul 🇫🇷 pic.twitter.com/vR2RI2Lc0Q
— All About Argentina 🛎🇦🇷 (@AlbicelesteTalk) July 24, 2024
“Pada hari ini, penyokong masuk ke padang 7 kali. Kami dibaling dengan bunga api. Pegawai perlawanan memberitahu kami, aksi ini berakhir 2-2. Dan pasukan Morocco pun dah tak mahu meneruskan perlawanan ini.
“Tetapi tiba tiba kami diminta meneruskan semula perlawanan,” tegas bekas pemain Liverpool dan Barcelona itu.
Kejayaan Maghribi menewaskan Argentina ini membuka lembaran baharu dalam sejarah bola sepak negara itu selepas skuad senior mereka cemerlang dalam aksi Piala Dunia 2022 yang lalu.
Kapten Argentina, Lionel Messi tidak percaya dengan apa yang berlaku. Sukar untuk menerima kekalahan daripada perlawanan yang sarat dengan drama dan kontroversi.