Mason Greenwood Ditahan Pihak Polis

Pemain kontroversi Manchester United, Mason Greenwood telah ditahan oleh pihak polis Greater Manchester kerana didakwa telah melanggar syarat ikat jamin yang telah diberikan.

Setelah sekian lama sunyi sepi dari dada media massa dan media sosial, nama Greenwood kini kembali menjadi sebutan.

Penyerang berusia 21 tahun itu ditahan kerana disyaki merogol dan menyerang pada Januari. Dia juga disoal siasat mengenai dakwaan membuat ugutan untuk membunuh.

Greenwood, yang telah membuat satu penampilan untuk England, tidak didakwa dan jaminannya oleh pihak polis dilanjutkan pada bulan Jun.

Menurut laporan dari agensi berita kebangsaan, BBC telah difahamkan bahawa penahanan terbaru Mason Greenwood ini dibuat di rumahnya di Bowdon, Greater Manchester.

Dalam satu kenyataan dari wakil bagi pihak Polis Greater Manchester berkata:

“Menyedari dakwaan mengenai seorang lelaki berusia 21 tahun yang melanggar syarat jaminannya dan penahanan telah dibuat pada hari Sabtu”.

Kenyataan itu menambah:

“Siasatan lanjut sedang dijalankan pada masa ini”.

Pihak berkuasa Greater Manchester dalam kenyataannya itu tidak menjelaskan secara lanjut perlanggaran syarat ikat jamin apakah yang telah dilakukan oleh pemain Manchester United itu.

Selepas 9 bulan kes itu terjadi, teman wanita Greenwood, Harrier Robson telah dilihat kembali mengikuti akan Instagram Mason Greenwood yang mula menimbulkan spekulasi akan kepulangan pemain muda ke kelabnya.

Kenapakah Harrier Robson telah mengikuti kembali Instagram Greenwood dan sekali lagi spekulasi dan teori hadir dikalangan warga maya.

Netizen telah membuat spekulasi bahawa Harrier Robson dan Mason Greenwood telah kembali hidup bersama untuk tempoh beberapa bulan dan kes itu mungkin akan digugurkan.

Setakat ini sebarang dakwaan belum dikenakan ke atas Greenwood yang bebas atas jaminan polis sehinggalah ditahan kerana melanggar syarat ikat jamin.

Pada hari penahanan Greenwood Januari lalu, dia dituduh melakukan serangan dalam satu siri siaran media sosial dan impak segera terus dialami oleh Greenwood.

Selain penggantungannya daripada Man United, gergasi pakaian sukan Nike turut menggantung hubungan mereka dengan penyerang itu, manakala EA Sports mengeluarkannya daripada siri permainan video Fifa.

Syarikat pakaian sukan terkenal itu telah mengeluarkan kenyataan yang menyatakan bahawa:

“Kami telah menggantung perhubungan antara kami dengan Mason Greenwood. Kami benar-benar beri perhatian terhadap dakwaan yang sangat mengganggu itu dan kami juga akan terus memantau situasi ini dengan lebih dekat.”

Manchester United sendiri turut memadam kesemua merchandise termasuk diri Mason Greenwood sendiri di official store kelab.

Pada April lalu, sebilangan penyokong Man United mendakwa imej Greenwood telah kembali ke laman web rasmi kelab, sebelum United menjelaskan bahawa mereka tidak pernah mengeluarkannya.

“Kami mengeluarkan profilnya daripada aplikasi kelab sejurus selepas dia dikeluarkan daripada skuad pada Januari,” jelas kelab itu.

“Ini adalah untuk mengalih keluar Mason daripada elemen interaktif aplikasi, seperti ramalan pasukan dan lain-lain. Bagaimanapun, profilnya tidak pernah dialih keluar daripada laman web kerana dia kekal sebagai pemain Manchester United, walaupun pada masa ini bukan sebahagian daripada skuad semasa proses undang-undang berjalan.”

Ketika ditahan Audio rakaman Greenwood memaksa kekasihnya melakukan hubungan kelamin tanpa rela pula telah tersebar apabila kekasihnya, Harriet Robson telah berkongsi video, audio dan gambar tentang keganasan Mason Greenwood terhadapnya di laman instagram.

Dalam rakaman tersebut, Greenwood telah memaki hamun kekasihnya itu kerana tidak mahu berjimak dengannya.

Sejak itu tiada dakwaan rasmi dilakukan kerana siasatan masih berjalan dan Greenwood dibebaskan dengan jaminan Polis sebelum diperbaharui pada Jun lalu.

BACA:  Kenyataan Rasmi Man Utd Mengenai Masa Depan Greenwood