Mason Mount Kini Jadi Pemain Antara Gaji Termahal Di Old Trafford

Masa depan Mason Mount akhirnya terjawab selepas Chelsea dan Manchester United akhirnya mencapai persetujuan untuk perpindahan pemain itu dengan nilai £60 juta.

Sebelum ini tiga bidaan oleh United untuk pemain itu ditolak, termasuk bidaan bernilai £55 juta + £5 juta di dalam bentuk bayaran bonus berdasarkan prestasi juta dilakukan pada minggu lalu.

Perkembangan terbaru ini bermakna Mount dibenarkan untuk meneruskan pemeriksaan perubatan dan memeterai kontrak bersama United.

Menurut laporan, Mount akan ditawarkan kontrak berdurasi lima tahun untuk kekal di Old Trafford sehingga 2028, beserta pilihan tambahan setahun.

Sepertimana laporan beberapa media di Britain, perpindahan Mount ke United bermakna gaji pemain itu akan bertambah berlipat kali ganda.

Mount dilaporkan akan menerima £250,000 seminggu. Jika dimasukkan dengan bayaran bonus, jumlah tersebut boleh mencecah £300,000 seminggu.

Jumlah tersebut menjadikan Mount sebagai antara pemain dengan pendapatan tertinggi di Old Trafford.

Sebagai perbandingan, pemain itu hanya menerima bayaran £80,000 seminggu ketika bersama Chelsea.

Ini bermakna United membayar lebih tiga kali ganda berbanding apa yang diperolehi oleh pemain tengah itu ketika masih bersama The Blues.

Berikut adalah perbandingan jumlah pendapatan Mount berbanding anggota skuad Manchester United yang lain:

25. Anthony Elanga – £5,000-per-week

24. Facundo Pellistri – £20,000-per-week

23. Alex Telles – £37,500-per-week

22. Tom Heaton – £45,000-per-week

21. Alejandro Garnacho – £50,000-per-week

20. Scott McTominay – £60,000-per-week

19. Brandon Williams – £65,000-per-week

18. Tyrell Malacia – £75,000-per-week

17. Diogo Dalot – £85,000-per-week

16. Aaron Wan-Bissaka – £90,000-per-week

=13. Lisandro Martinez – £120,000-per-week

=13. Victor Lindelof – £120,000-per-week

=13. Donny van de Beek – £120,000-per-week

12. Fred – £120,000-per-week

=10. Christian Eriksen – £150,000-per-week

=10. Luke Shaw – £150,000-per-week

9. Harry Maguire – £190,000-per-week

=7. Antony – £200,000-per-week

=7. Marcus Rashford – £200,000-per-week

6. Bruno Fernandes – £240,000-per-week

5. Anthony Martial – £250,000-per-week

4. Mason Mount – £300,000-per-week

3. Raphael Varane – £340,000-per-week

2. Casemiro – £350,000-per-week

1. Jadon Sancho – £350,000-per-week

David de Gea pula menerima £375,000 seminggu. Memandangkan ini hari terakhir kontrak penjaga gol itu bersama United berkuatkuasa, beliau tidak berada di dalam senarai di atas.

BACA:  Ferdinand: Lukaku Penyerang Idaman Setiap Pemain Pertahanan