Itali memerlukan 120 minit untuk menewaskan Austria 2-1 di Wembley dalam perlawanan Piala Eropah pusingan ke-2.
Kedua-dua pasukan gagal menjaringkan sebarang gol pada masa sebenar dan permainan diheret ke masa tambahan.
Itali membuka jaringan melalui Federico Chiesa pada minit ke-95 dan selepas itu Matteo Pessina membunuh sisa perjuangan Austria melalui jaringannya pada minit ke-105.
Ia merupakan jaringan kedua Pessina dalam kejohanan ini. Pada perlawanan terakhir peringkat kumpulan Pessina merupakan penjaring gol kemenangan menundukkan Wales 1-0.
Sebelum itu, pada aksi pemanas badan Pessina juga menjaringkan 2 gol ketika Itali membelasah San Marino 7-0. Itulah 4 jaringan antarabangsa dari pemain Atalanta ini.
Ketika Roberto Mancini mahu menyenaraikan 26 pemain akhir yang akan dibawanya untuk menghadapi kejohanan ini, nama Matteo Pessini disingkirkan.
Italy's 26-man EURO 2020 squad has been released – Gianluca Mancini, Matteo Pessina and Matteo Politano have been cut from the squad, Sassuolo striker Giacomo Raspadori returns!
— Get Italian Football News (@_GIFN) June 1, 2021
Mancini mengekalkan 3 pemain pemain yang masih belum pulih dari kecederan iaitu Stefano Sensi, Lorenzo Pellegrini dan Marco Verratti. Sensi dan Verratti merupakan pemain penting Itali.
Pada saat akhir Mancini mengeluarkan Sensi dan Pellegrini kerana pemain ini dijangka tidak akan pulih sepanjang kejohanan berjalan. Namun Mancini masih mengekalkan Verratti.
Dua pemain yang dipanggil untuk menggantikan Sensi dan Pellegrini ialah Matteo Pessina dan pemain Fiorentina Gaetano Castrovilli.
Panggilan saat akhir Pessina menjadi rahmat buat pasukan Itali. Pemain ini menyumbang 2 gol penting ketika menewaskan Wales dan Austria.
Pessina set to replace an injured Sensi in the Azzurri roster.
Well deserved.
— fantacalcio🇮🇹⚽️ (@FantaCalcioGame) June 3, 2021
Namanya semakin meningkat dan menjadi ‘buah mulut’ media besar eropah membuat liputan Piala Eropah.
Selain cerita tentang 2 jaringan yang membantu Itali mara ke suku akhir, Pessina memperkenal keraian gol baru dengan meluncurkan badan seret muka.
Gaya yang tidak pernah dilakukan oleh mana-mana pemain sebelum ini.
What a goal and what a celebration by Matteo Pessina 😂 pic.twitter.com/lr7mpxe9pv
— Matchday365 (@Matchday365) June 26, 2021
Walaubagaimanapun, namanya mungkin belum menembusi barisan utama Mancini. Jorginho, Nicola Barrella dan Marco Verratti masih lagi tunjang tengah pasukan yang diberi jolokan Azzurri.
Namun Pessina dan Manuel Locatelli sudah menjadi senjata ‘simpanan’ bernilai tinggi untuk Itali.
Itali 2 Austria 1: 4 fasa dalam perlawanan tersebut
Austria pasukan lebih baik
Austria merupakan pasukan lebih baik pada setengah babak pertama apabila menguasai permainan berbanding Itali. Itali hanya bermain dikawasan sendiri sepanjang tempoh tersebut.
Xaver Schlager, Florian Grillitsch dan Marcel Sabitzel sukar disaingi oleh Jorginho, Nicola Barella dan Marco Verratti. Austria kerap berada di kawasan Itali namun gagal mencetuskan sebarang ancaman bahaya.
Austria tidak menggunakan peluang untuk create chances walaupun mempunyai penguasaan baik. Austria hanya mencipta 1(0) percubaan (tepat).
Dalam tempoh tersebut Itali sudah mempunyai 7(1) percubaan (tepat) walaupun tidak berada dikawasan lawan sekerap Austria.
Itali mula meningkat
Masalah utama Itali sepanjang babak pertama, pemain mereka mudah kehilangan bola apabila berada dikawasan kotak penalti lawan.
Banyak hantaran pendek berjaya dipintas oleh pertahanan lawan malah Itali juga banyak kehilangan bola dikaki.
Bagaimanapun Itali mula mengimbangi penguasaan kepada 56:44 dan skuad bimbingan Roberto Mancini lebih cepat melepaskan percubaan ke arah kubu lawan.
Sebanyak 12(2) percubaan (tepat) dihasilkan walaupun pasukan belum mendapat rentak serangan terutamanya pada separuh babak pertama.
3 percubaan terbaik belaku pada minit ke-17 apabila Barella menerima hantaran berkualiti di dalam kotak penalti namun percubaan outside foot dari pemain tengah itu berjaya diselamatkan oleh penjaga gol Austria, Danial Bachmann.
Pada minit ke-32 Ciro Immobille melakukan percubaan jarak jauh yang singgah di tiang kiri gawang Autria.
Berbaki 2 minit babak ke-2 Itali sekali kecewa apabila percubaan dari Leonardo Spinazzola diselamatkan Bachmann.
Itali hampir dikejutkan
Bersambung babak ke-2 kedua-dua pasukan menampilkan corak yang sama, Austria terus buntu mencipta peluang sementara itu Itali mengalami penurunan jumlah percubaannya.
Austria begitu ampuh di barisan pertahanan apabila berjaya menghadang sekurang-kurang 8 percubaan dari pihak lawan.
Memasuki minit ke-65 Itali dikejutkan dengan jaringan Marko Arnautovic.
David Alaba melakukan hantaran melalui tandukan dan Arnautovic mudah menanduk masuk menewaskan Gianluigi Donnarumma.
Itali menarik nafas lega apabila VAR mengesan penyerang itu berada dalam kedudukan offside ketika menerima hantaran Alaba.
Ia merupakan percubaan tepat ke-2 dilakukan oleh Austria sepanjang 65 minit permainan.
Tersentak dengan keadaan itu Mancini melakukan direct replacement dengan mengeluarkan Verratti dan Barella dengan memasukan Manuel Locatelli dan Matteo Pessina bagi memberi nafas baru di bahagian tengah.
Babak kedua berakhir dengan keputusan terikat 0-0 dan perlawanan dilajutkan ke masa tambahan.
Kebangkitan pemain ‘simpanan’ Itali
Itali tidak menunggu lama apabila Federico Chiesa memecah kebuntuan jaringan dalam perlawanan ini selepas 5 minit masa tambahan bermula.
Penyerang sayap yang dibawa masuk pada minit ke-86 itu menerima hantaran di sebelah kiri dan memperdayakan pemain lawan sebelum melepaskan percubaan di penjuru kotak 6 ela.
Moral pemain Austria jatuh teruk selepas seorang lagi pemain gantian Matteo Pessina menjaringkan gol ke-2 Itali 10 minit selepas jaringan pertama.
Austria mendapat gol saguhati melalui Sasa Kalajdzic pada minit ke-114 melalui tandukan luar biasa di ruang mustahil menewaskan 5 pemain Itali termasuk Donnarumma.
Rumusan
Austria menampilkan menarik, mencipta lebih 135 serangan dan 42 darinya adalah serangan bahaya namun gagal mencipta peluang mencukupi untuk mendapatkan jaringan.
Itali pula memperbaiki permainannya sedikit demi sedikit dan banyak melakukan percubaan ke arah gawang Austria.
Akhir sekali, rekod bolos Itali akhirnya lebur.