Mbappe Menang Anugerah Pemain Muda Perancis Terbaik, Tewaskan Martial

Penyerang Paris Saint-Germain, Kylian Mbappe telah diumumkan sebagai pemenang anugerah Pemain Muda Terbaik Perancis yang dianjurkan program televisyen Telefoot, menewaskan pencabar terdekat iaitu pemain muda Manchester United, Anthony Martial.  Pemain muda Marseille, Maxime Lopez pula diumumkan pemenang tempat ke-3.

Mbappe memperoleh hadiah Krismas beliau lebih awal selepas diundi oleh dua panel yang bertangungjawab memilih prospek muda terbaik yang dimiliki Perancis ketika ini. Undian dari peminat pula dimenangi oleh Maxime Lopez selepas mempamerkan persembahan yang cemerlang bersama Marseille musim ini dan dianggap sebagai bakat terbaik yang keluar dari akademi selepas Samir Nasri.

Mbappe memenangi anugerah tersebut selepas memperolehi mata tertinggi dari undian juri dan peminat. Produk akademi Monaco dan juga pemain Manchester United, Anthony Martial berada di kedudukan kedua.

Anugerah yang diterima Mbappe ini bertepatan dengan persembahan menakjubkan yang ditunjukkan beliau tahun ini bersama Monaco dan PSG. Pemain yang bakal menyambut hari lahirnya yang ke-19 Rabu ini adalah sebahagian dari skuad yang mengejutkan Eropah dengan mara sehingga ke peringkat separuh akhir Liga Juara-Juara.

Dalam peringkat domestik pula, Mbappe merupakan watak penting dalam membantu Monaco meraih kejuaraan Ligue 1 musim lepas, dan mudah mengetepikan cabaran juara bertahan, PSG. Beliau berjaya menjaringkan 15 gol dari 26 penampilan dalam liga musim lepas bersama Monaco.

Buruk betul trofi

Selepas hangat dikaitkan dengan beberapa kelab ternama Eropah, Mbappe akhirnya mengambil keputusan untuk menyertai PSG bagi mengembangkan kariernya dan menolak pelawaan Real Madrid dan Arsenal. Perpindahan beliau ke PSG terpaksa melalui pinjaman terlebih dahulu bagi mematuhi syarat FFP yang ditetapkan oleh UEFA.

PSG yang berbelanja besar musim ini untuk mendapatkan Neymar, akan membayar sejumlah wang perpindahan dianggarkan sekitar €160juta hujung musim nanti untuk mengesahkan Mbappe sebagai pemain PSG.

Selepas menerima trofi tersebut dari Telefoot, Mbappe telah memberitahu niatnya yang mahu membantu PSG meraih sebanyak mungkin piala musim ini.

Selain bolasepak, Mbappe turut melakukan penampilan dalam Teenage Mutant Ninja Turtles sebagai Donatello

“Dalam saingan Liga Juara-Juara, saya mewakili PSG dan Perancis kerana kami sahaja kelab dari Perancis yang tinggal. Apa yang paling penting sekarang adalah melepasi halangan Real Madrid terlebih dahulu.”

“Selepas itu, sudah tentu Piala Dunia Russia. Pertandingan tersebut adalah kejohana terbesar di dunia dan saya menyimpan impian untuk bermain di sana kelak.

BACA:  France 3-1 Poland: Kylian Mbappe Pamer Aksi Superstar