Mbappe Mahu Tinggalkan PSG Januari Ini Kerana Kecewa Pengurus Tak Dengar Cakap Dia

Fabrizio Romano mendedahkan bahawa Kylian Mbappe mahu meninggalkan PSG segera pada Januari akan datang. Ini kerana dia kurang kegembiraan dan keceriaan dengan apa yang berlaku di PSG p[ada ketika ini.

Selaku pemegang taruh dan kunci pembangunan sukan di PSG seperti termaktub dalam kontrak baharunya, Mbappe tidak gembira sama sekali dengan taktikal pengurusnya iaitu Christophe Galtier.

Sebagai peringatan, Galtier merupakan pengurus yang turut mendapat sokongan Mbappe sebelum ini. Kerana kecewa dengan Galtier yang tidak dapat menyediakan taktikal yang menggembirakannya. Mbappe mahu mencari kebahagian di tempat lain.

Tak gembira taktikal Galtier

Sebelum ini Mbappe dengan terbuka mengkritik taktikal Christophe Galtier. Menurut Mbappe, dia lebih gemar dengan sistem permainan di Perancis berbanding dengan PSG.

Di Perancis dia bermain lebih bebas dengan adanya target man di hadapannya. Di PSG, peranannya lebih terhad dan terkongkong dalam sistem attacking 3 bergandingan dengan Messi dan Neymar.

Baru baru ini, selepas PSG seri dengan Reims, Mbappe turut menyindir Galtier sekali lagi dengan menulis pivot gang pada post di Instagramnya, yang kemudian dipadamkannya.

Mbappe membandingkan peranannya ketika di Perancis, di mana dia ada Olivier Giroud dan Benzema sebagai target man.

Galtier pernah menjawab kritikan terbuka Mbappe. Di mana Galtier menyatakan dia menerima secara terbuka pandangan dan analisis Mbappe.

Galtier malah berkata bahawa mereka masih berusaha mendapatkan pemain yang sesuai dengan Mbappe pada profile seperti Giroud. Namun mereka masih gagal mendapatkannya ketika ini.

Terbaru Mbappe mempertimbangkan untuk meninggalkan PSG pada Januari ini.

Dia merasakan keadaan semasa di PSG akan menyukarkan impiannya untuk menjulang UCL dan memenangi Ballon d’Or. Beberapa bulan lalu, Mbappe menyatakan bahawa dia mahu menjadi pemenang Ballon d’Or.

Menurut Mbappe pada usianya kini, dia sangat mahukan penghargaan seperti Ballon d’Or. Dia yakin dia antara calon pilihan dan merasakan hanya Benzema sahaja yang menjadi pencabarnya ketika ini.

Selain itu, dia juga mahukan taktikal yang boleh dia mainkan sama seperti di Perancis untuk membantu negaranya dalam kempen Piala Dunia 2022 yang akan datang.

Bukan itu sahaja, Mbappe turut merasakan bahawa dia masih lagi pemain yang bukan paling berkuasa seperti yang dijanjikan PSG kepadanya.

Sebaliknya Mbappe melihat Messi masih lagi menjadi pemain paling berkuasa. Pemain pemain lain lebih menghormati Messi berbanding dia.

Mbappe sebelum ini dijanjikan bahawa dia akan menjadi pemain paling berkuasa dan memiliki kuasa ala pemilik kelab. Berhak dalam bersuara untuk isu isu berkaitan jual beli pemain serta perlantikan jurulatih yang sesuai dengan kemahuannya.

PSG memberikan kuasa khas itu ketika mereka cuba menghalang Mbappe ke Real Madrid.

Siapa yang mahukan Mbappe?

Sebelum ini Real Madrid dikaitkan dengan Mbappe. Dengan harga Mbappe dan gajinya yang terlalu tinggi, tidak banyak kelab yang sanggup atau mampu membayarnya.

Real Madrid atau Chelsea mungkin dua kelab yang paling realistik setakat ini.

Kecuali Mbappe sedia menurunkan gajinya pada Januari ini hanya selepas beberapa bulan menandatangani kontrak baharu.

Ramai yang berpendapat bahawa, agak mustahil Mbappe meninggalkan kelab itu Januari ini.

PSG pula sudah berjanji akan cuba membantu Mbappe menikmati bola sepak yang dia mahukan dan membantunya berkembang.

Mbappe dikenali dengan gaya permainan yang pantas di dalam padang. Di luar padang dia menggunakan taktikal yang agak mengelirukan sehingga sukar mengenal jantan dan betina untuk dijadikan pasangan.

BACA:  Emi Martinez Minta Pemain Argentina 'Bertafakur' Mengenang Kylian Mbappe