Pemain muda sensasi dunia bola sepak masa kini, Kylian Mbappe terus dikaitkan dengan pasukan paling hebat di muka bumi ini yang tidak lain tidak bukan, Liverpool power yang pantang disentuh nanti melantun.
Berita perpindahan dan perkaitan antara Liverpool dan Mbappe bukanlah sesuatu yang baru dan sering saja tersebar khabar angin bahawa Mbappe akan ke Liverpool.
Penghujung tahun lalu Liverpool dilaporkan akan berentap secara kepala bertemu kepala dengan Real Madrid pemain yang berasal dari Perancis itu.
James Pearce: "There is always that noise around Mbappe & Haaland. People say 'are #LFC interested?' Of course they are interested, who in their right mind wouldn’t be in a striker of that caliber, but the major issue would be try to make one of those deals work financially.."
— LFC Transfer Room (@LFCTransferRoom) March 3, 2021
Satu laporan daripada Sepanyol telah melaporkan bahawa Liverpool akan membida Kylian Mbappe dengan nilai £215 juta pada jendela perpindahan musim panas tahun hadapan.
Laporan daripada Eldesmarque menyebut Liverpool bersedia dengan tawaran sebanyak £215 juta yang merupakan rekod perpindahan dunia jika ianya terjadi.
Dan paling terkini bertiup lagi berita ini yang nampaknya semakin kencang.
If Kylian Mbappe wants to move to the Premier League, his preference would be to move to Liverpool. His preference would be to work with Jurgen Klopp at Liverpool. #awlfc [duncan castles – transfer window podcast] pic.twitter.com/n0eIZqcjHT
— Anfield Watch (@AnfieldWatch) March 2, 2021
Menurut seorang wartawan yang bernama Duncan Castles, Kylian Mbapper cenderung untuk berpindah bersama Liverpool jika ditakdirkan untuk bersama bersama pasukan Inggeris.
Becakap kepada Transfer Window Podcast, Castles telah menyatakan:
“Mbappe seperti yang dilaporkan, berminat untuk berpindah ke satu atau dua liga untuk tahap karier beliau yang seterusnya.”
“Mbappe sukakan Manchester United sebagai kelab bola sepak tetapi kecenderungan beliau adalah untuk berkerja bersama Jurgen Klopp di Liverpool”
👀 | Mbappe has his heart set on a move to the Premier League, with Liverpool being his preferred destination.
[@DuncanCastles] pic.twitter.com/fupmgkCbBj
— The Anfield Buzz (@TheAnfieldBuzz) March 2, 2021
Jika apa yang diujarkan oleh Duncan Castles ini benar dan boleh dipercayai maka Mbappe akan menjadi satu pembelian mega buat the reds dan ada pemain lain akan dijual.
Sesuatu yang mengujakan menanti di Anfield jika ini benar, tapi mampukah Liverpool menanggung kos pembelian?
Mana Liverpool Nak Cekau Duit?
Khabar angin bahawa Mbappe akan ke Anfield bermula selepas berjaya memenangi kes di makhamah dengan pengeluar baju daripada Amerika Syarikat, New Balance.
Cerita mengenai minat Liverpool untuk mendapatkan Mbappe mula bertiup kencang selepas ada yang percaya penjanjian dengan Nike akan merealisasikan perpindahan ini.
Dengan kuasa wang yang ada pada Nike, peminat menjangkakan Liverpool bakal mendapatkan satu pemain super power dengan nama besar.
It's a rumour that's been knocking round for the best part of six months..https://t.co/1DnwHZ5M3V
— Liverpool FC News (@LivEchoLFC) November 7, 2019
Semua ini khabar angin sahaja setakat ini, baca boleh percaya jangan dan segala kemungkinan boleh terjadi.
Liverpool juga dikatakan bersedia membayar gaji yang tidak masuk akal kepada Mbappe dengan jumlah £34 juta setahun. Ini merupakan satu cara untuk memadamkan minat daripada Real Madrid.
Jika Salah dijual sudah pasti harganya mencanak-canak dengan prestasi cemerlang Liverpool sejak dua musim lalu maka dari segi kewangan perkara ini tidak mustahil.
NEW: PSG sporting director offers update on Kylian Mbappe contract situation.https://t.co/wcZg9d2iOC
— Anfield Watch (@AnfieldWatch) February 25, 2021
Semuanya terpulang kepada Liverpool dan Jurgen Klopp. Takkan nak berjudi nasib dengan Mbappe yang belum tentu cermerlang di Premier League dengan menjual Salah yang terbukti power?
Dengan £215 juta, Klopp boleh mendapatkan 3-4 pemain lain dengan harga £50-60 juta bagi memperkuatkan pasukan yang sedia kuat ini.
Nama pun rumour kan? Buat modal borak sedap la.