Arsenal Antara Destinasi Idaman Mbappe

Kylian Mbappe kini berpeluang untuk meninggalkan PSG secara percuma jika tidak melanjutkan kontraknya sehingga akhir musim 2023/24.

Sebelum ini Arsenal dikaitkan sebagai antara kelab yang berminat dengan kemungkinan mendapatkan Mbappe secara percuma.

Kerana Arsenal mahu membina gandingan luar biasa, Mbappe-Saka-Martinelli.

Keadaan itu mungkin agak tidak logik bagi sesetengah pihak. Namun wartawan Independent yang terkenal, Miguel Delaney menganggap ianya bukan perkara mustahil.

Hal ini kerana, jika Mbappe mahu bermain di EPL, kelab yang dia pilih adalah Arsenal.

Kenapa Arsenal?

Mbappe membesar dengan meminati bintang bintang seperti Thierry Henry dan ramai lagi. Maka dia mengikuti Arsenal yang pada era Arsene Wenger kerap mendapatkan bintang bintang terkemuka Perancis.

Walaubagaimanapun, ketika ini Real Madrid masih dianggap destinasi pilihan Mbappe berbanding kelab lain.

Cuma, kalau tiba tiba Mbappe berubah Fikiran dan mahu merasa nasi lemak London, dia akan memilih Arsenal sebagai destinasinya di England.

Mbappe merupakan bakat luar biasa yang menjadi perhatian dunia. Pada usianya masih muda dia sudah memenangi banyak trofi dan mencipta rekod individu. Dia membantu negaranya menjadi juara dunia 2018 dan naib juara Piala Dunia 2022.

Mbappe kini merupakan kapten lantikan tetap gred 41 di PSG dan pasukan kebangsaan Perancis.

2 minggu untuk Mbappe

Presiden Paris Saint-Germain Nasser Al-Khelaifi berkata Kylian Mbappe kini mempunyai tempoh masa dua minggu untuk membuat keputusan kekal bersama kelab itu atau pun ditunjukkan pintu keluar di jendela perpindahan musim panas ini.

Al-Khelaifi berkata sedemikian ketika sidang media untuk mengumumkan ketibaan pengurus baharu, Luis Enrique ke Parc des Princess, menggantikan Christophe Gaultier yang dipecat.

Kelab itu sebelum ini terpaksa melepaskan Lionel Messi dalam situasi hampir serupa setelah kapten Argentina itu enggan menandatangani kontrak baharu untuk kekal bersama Ligue 1 itu sebelum memutuskan untuk menyertai Inter Miami.

Mbappe sebelum ini memutuskan untuk tidak kekal bersama PSG dan akan meninggalkan kelab itu setelah kontrak asalnya tamat pada musim panas tahun hadapan.

Pemain itu dikhabarkan berminat untuk menyertai Real Madrid, dan PSG lebih rela untuk menjual pemain itu pada jendela perpindahan kali ini daripada membenarkan pemain itu pergi secara percuma.

“Kami mahu dia kekal di sini kerana Mbapee adalah pemain yang hebat, seorang lelaku budiman.

“Jika dia pergi secara percuma ia akan melemahkan kelab terbesar di Perancis, bukannya dia.

“Apabila saya mendapat perkhabaran [Mbappe enggan kekal], saya sangat terkejut dan kecewa sekali.

Al-Khelaifi kemudiannya berkata Mbappe diberikan masa dua minggu untuk menentukan masa depannya.

“Ia terpulang kepada dia untuk membuat keputusan minggu hadapan, atau maksimum dua minggu akan datang,” tambah Al-Khelaifi.

“Dan jika dia enggan menandatangani kontrak baharu, pintu keluar sentiasa terbuka. Demikianlah yang akan berlaku kepadanya dan pemain lain juga.

“Tiada pemain yang akan menjadi lebih besar/utama daripada kelab. Begitu juga dengan saya. Ia sangat jelas.

“Daripada segi bola sepak, anda tidak akan membenarkan pemain terbaik anda meninggalkan kelab secara percuma. Perkara sedemikian tidak boleh berlaku.

Enrique yang akan membimbing cabaran PSG mulai saingan musim hadapan pula belum membuat sebarang keputusan mengenai pemain.

“Apabila saya menandatangai kontrak, kami akan sentiasa terbuka. Banyak perkara masih boleh berlaku.

“Saya tidak akan mendedahkan apa-apa kerana ia perlu dirahsiakan demi sikap profesional. Saya tidak boleh memberikan kepastian kepada anda tetapi saya berjanji akan memberikan yang terbaik untuk membentuk skuad PSG,” kata bekas jurulatih Sepanyol itu.

BACA:  Mbappe Beri Bayangan Mungkin Tinggalkan Paris Saint-Germain