Mbappe Tidak Akan Sampai Ke Tahap GOAT Seperti Messi

Graeme Souness yang terkenal dengan kenyataan pedas dan tidak berakal telah menyatakan bahawa Kylian Mbappe tidak akan sampai ke tahap dan setaraf dengan Lionel Messi dan tidak akan pernah dapat menyamai apa yang dilakukan Messi.

Perlawanan akhir Piala Dunia 2022, boleh dikatakan sebagai perlawanan akhir idaman menemukan dua gergasi yang dibarisi pemain bintang yang melimpah ruah.

Perancis yang kehilangan tonggak utama seperti Paul Pogba, N’Golo Kante dan Karim Benzema langsung tidak tergugat lantaran squad depth yang berprestasi tinggi.

Argentina pula mempunyai pasukan yang seimbang walaupun kualitinya tidak setaraf Perancis namun kehadiran Lionel Messi telah memberi nilai tambah dan menjadi tonik kepada rakan sepasukan.

Sudah pasti menjelang perlawanan akhir, perbualan mengenai Lionel Messi dan Kylian Mbappe menjadi topik perbualan kerana pemain ini mampu merubah perlawanan.

Namun bagi Graeme Souness dengan nada keras dalam penulisannya bersama Daily Mail menyatakan Mbappe tidak berada dalam sekelas dengan Messi namun tidak menafikan mereka mempunyai bakat luar biasa.

“Kedua-dua bakat cemerlang dalam dua pasukan yang bagus, jika tidak hebat. Kedua-dua pemain masing-masing dengan lima gol kejohanan, ketika mereka menuju ke perlawanan Ahad.”

“Tetapi walaupun orang ramai mencadangkan Mbappe akan mewarisi mahkota pemain Argentina itu sebagai pemain terhebat dunia, saya benar-benar tidak fikir kita akan meletakkan pemain berusia 23 tahun itu dalam kedudukan setaraf seperti Messi, Cristiano Ronaldo, Pele dan Diego Maradona untuk tempoh sepuluh tahun dari sekarang.”

Jika dalam tempoh 10 tahun belum setaraf bermakna Mbappe selama-lamanya tidak dapat menyamai Lionel Messi. Souness memberi hujahan dengan mengungkit keperibadian Mbappe yang merupakan pemain mempunyai kuasa pemilik:

“Sebahagian daripada masalah ialah kuasa dan kekayaan yang dimiliki Mbappe di kelabnya. Apabila anda seorang pemain bola sepak berusia 23 tahun, anda memerlukan seseorang untuk mengatakan ‘tidak’ kepada anda secara tetap.”

“Tetapi dia memperoleh wang yang tidak dapat dibayangkan di sebuah kelab yang sangat terdesak untuk mengekalkannya sehingga dia mengambil peluang pada beberapa pelantikan jawatan penting.”

“Bagaimana mungkin seorang yang berumur 23 tahun mempunyai kuasa itu? Saya minta maaf jika anda fikir ini kuno, tetapi itu bukan persekitaran yang sihat untuk pembangunan dan peningkatan profesional pemain muda.”

Menurut Souness lagi, sikap Mbappe tidak akan membawanya pergi jauh kerana dia dapat menentukan siapa jurulatih dan bagaimana kelab dikendalikan. Walaupun bola sepak sudah memasuki era moden namun beberapa prinsip lama tetap bertahan atas dasar hormat.

“Bola sepak telah berubah dalam banyak cara tetapi beberapa prinsip lama yang hebat telah bertahan mengikut peredaran masa. Seperti seorang jurulatih yang bertanggungjawab.”

“Di Liverpool, anda berpegang kepada apa yang diberitahu oleh Bob Paisley, Ronnie Moran dan Joe Fagan kepada anda. Mbappe tidak akan melakukan semua itu.”

“Jika dia memutuskan siapa jurulatih dan bagaimana kelab itu dikendalikan, ia adalah resipi untuk semua perkara yang meletup di telinganya. Atas sebab itu sahaja, saya sangat meragui bahawa ia akan menjadi lebih baik.”

Untuk mencapai tahap Messi, Mbappe perlu konsisten dalam setiap perlawanan dan bukannya dalam perlawanan tertentu sahaja. Namun apa yang terjadi di masa depan tiada siapa yang tahu mungkin setaraf atau lebih hebat atau tidak.

“Messi telah melakukan perkara yang istimewa setiap kali dia menjejakkan kaki di padang dan tahap konsistensinya yang telah meletakkannya di sana selama 20 tahun dalam persaingan dengan Cristiano Ronaldo dan berhak digelar ‘KAMBING.’”

“Itulah cabaran yang Messi berikan untuk Mbappe. Tunjukkan aksi konsisten dalam setiap perlawanan bukan sesetengah perlawanan sahaja. Dalam setiap perlawanan Liga Juara-Juara. Dan, walaupun ia adalah liga yang lebih rendah, dalam setiap perlawanan Liga Perancis juga perlu konsisten.”

“Aset terbesar yang dimiliki Mbappe ialah kuasa larian turbo. Dia tidak akan menjadi lebih laju apabila dia semakin tua. Hanya lebih perlahan. Persoalan besar, ke hadapan, bolehkah dia mengubah suai permainannya apabila kelajuan itu berkurangan?”

Kelebihan terbesar Mbappe adalah kelajuan di mana kelajuan akan menurun dengan peningkatan umur dan kelebihan Messi adalah mempunyai visi permainan yang jelas.

“Messi mungkin tidak mempunyai larian turbo seperti Mbappe ketika dia memecut tetapi dia mempunyai otak yang berbeza dengan orang lain dan diberkati dengan teknik yang paling luar biasa, apatah lagi keberanian.”

“Dia hanya bersiar-siar di dalam padang, membuat imbasan situasi permainan yang tidak dilihat oleh orang lain. Seperti apa yang dilakukan ketika menentang Croatia dan Josko Gvardiol menjadi mangsa.”

Dari segi pencapaian setakat ini Messi telah memenangi segala-galanya kecuali Piala Dunia dan Mbappe sudah mempunyai satu. Namun apa yang diperkatakan oleh Souness ada logiknya.

Masih jauh lagi perjalanan Mbappe dan usianya pencapainnya sangat membanggakan dan Messi pula hampir saja ke penghujung dan telah pun mencipta beberapa rekod yang pelbagai.

BACA:  [VIDEO]: Magis Messi Benam Australia, Peminat Bahagia Berjaya Peluk GOAT