Ramos: Messi Jauh Lebih Bagus Daripada Maradona

Kapten Sepanyol, Sergio Ramos berkata Lionel Messi merupakan pemain yang lebih baik daripada Diego Maradona selepas legenda Argentina itu mendakwa Ramos tidak setanding Diego Godin.

Pemain pertahanan Real Madrid itu mengeluarkan kenyataan tersebut berikutan komen Maradona terhadapnya, yang mana Maradona mendakwa pemain pertahanan Uruguay, Godin merupakan pemain yang lebih bagus jika dibandingkan dengan Ramos.

Kerana sentap mendengar pendapat Maradona, Ramos mengeluarkan kenyataan mendakwa Messi merupakan ‘Kambing Teragung’ Argentina, bukannya Maradona

Selepas mendengar kenyataan Maradona, Ramos tersentap lalu mengeluarkan kenyataan balas dengan mendakwa Messi merupakan pemain terhebat dalam sejarah Argentina, bukan Maradona.

Ketika bercakap kepada wartawan selepas Sepanyol mencatatkan kemenangan penting 1-0 ke atas Iran semalam, Ramos telah diminta untuk mengulas kenyataan Maradona yang membandingkan beliau dengan Godin.

“Saya hormat Maradona kerana beliau seorang pemain yang hebat bagi saya. Sudah tentu saya tidak boleh menilai pendapat peribadi beliau mengenai saya, tetapi saya juga mahu meluahkan pendapat peribadi saya terhadap beliau.”

“Di Argentina, semua orang tahu Diego Maradona jauh ketinggalan di belakang pemain terhebat sepanjang zaman, iaitu Lionel Messi.”

Maradona dakwa Godin pemain lebih bagus daripada Ramos. Anda setuju ?

Sepanyol naik ke tangga teratas kumpulan B dan berkongsi mata dengan Portugal selepas jaringan tunggal dari Diego Costa sudah cukup untuk memberi 3 mata penuh kepada Sepanyol. Perlawanan peringkat kumpulan masih berbaki 1 perlawanan dan Ramos ‘tenang’ dengan situasi Sepanyol sekarang.

“Iran turun bermain dengan matlamat untuk melambat-lambatkan masa, manakala kami bermain untuk menang.”

“Kami meninggalkan stadium dengan perasaan gembira. Kami berjaya mengambil langkah tepat ke hadapan dan sekarang kami akan cuba menamatkan saingan kumpulan di tangga teratas. Itu matlamat kami sekarang.”

Iran cuma mahu melengahkan-lengahkan masa manakala Sepanyol bermain untuk menang

“Saya masih lagi percaya pasukan ini akan bertambah baik dari segala aspek selepas ini.”

Sepanyol akan menamatkan saingan peringkat kumpulan dengan pertemuan menentang Morocco pada 25 June ini di Kaliningrad Stadium. Morocco secara rasmi tersingkir dari Piala Dunia selepas tewas dua perlawanan terdahulu mereka.

BACA:  Penyokong Arab Saudi Menganjing 'Messi Kat Mana?' Kini Menjadi Penyokong Argentina