Penyokong Arab Saudi Menganjing ‘Messi Kat Mana?’ Kini Menjadi Penyokong Argentina

Seorang penyokong Arab Saudi yang menjadi viral merentasi sempadan dunia kerana menganjing ‘Messi kat mana?’ kini sudah menjadi penyokong Argentina, sudah insaf barangkalinya.

Peminat terbabit melakukan aksi lucu di luar Stadium Lusail di Qatar selepas Arab Saudi meraih kemenangan mengejut 2-1 ke atas Argentina pada hari ketiga Piala Dunia 2022.

Ia adalah salah satu kejutan terbesar dalam sejarah Piala Dunia dan menyebabkan ramai yang percaya bahawa Argentina, salah satu pasukan pilihan sebelum kejohanan, bukan lagi pesaing yang serius.

Ketika dunia meramalkan Lionel Messi dan rakan-rakan akan berpesta gol menentang Arab Saudi perlawanan pembukaan mereka, perkara sebaliknya telah terjadi dan ramai yang tidak percaya.

Skrip untuk Argentina berpesta gol tampak seakan menjadi realiti apabila Lionel Messi meletakkan La Albiceleste di hadapan seawal minit ke-10 melalui sepakan penalti.

Messi menjadi pemain Argentina pertama menjaringkan gol dalam 4 edisi Piala Dunia yang berbeza. GOAT! Penalti itu diberikan selepas Paredes dijatuhkan dalam kotak penalti.

Terdapat beberapa gol Argentina tidak dibenarkan dalam perlawanan ini dan Arab Saudi bangkit pada separuh masa kedua hasil jaringan Saleh Alshehri dan Salem Aldawsari.

Arab Saudi menjadi pasukan Asia pertama yang menjaringkan lebih dari satu gol menentang Argentina dalam perlawanan Piala Dunia.

Seorang penyokong Arab Saudi mencetuskan sensasi selepas perlawanan apabila dengan selambanya bertanya kepada hos penyiaran televisyen dari Korea Selatan yang sedang menjalankan tugas.

“Maaf, di mana Messi?”

Selepas bertanya di mana Messi? Dia kemudian memeriksa poket seluar wartawan untuk mencari petunjuk dimana pemenang Ballon d’Or tujuh kali itu berada.

Wartawan dari Korea Selatan itu nyata terhibur dan tidak mampu menahan ketawa dengan gelagat lucu penyokong Arab Saudi itu. Menganjing tahap dewa.

Pertanyaan di mana Messi? Tidak lekang dari mulutnya lalu wartawan itu mengucapkan tahniah dan penyokong itu membalas sama-sama.

Kemudian dia berlalu pergi dan beberapa penyokong Arab Saudi lain cuba melakukan perkara sama namun kelakarnya sudah tiada dan tak sampai.

Tamat peringkat kumpulan, Argentina yang kelihatan goyah berjaya ke pusingan kalah mati apabila bangkit menewaskan Poland dan Mexico untuk menjadi juara kumpulan C.

Perjalanan Argentina kembali ke landasan yang betul dan Arab Saudi gagal lepasi peringkat kumpulan walaupun bermain sedap namun tiada sentuhan penyudah.

Ketika Arab Saudi sudah lama pulang ke rumah, Argentina meneruskan impian mereka melepasi setiap peringkat untuk mara ke perlawanan akhir bertemu Perancis.

Keajaiban terbesar Piala Dunia terjadi bukan kerana Argentina ke final tetapi penyokong Arab Saudi itu telah dilihat mengubah arah sokongannya.

Perkara biasa dikejohanan besar seperti ini namun penyokong Arab Saudi itu telah memilih untuk menyokong pasukan Argentina dan sekali lagi menjadi viral.

Dia dirakam mengenakan mafla Argentina yang berwarna biru dan putih lalu telah ditanya oleh wartawan di mana Messi?

“Di mana Messi? Saya adalah lelaki Saudi yang menjadikan ini ikonik dalam Piala Dunia, tetapi hari ini saya menyokong Argentina.”

Tanpa perlu ditanya dia telah menjelaskan bahawa dia telah berjanji akan menyokong Argentina jika Messi dan kawan-kawan ke final

“Saya berjanji kepada rakan-rakan saya dari Argentina bahawa jika mereka mara ke peringkat akhir saya akan menyokong anda.”

Peminat Argentina jadian itu kemudian menamatkan wawancara dengan menjerit:

“Vamos, Argentina! Tetapi… Di mana Messi? Dari Arab Saudi.”

Aksi selamba dan menghiburkan itu pasti akan menjadi detik-detik diingati sehingga beberapa edisi Piala Dunia yang akan datang.

BACA:  Salt Bae Akhirnya Buka Mulut Mengenai Kontroversi Dirinya Di Piala Dunia