Messi Patut Diberikan Hadiah Nobel Kerana Assist Yang Begitu Gila

Pemain ajaib dalam dunia bola sepak, Lionel Messi terus mempamerkan keajaiban dan patut dianugerahak hadiah Nobel kerana assist yang begitu gila untuk gol ketiga Argentina yang telah dijaringkan oleh Julian Alvarez.

Gandingan Lionel Messi dan Julian Alvarez nyata menjadi dan tidak dapat dibendung lagi untuk membawa Argentina ke perlawanan akhir Piala Dunia buat kali keenam.

10 tahun lalu Julian Alvarez telah meminta izin Lionel Messi untuk bergambar bersama-sama lantaran Alvarez merupakan peminat yang menjadi Messi sebagai idola.

Sedekad kemudian Julian Alvarez dan Lionel telah dirakam aksi mereka yang bersama-sama mencipta sejarah bagi mengejar impian Argentina di Piala Dunia.

Lionel Messi telah membuka tirai jaringan perlawanan melalui sepakan penalti selepas Julian Alvarez telah dikasari oleh penjaga gol Croatia, Dominik Livakovic.

Penalti deras dan keras Messi itu telah dilabel sebagai unstoppable atau tidak dapat dihalang oleh pengulas ITV, Ally McCoist walaupun Dominik Livakovic membuat bacaan tepat.

Gol pada minit ke-34 itu telah menamatkan kebosanan perlawanan sejak sepak mula dan empat minit berselang Julian Alvarez menggandakan kedudukan buat Argentina.

Berpunca dari satu serangan balas pantas, Julian Alvarez membuat larian solo dari tengah padang melepasi satu demi satu pemain Croatia.

Borna Sosa pertahanan terakhir diperdayakan Alvarez sebelum menolak masuk bola didepan muka Dominik Livakovic yang terus meletakkan Croatia dalam tekanan.

Pada separuh masa kedua, Lionel Messi telah menghasilkan satu aksi masterclass bagi mencipta assist buat Julian Alvarez untuk gol ketiga Argentina.

Pemain PSG itu secara solo telah melakukan dari garisan kanan padang menggelecek Josko Gvardiol yang sedaya-upaya menutup ruang sehingg tiba di luar kotak.

Messi mengacah-ngacah Gvardiol sebelum pemain bertopeng muka itu terus menjadi mangsa Messi yang liar apabila berjaya memotong masuk kedalam kotak penalti Croatia.

Hantaran segera dilakukan Messi mencari Alvarez untuk disudahkan dengan satu tolakan mudah, gol yang terus membunuh perlawanan yang membuatkan Argentina menghitung detik untuk ke final.

Dengan assist yang begitu genius dan apa yang dilakukan oleh Lionel Messi dalam perlawanan ini sepatutnya pemain Argentina itu diberikan Hadiah Nobel.

Tapi sayang kerana Hadiah Nobel dianugerahkan untuk kecemerlangan dalam enam bidang sahaja iaitu – Fizik, Kimia, Fisiologi, Perubatan, Keamanan, Ekonomi dan Kesusasteraan.

Matlamat utama Hadiah Nobel adalah bahawa ia hanya akan diberikan kepada mereka yang mempunyai manfaat terbesar kepada manusia. Nelson Mandela pernah berkata, “Sukan mempunyai kuasa untuk mengubah dunia.”

Deretan rekod peribadi telah dicipta oleh Lionel Messi dalam perlawanan separuh akhir menentang Croatia ini dan ada yang sudah dipecahkan.

Perlawanan separuh akhir ini menyaksikan Lionel Messi telah menyamakan rekod penampilan terbanyak di Piala Dunia yang dipegang oleh legenda Jerman, Lothar Matthaus dengan penampilan ke-25.

Rekod ini boleh dipecahkan oleh Messi dalam perlawanan akhir untuk penampilan ke-26 dan sukar untuk dipecahkan dalam masa terdekat kerana Matthaus telah lama bersara diikuti oleh Mirosklav Klose (24), Paolo Maldini (23)dan Cristiano Ronaldo (22) yang bakal bersara juga.

Lionel Messi juga telah menjaringkan 11 gol di Piala Dunia setakat ini, jaringan terbaik bagi pemain Argentina dan lima gol dijaringkan di Piala Dunia 2022 berkongsi jaringan bersama Kylian Mbappe.

Lionel Messi telah terbabit dalam 19 gol untuk Argentina di Piala Dunia dengan 11 gol dan 8 assist menyamai rekod gol+assist sejak 1966 yang dibuat oleh Miroslav, Klose, Ronaldo dan Gerd Muller.

Di Piala Dunia 2022 inilah rekod yang sedang pegang oleh Messi sama ada melalui perkongsian atau secara mutlak.

Jaringan Terbanyak:
◉ 5 – Messi
◎ 5 – Mbappé

Assist Terbanyak:
◉ 3 – Messi
◎ 3 – Kane
◎ 3 – Fernandes
◎ 3 – Griezmann

Percubaan Terbanyak:
◉ 27 – Messi
◎ 22 – Mbappé

Peluang dicipta Terbanyak:
◉ 18 – Messi
◎ 17 – Griezmann

BACA:  Karim Benzema Terlalu Teruja Kerana Dipuji Oleh Lionel Messi