Media Indonesia kini telah melabel pemain berbisa Harimau Malaya ketika ini di saingan Piala AFF 2022, Muhammad Faisal bin Abdul Halim sebagai Cristiano Ronaldo cabang Malaysia.
Gelaran ini hadir selepas Faisal Halim menjaringkan dua gol ketika menentang Laos dan kedua-dua jaringan itu diraikan dengan keraian yang menjadi cap dagang Cristiano Ronaldo.
Ketika melakukan keraian ini Ronaldo akan berlari ke penjuru padang dan melompat sambil membuat putaran di udara lalu mendarat dengan gaya tangan yang mendepa dan kaki terkangkang.
Sebelum mendarat Ronaldo akan menjerit perkataan ‘SII atau SIUUUU’ yang bernama ‘YES’ atau ‘YA’ dan pada kebiasaannya penyokong akan turut sama-sama menjerit. Padu.
SIIIIIIIIIUUUU @faisalhalim_7 🟡⚫️ pic.twitter.com/imogrUkMA8
— faris (@faris_mazri) December 24, 2022
Selepas menjaringkan gol Faisal Halim turut melakukan keraian yang sama dan dapat didengari ketika siaran langsung di televisyen berbayar bulanan para penyokong di Stadium Nasional Bukit Jalil turut menjerit ‘Siuuuu’.
Bayangkan kalau Faisal Halim dan penyokong Harimau Malaya menjerit ‘YA!!!”. Mau tersedak Pok Ya Cong Codei kat rumah. Buruk bebenor bunyinya.
Namun menurut laman sesawang Indonesia bola.com, wartawan dari Vietnam yang mula melabel Faisal Halim sebagai Cristiano Ronaldo Malaysia:
“Aksi Faisal Halim pada laga itu pun mendapatkan perhatian khusus dari media Vietnam bernama Soha. Dalam laporan pertandingan yang mereka buat, Soha juga tak ragu melabeli Faisal Halim dengan sebutan Cristiano Ronaldo-nya Malaysia.”
Cristiano Ronaldo Cabang Malaysia cetak brace lawan Laos. Fans di Bukit Jalil: Siuuuuu!!!https://t.co/Gr4MNVkiQk
— BOLA.COM (@bolacomID) December 24, 2022
Lantaran posisi yang hampir sama antara Cristiano Ronaldo dan Faisal Halim maka label ini turut diterima pakai oleh media Indonesia, Cristiano Ronaldo cabang Malaysia.
“Secara posisi permain, Faisal Halim memang mirip dengan Cristiano Ronaldo. Faisal memiliki kekuatan pada kaki kanannya.”
“Namun, ia kerap beroperasi dari sisi kiri dan melakukan tusukan ke tengah. Meski secara kualitas permainan, tentu Faisal Halim ada jauh di bawah Cristiano Ronaldo.”
Faisal Halim kini telah meledak tiga gol dalam dua perlawanan satu menentang Myanmar dalam kemenangan tipis dan dua ketika bertemu Laos yang menyaksikan Harimau Malaya berpesta gol.
Siuuuuu!!! Faisal Halim guys! pic.twitter.com/SkQ21wfco8
— Muhammad Abdul Aziz (@abdazizwahab) December 24, 2022
Selepas perlawanan dapat dilihat Faisal Halim melakukan beberapa kali keraian ‘Siu’ dihapadan Ultras Malaya dan disusuli jeritan ‘Siu’ secara berjemaah.
Faisal Halim telah terpalit dengan isu pemotongan gaji oleh kelab lamanya, Terengganu FC yang telah dibuat tanpa pengetahuannya di mana tiada sebarang perbincangan terjadi.
Faisal Halim mahu perkara ini diselesaikan cara baik dengan membayar balik potongan tanpa perlu dilaporkan kepada mana-mana pihak, dia tidak berniat mencetuskan kontroversi kerana dia hanya mahu menuntut haknya.
Ronaldo Dedah Bagaimana Keraian Siu tercetus
Cristiano Ronaldo telah mendedahkan bagaimana dia mendapat idea untuk menggunakan gaya keraian ‘siu’ ciptaannya dan mengapa kekal menggunakan keraian tersebut.
Bercakap kepada channel Youtube Soccer.com, bintang Portugal itu menjelaskan bahawa kali pertama beliau menggunakan keraian itu adalah ketika menentang Chelsea di US ketika masih lagi bersama Real Madrid.
“Saya mula berkata ‘Si’ – ia seperti ‘Ya’ – semasa saya berada di Real Madrid,”
“Apabila kami akan menang, semua orang akan berkata ‘Siiiii’ dan jadi saya mula menyebutnya. Saya tidak tahu mengapa, ia adalah semula jadi.”
Il SIUUUUUUUUUUUUUUUUUUUU di Ronaldo all’Olimpico, prendete e godetene tutti pic.twitter.com/E1OITh8P1Y
— ️️ 🫧🇦🇷 (@bebecitasf) January 27, 2019
“Saya berada di Amerika Syarikat dan kami menentang Chelsea (menjelang musim 2013-14) dan saya tidak tahu dari mana datangnya, keraian itu.”
“Saya baru sahaja menjaringkan gol (dalam kemenangan pramusim 3-0) dan ia baru keluar. Ia adalah secara semula jadi, sejujurnya. Sejak itu, saya mula melakukannya dengan lebih kerap dan saya rasa penyokong dan peminat melihatnya dan mereka seperti ‘Cristiano, Siiiiiuuuu’.”
“Saya seperti ‘Wah! Orang teringatkan saya kerananya!’. Jadi ia bagus, dan saya akan terus melakukannya seperti itu.”
Sejak itu Cristiano Ronaldo telah melakukan keraian itu hampir saban gol dan telah menjadi ikutan pemain bola sepak seluruh dunia termasuk Faisal Halim.