Empat penjaga gol terlibat dengan empat kelab berada dalam satu cerita. Arsenal melihat peluang untuk membeli David Raya dari Brentford selepas penjaga gol sampingan mereka, Matt Turner dikehendaki oleh Nottingham Forest.
Pada jendela perpindahan kali ini Forest mahu mendapatkan dua penjaga gol. Turner dan Dean Henderson dari Manchester United berada dalam sasaran mereka. Kehadiran Raya ke Arsenal akan memberi saingan kuat kepada Aaron Ramsdale, penjaga gol nombor satu kelab itu sejak 2 musim lepas.
Pada 3 Ogos (Khamis) Arsenal telah menghantar tawaran pertama bernilai £23 juta kepada Brentford dalam usahanya membeli Raya, tawaran ini dijangka akan ditolak kerana ia masih dibawah harga yang dimahukan oleh pasukan yang dimiliki Matthew Benham.
Arsenal are optimistic and confident to reach an agreement with Brentford for David Raya after bid submitted on Thursday 🚨🔴⚪️ #AFC
Raya wants to join Arsenal, he’s insisting to make the deal happen. pic.twitter.com/3qlNMXDMPC
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) August 4, 2023
Kurang sehari selepas Arsenal secara rasmi menghantar tawarannya kepada Brentford, giliran Forest pula membuat tawaran rasmi kepada Arsenal untuk mendapatkan penjaga gol kebangsaan Amerika Syarikat, Turner.
EXCL: Nottingham Forest submitted an official bid for Matt Turner. 🚨🔴🌳
Understand the proposal has been made for permanent transfer, talks advancing with Arsenal.
Crucial step in goalkeepers domino as #AFC keep negotiating with Brentford for David Raya, deal getting closer. pic.twitter.com/ebhozL9l75
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) August 4, 2023
Walaupun Forest mahu mendapatkan dua penjaga gol namun lima hari sebelumnya Fabrizio Romano ada mendedahkan kelab itu hanya akan membeli satu sahaja antara Turner atau Dean Henderson. Dalam kes ini Arsenal lebih pantas bergerak berbanding United. Peluang untuk Henderson ke Forest masih terbuka tetapi melalui pinjaman dengan option to buy.
Nottingham Forest will sign only one GK this summer between Matt Turner and Dean Henderson. 🚨🔴🌳 #NFFC
🇺🇸 Forest already asked Arsenal for final conditions of Turner deal — and it’d be a permanent transfer. pic.twitter.com/mkZT36woi8
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) July 30, 2023
Ini adalah kisah yang bersilang antara Arsenal, Brentford, Forest dan United. Ini juga kisah bersilang antara Raya, Turner dan Henderson… tidak lupa juga ia sangat berkait dengan status Ramsdale di Arsenal.
Mungkin kedengaran agak janggal apabila Arsenal secara mengejut mahu membeli Raya ketika Ramsdale telah membantu mengangkat kelab itu mencapai tahap seperti hari ini tetapi jika melihat semula kebelakang, begitu lah cara Arsenal memberi saingan kepada Bernd Leno.
Lebih tidak pelik kerana pada masa itu Arsenal menyasarkan Raya tetapi mereka gagal mendapatkannya dan disebabkan itu mereka beralih kepada Ramsdale dari Sheffield United.
Salah satu faktor Arsenal lebih mudah mendapatkan Raya kali ini berbanding tiga tahun lepas adalah kerana kontrak pemain itu hanya berbaki 12 bulan, dimana situasi ini tidak lagi memihak kepada Brentford.
Proses Arteta yang seterusnya
Cita-cita Arsenal pada musim ini sudah semestinya tidak mahu kurang dari musim lepas, pasukan yang hampir menjuarai Liga Perdana tetapi dipintas oleh Manchester City di 1/4 terakhir kempen.
Perkara itu telah dipamerkan sepanjang jendela perpindahan apabila mereka bersungguh-sungguh mendapatkan Declan Rice dari West Ham dengan harga pecah rekod-British (pakej £105 juta).
Arsenal juga membeli Kai Havertz (Chelsea) dan Jurrien Timber (Ajax) dan sebelum kesemua nama diatas dibeli, kelab ini telah melanjutkan kontrak Aaron Ramsdale, Bukayo Saka, William Saliba dan Reiss Nelson.
Membeli pemain utama pasukan lain dan mengekalkan pemain utama pasukan sendiri, jelas menunjukkan Mikel Arteta mahu memberi persaingan kepada semua posisi. Ia untuk meningkatkan standard Arsenal ke peringkat lebih tinggi.
Penjaga gol antara posisi yang tidak terlepas dari proses itu dan Ramsdale tidak lagi boleh selesa kerana dia bakal diberikan saingan lebih kuat berbanding Turner.
Shot stopping, distribution dan kepelbagaian hantaran
“Saya mahu bermain di Eropah dan bersaing untuk merebut kejuaraan”, kata Raya pada Februari lepas. Ketika dia mula tiba di England dan menyertai Blackburn Rovers cita-citanya adalah mahu bermain di Liga Perdana. Impian tersebut terlaksana pada 13 Ogos 2021 dan Raya telah meletakkan tarikh itu dalam bentuk tattoo di belakang lehernya.
Selepas dua musim di Liga Perdana Raya telah mengumpul 62 penampilan dan muncul antara penjaga gol terbaik. Kehandalan Raya dalam melakukan shot stopping menjadi kunci kepada Brentford untuk kekal di Liga Perdana dalam musim sulungnya dan pada musim lepas kelab itu menamatkan kempen di tangga kesembilan.
Dalam dua musim tersebut Raya telah mengurang angka bolos pasukan dari yang sepatutnya. Ia boleh dilihat melalui angka expected to conceded (xGOT) dimana setiap percubaan dari pasukan lawan akan dinilai kualitinya sama ada ia boleh menghasilkan gol.
Pada musim lepas Raya mempunyai prestasi terbaik sepanjang kariernya, Raya telah menghalang 5 gol yang sepatutnya dibolosi kerana kualiti percubaan percubaan dari lawan (5.1). Ramsdale juga mempunyai masa yang sama bermain di Liga Perdana iaitu 2 musim dan sepanjang tempoh itu dia telah melepaskan satu gol lebih dari sepatutnya (0.7).
Selain dari kemampuan dalam bahagian stop stopping, perkara paling menarik dalam perbincangan Raya dan Ramsdale adalah distribution. Perkara ini telah menjadi trademark Raya dan pada tahun 2021 Klopp pernah mengatakan penjaga gol ini boleh bermain sebagai pemain NO10 selepas pasukannya diikat 3-3 dengan Brentford.
Ia kerana jenis hantaran Raya cukup pelbagai dan sukar diramal lawan. Bagi yang sudah biasa dengan Raya, mereka tidak terkejut dengan pujian dari mana-mana pihak kerana mereka sudah tahu siapa dan bagaimana permainan Raya.
Sejak bermain bersama Blackburn, Southport dan pasukan remaja Barcelona atau lebih dikenali sebagai Cornella, Raya sentiasa dikenali sebagai seorang penjaga yang selesa bermain bola di kaki. Salah satu dari sebab kemahiran itu terbina adalah kerana dia sentiasa bermain futsal bersama abangnya.
Selain ketepatan dalam melakukan hantaran bola kepada rakan sepasukannya, jenis hantaran Raya juga pelbagai. Apabila Raya menghantar ke bahagian kiri, dia cenderung untuk melakukan ground passes kepada pemain pertahanan dan clipped ball kepada sayap-pertahanan.
Di bahagian kiri, Raya juga kerap melakukan long passes untuk mencari Ivan Toney. Pada November lepas ketika Brentford menewaskan Manchester City 2-1 Raya telah melakukan 11 kali long passes kepada Toney dan penyerang itu berjaya memenanginya 8 kali.
Dalam satu situasi sepakan percuma dari kawasan bawah, Raya melakukan long passes kepada Ben Mee yang kemudiannya melakukan hantaran kepada Toney untuk penyerang itu menjaringkan gol pembukaan.
Sebelum perlawanan menentang Aston Villa dimulakan Raya dilihat melakukan sesi pemanas badan dengan melakukan hantaran ke seluruh penjuru padang. Brentford berjaya mengikat Villa 1-1 dan jaringannya terhasil dari long passes Raya kepada Bryan Mbeumo yang mencari Toney di far post.
Pada musim lepas, Raya merupakan penjaga gol paling kerap melakukan long passes, ia mewakili 50.7% hantarannya. Ketepatan hantarannya adalah 39.3%, keempat tertinggi di Liga Perdana.
Bagi Ramsdale pula, walaupun dia melakukan kesilapan berprofil tinggi ketika menentang Southampton dan Bournemouth namun distribution darinya masih menjadi kunci kepada Arsenal. Variasi hantaran dari Ramsdale masih lagi baik.
Ramsdale tidak mempunyai sebarang masalah untuk melakukan long passes dan kepelbagaian hantaran itu juga menyusahkan pasukan lawan untuk meramal. Ramsdale akan mencari Gabriel Jesus secara terus atau Gabriel Martinelli dan Bukayo Saka untuk menjarakkan pemain lawan.
Kepelbagaian hantaran ini telah memberi manfaat kepada Arsenal ketika menewaskan Barcelona 5-3 dalam perlawanan persahabatan baru-baru ini. Ramsdale telah melakukan long passes kepada Jesus yang kemudian membawa kepada jaringan ketiga Arsenal.
Rumusan
Arsenal telah bertindak pantas dengan melengkapkan tiga pembelian utamanya sebelum mereka pergi ke Amerika Syarikat untuk menjalani perlawanan persahabatan pra musim.
Namun dapat difahami kenapa Arsenal secara tiba-tiba mahu membeli Raya ketika musim baharu hampir membuka tirai. Keperluan itu menjadi jelas selepas mereka akan kembali bermain di Liga Juara-Juara. Arteta mahu setiap posisinya mempunyai persaingan kuat untuk meningkatkan standard pasukan disamping mengekalkan konsistensi.