Menderita Gegar Otak Tidak Halang Mane Jaringkan Gol Yang Sungguh Menakjubkan

Sadio Mane terpaksa dikeluarkan ketika aksi bertemu Cape Verde dalam saingan AFCON disyaki kerana masalah gegaran otak kesan dari insiden pelanggaran bahagian kepala dengan penjaga gol lawan.

Walau bermain dalam keadaan sakit, namun Sadio Mane tetap berjaya menjaringkan satu gol yang sungguh luar biasa menakjubkan, sebelum beliau terpaksa dikeluarkan akibat mengalami kesakitan terlampau.

Cape Verde terpaksa bermain dengan sembilan orang pemain selepas dua pemain mereka Patrick Andrade dan Vozinha telah dilayangkan dengan layangan kad merah.

Penjaga gol Cape Verde, Vozinha telah dilayangkan kad merah kerana melakukan kekasaran yang mengerikan ke atas bintang Liverpool, Sadio Mane.

Vozinha terlibat dengan insiden pelanggaran kepala dengan Sadio Mane yang memperlihatkan bintang Senegal itu jatuh dalam keadaan agak mengerikan.

Mane jatuh dengan kepala beliau terhentak kuat di atas padang, dan mujur saja beliau mampu untuk bangun semula tidak lama selepas rebah itu.

Walaupun baru terlibat dengan insiden pelanggaran ngeri, Mane tetap terus bermain dan membuktikan bahawa keputusan pengurus mengekalkan beliau adalah keputusan yang tepat.

Beliau berjaya menjaringkan gol yang sungguh luar biasa menakjubkan untuk membantu Senegal mendahului permainan, beberapa minit sahaja selepas terlibat dengan insiden pelanggaran ngeri itu.

Tidak dinafikan gol yang beliau jaringkan itu sungguh cantik, namun Mane nampak tidak berada dalam keadaan yang baik dan jelas sekali ia kesan dari insiden pelanggaran beliau dengan Vozinha.

Beberapa minit selepas menjaringkan gol yang cantik itu, beliau akhirnya meminta untuk dikeluarkan kerana tidak tahan sakit.

Beliau nampak pening-pening lalat dan dikata ia kerana gegaran otak selepas beliau terlibat dengan insiden pelanggaran ngeri itu.

Pengurus Senegal mungkin boleh berbangga kerana keputusan beliau lakukan untuk tidak mengeluarkan Mane sebaik insiden itu berlaku adalah tepat kerana bintang Liverpool itu berjaya menjaringkan gol pembukaan.

Namun tindakan beliau itu sepertinya telah mengundang kecaman ramai pihak kerana beliau seolah-olah tidak memikirkan tentang kesihatan Mane.

Mane nampak sudah terlalu lemah dan jelas sekali berisiko untuk membenarkan beliau terus bermain apa lagi insiden tersebut melibatkan kepala.

Namun pengurus Senegal itu tetap membenarkan Mane untuk terus beraksi hingga bintang Liverpool itu sendiri menyerah dan meminta untuk dikeluarkan.

Selepas tamat perlawanan, tular gambar Mane di hospital dengan penjaga gol Cape Verde dan kedua-dua mereka nampak berada dalam keadaan baik-baik sahaja.

Bamba Dieng kemudiannya menambah gol kedua untuk Senegal pada masa kecederaan permainan untuk mengesahkan kemenangan 2-0 berpihak kepada Senegal.

Senegal akan kembali beraksi di pusingan suku akhir kejohanan ini pada hujung minggu nanti untuk bertemu pemenang perlawanan antara Mali bertemu Equatorial Guinea.

Kedua-dua Mali dan Equatorial Guinea akan bertemu awal pagi esok dan sudah tentu mereka terdesak mahu catat kemenangan untuk mengesahkan tempat ke peringkat suku akhir.

Senegal merupakan pasukan kegemaran untuk memenangi saingan AFCON 2021 dan mereka sedang berada di landasan terbaik untuk ke arah itu.

Skuad kendalian Aliou Cisse itu masih belum mencatatkan sebarang kekalahan dengan mereka berjaya merekodkan 2 kemenangan dan mencatatkan 2 seri untuk mara ke peringkat suku akhir.

Kem Senegal baru-baru ini turut mendapat berita yang tidak begitu menggembirakan dengan mereka dijadualkan akan bertemu Égypt dalam aksi play-off Piala Dunia.

Ia bermaksud mereka bakal berdepan tugasan yang sangat berat untuk melayakan diri ke Piala Dunia Qatar nanti.

Sehingga kini masih belum dapat dipastikan sama ada Mane akan mampu atau tidak untuk turun beraksi hujung minggu nanti, namun diharapkan beliau akan berada dalam keadaan baik-baik sahaja.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Sadio Mane Dedah Kemuliaan Hati Kem Liverpool Permudah Urusan Pemain Muslim