Mengapa Adriano Mendapat Gelaran Lagenda Dalam Permainan Pro Evolution Soccer?

Adakah terdapat mana-mana pemain dalam sejarah permainan Pro Evolution Soccer yang lebih baik daripada Adriano Leite Ribeiro atau Adriano? Kerana kehebatan dan kepaduannya di Italy beliau digelar L’Imperatore (the Emperor) atau dalam bahasa Melayu, Maharaja.

Ya, Adriano disini merujuk kepada Adriano yang pernah menyarung jersi Inter Milan tidak lama dahulu dan juga pemain antarabangsa Brazil sekitar awal 2000. Seorang penyerang yang bakal menakluk bola sepak dunia tetapi kecundang kerana masalah peribadi.

Kali terakhir Adriano beraksi sebagai pemain profresional adalah ketika beraksi bersama Miami United pada 2016. Paling diingati aksinya bersama Inter Milan, di mana Sang Maharaja berjaya merangkul 4 Scudetto bersama Inter Milan.

Antara kelab yang pernah Adriano sertai sepanjang kariernya adalah Flamengo, Corinthians, Roma, Parma, Fiorentina dan Atletico Paranaense. Namun Adriano tidak mampu memenuhi potensi dan bakat yang ada pada dirinya ke kemuncak.

Sama seperti Real Madrid dalam permainan FIFA, Inter Milan pernah menjadi pasukan kegilaan ramai dalam PES oleh kerana Adriano

Pro Evolution Soccer merupakan permainan bolasepak paling popular selepas FIFA. Permainan ini dikeluarkan oleh Konami dan bertahun-tahun bersaing dengan FIFA dalam pasaran permainan bolasepak maya.

Bagi mereka yang pernah bermain permainan ini suatu ketika dahulu, mereka pastinya sedar dengan ‘attributes’ yang dimiliki Adriano. Untuk bertahun lamanya, Adriano dianugerahkan Konami dengan kekuatan tendangan setinggi 99 !!

Penjaga gol yang berhadapan dengan sepakan Adriano hanya mampu memandang sahaja. Kadang kala, tendangan Adriano mampu menghasilkan gol walaupun ia ditendang berhampiran dengan garisan tengah padang.

Akhirnya, kisah disebalik ke ‘poweran’ tendangan Adriano sebenarnya berkait rapat dengan lagenda yang berlegar di pejabat Konami.

99 shooting power. Laju bak peluru

Menurut lagenda tersebut, punca utama bekas penyerang Inter Milan ini mempunyai tendangan sehebat itu adalah kerana Adriano merupakan pemain paling digemari Pegawai Eksekutif Konami, Shingo ‘Seabass’ Takatsuka.

Oleh kerana minatnya terhadapa Adriano, ‘Seabass’ mahu pemain ini menjadi pemain paling berkuasa dalam permainan PES. ‘Seabass’ sendiri menerima gelaran tersebut kerana beliau gemar memancing di laut.

Kemungkinan besar ‘Seabass’ sendiri tidak menyangka Adriano akan menjadi pemain terkuat dalam sejarah PES, sekaligus menerima gelaran lagenda dalam permainan tersebut.

Hanya seorang pemain sahaja yang mampu menyaingi kekuatan tendangan yang dimiliki Adriano dalam PES iaitu rakan sepasukannya di Inter Milan, Alvaro Recoba. Pemain ini juga dikatakan digemari oleh ‘Seabass’ selain Adriano.

Dalam bola sepak sebenar, Adriano tidak mencapai tahap yang kita lihat dalam permainan PES tetapi peminat tegar permainan tersebut tidak kisah dengan perkara ini selagi Adriano berterusan menjaringkan gol dari jarak jauh.

Lantaran kehebatan Adriano beliau telah digelar L’Imperatore atau The Emperor. Sepanjang kerjayanya dalam sepak bola Sang Maharaja telah memenangi :

1. 4 Scudetto (Juara Serie A) bersama Inter Milan.
2. 2 Brasileirão bersama Flamengo dan Corinthians.
3. FIFA Confederations Cup dan Copa América bersama Brazil.

Adriano, kami merindui anda.

BACA:  Champions League 2021/22: Inter Milan 0-2 Liverpool