Gianluigi Donnarumma telah memilih nombor 50 sebagai nombor jersinya selepas menandatangani perjanjian bersama Paris Saint Germain.
Beliau ditandatangani secara percuma selepas kontraknya bersama AC Milan tamat pada penghujung bulan lalu.
Pemain terbaik saingan Euro 2020 itu telah menandatangani perjanjian selama lima tahun bersama Paris Saint Germain pada jendela perpindahan musim panas ini.
Gianluigi Donnarumma will not be able to wear his preferred No. 99 shirt at PSG 💔
French football regulations say that players have to wear numbers between 1 and 30 🇫🇷
Goalkeepers can only wear numbers 1, 16 and 30 🧤 pic.twitter.com/LtKLugrrV1
— Goal (@goal) June 8, 2021
Beliau merupakan salah seorang dari beberapa lagi bintang yang berjaya ditandatangani oleh PSG setakat ini seperti, Gini Wijnaldum, Sergio Ramos, Achraf Hakimi.
Walau bagaimanapun, pemain berusia 22 tahun itu tidak dapat memilih nombor kegemaran beliau di Parc des Princes.
Sejak beliau melakukan debutnya bersama AC Milan ketika berusia 16 tahun, Donnarumma hanya memakai jersi bernombor 99 yang mana ia simbolik kepada tahun kelahirannya.
Walau bagaimanapun, Ligue One telah menetapkan peraturan yang menghalang penjaga gol dari memakai nombor tersebut.
After signing Gianluigi Donnarumma, PSG now have NINE professional goalkeepers in their squad. pic.twitter.com/Nm4HzgPcRP
— Footy Accumulators (@FootyAccums) July 15, 2021
Ia sama seperti ketika Mario Balloteli tidak dibenarkan untuk memakai nombor 45 ketika beliau beraksi bersama Nice dan Marseille.
Nombor 1, 16, dan 30 merupakan nombor spesifik yang dikhususkan untuk penjaga gol sahaja, namun kesemua nombor itu telah dimiliki oleh Keylor Navas, Sergio Rico dan Alexandre Letellier.
Menurut sumber laporan dari Footy Headlines, nombor 40 dan 50 juga telah diperuntukkan untuk penjaga gol dan kerana itu Donnarumma memilih untuk memakai jersi bernombor 50.
Berdasarkan terjemahan kasar dari, Balls.ie, peraturan LFP #670 telah menyatakan bahawa:
After signing Gianluigi Donnarumma, PSG now have 9 professional goalkeepers in their squad 😅 pic.twitter.com/BK7yedpnih
— Shubham Dingar (@DingarShubham) July 15, 2021
“Setiap pasukan dari Ligue 1 dan Ligue 2 haruslah membuat senarai penugasan nombor di Isyfoot 72 jam sebelum bermulanya pertandingan.”
“Senarai tersebut tidak boleh melebihi 30 nama, nombor 30 merupakan angka terakhir dalam senarai tersebut yang boleh ditambah dan dikemas kini mengikut keadaan semasa kelab.”
“Jika kelab mempunyai lebih dari 30 pemain professional yang didaftarkan, maka lembaga akan beri pengecualian pada peraturan tersebut. Nombor aneh seperti 45-82 adalah tidak dibenarkan.”
“Nombor 1, 16 dan 30 dikhususkan dan hanya dibenarkan untuk penjaga gol. Nombor 40 pula akan dibenarkan untuk didaftarkan. Setiap pasukan haruslah mempunyai jersi bernombor 33 yang tak didaftarkan untuk mana-mana pemain dan dikhaskan untuk penggantian mendadak. Kesemuanya harus diselesaikan sebelum awal musim dan disediakan kepada pengadil dan pihak berwajib oleh LFP.”
Official: #EURO2020 MVP, Gianluigi Donnarumma joins PSG on a five-year deal.#shemariahmedia #shemariahupdates pic.twitter.com/RMJsESHLql
— Shemariah Media (@ShemariahMedia) July 15, 2021
Maka dek kerana semua peraturan inilah Donnarumma tidak dibenarkan untuk memakai jersi bernombor 99 miliknya dan hanya memakai jersi bernombor 50.
PSG kini mempunyai sembilan orang penjaga gol
Menariknya lagi, selepas menandatangani Donnarumma, PSG kini mempunyai sembilan orang penjaga gol dalam skuad utama mereka.
Tambah lagi dua penjaga gol, pengurus pasukan, Mauricio Pochettino boleh buat kesebelasan utama beliau hanya menggunakan penjaga gol sahaja.
Sembilan penjaga gol utama dalam sebuah pasukan sememangnya satu angka yang terlalu banyak dan tidak tahu apa yang mahu dilakukan oleh gergasi Perancis itu dengan menyimpan begitu ramai penjaga gol.
Penjaga gol berusia 22 tahun itu akan berebut tempat dalam kesebelasan utama skuad dengan Keylor Navas di Parc des Princes.
Gianluigi Donnarumma became PSG’s NINTH goalkeeper in star-packed squad after signing from AC Milan https://t.co/Un83I92GEe
— NigerianNewsHeadlines.com 🇨🇦 (@nnheadlines) July 16, 2021
Ia tentunya akan memeningkan kepala Mauricio Pochettino untuk memilih penjaga gol utamanya selepas ini dengan kedua-dua Donnarumma dan Navas mempunyai kelebihan masing-masing.
Hanya dua dari sembilan penjaga gol itu yang mungkin akan berebut tempat dalam skuad utama dengan tujuh lagi pemain mungkin memang dimiliki untuk jadi back up sahaja.
Musim lalu, Navas jelas merupakan penjaga gol utama dan tembok harapan untuk skuad PSG dengan Sergio Rico menggalas tugas sebagai penjaga gol simpanan.
🔴🔵 Avec Gianluigi Donnarumma, le PSG aura 9 gardiens sous contrat !
🤔 De qui le PSG doit-il se séparer selon vous ? pic.twitter.com/FSxbE3jHxs
— beIN SPORTS (@beinsports_FR) July 11, 2021
PSG turut memiliki penjaga gol berusia 21 tahun, Marcin Bulka dan Garissone Innocent yang masih diperam dalam skuad utama mereka.
Begitu juga dengan dua penjaga gol muda mereka Lucas Lavelle dan Denis Franchi yang masih menunggu peluang untuk dipanggil menyertai skuad utama PSG.
Selain empat penjaga gol muda itu, PSG turut memiliki bintang berusia 30 tahun, Alexandre Letellier yang baru sahaja menandatangani perjanji baru bersama kelab walaupun masih belum membuat penampilan bersama skuad utama lagi.
Walau bagaimanapun, dari sembilan penjaga gol yang dimiliki, PSG mungkin akan mengurangkannya kepada lapan dengan Alphonse Areola dikatakan akan menandatangani perjanjian secara kekal bersama West Ham musim panas ini.
After signing Gianluigi Donnarumma, PSG now have NINE professional goalkeepers in their squad. pic.twitter.com/Nm4HzgPcRP
— Footy Accumulators (@FootyAccums) July 15, 2021
Bintang berusia 28 tahun itu musim lalu menghabiskan waktu sebagai pemain berstatus pinjaman bersama Fulham yang tersingkir dari saingan Premier League di bawah kendalian Scott Parker.
Terdapat juga laporan yang mengatakan bahawa Donnarumma mungkin akan dipinjamkan ke pasukan lain selepas ini namun andai ia benar, tentunya keputusan itu akan menimbulkan beribu persoalan.
Bekas penjaga gol AC Milan itu ditandatangani secara percuma selepas kontraknya bersama gergasi Serie A tamat dan beliau kini memilih nombor 50 sebagai nombor jersinya yang baru bersama PSG.
“Saya sangat berbangga untuk menjadi sebahagian dari kelab besar ini.”
The player of the tournament at #Euro2020 is on the move!
Italy goalkeeper Gianluigi Donnarumma has signed for PSG 🖋️#bbcfootball
— BBC Sport (@BBCSport) July 14, 2021
Jelas Donnarumma kepada laman rasmi PSG selepas menandatangani kontraknya pada Rabu lalu.
“Saya rasa yang saya sudah bersedia dengan cabaran yang baru ini dan akan terus berkembang di sini.”
“Dengan Paris, saya mahu menang sebanyak mana yang mampu saya capai dan mahu beri kebahagiaan kepada para penyokong.”
Donnarumma telah dinobatkan sebagai Player Of The Tournament dalam saingan Euro 2020, selepas beliau mempamerkan aksi permainan yang sungguh luar biasa menakjubkan.
OFFICIAL: PSG have completed the signing of Gianluigi Donnarumma. pic.twitter.com/81R2CpwSkX
— Football Talk (@Football_TaIk) July 14, 2021
Para peminat merasakan yang beliau berkemungkinan akan merampas tempat sebagai penjaga gol utama PSG dari Kaylor Navas selepas ini.
Paris Saint Germain sebenarnya sangat bertuah kerana berjaya menandatangani penjaga gol sehebat Donnarumma secara percuma sahaja.
Mampukah Donnarumma mengekalkan tahap persembahan hebatnya bersama PSG? Bincangkan diruangan komen.
Sumber: SB