Mengapa Penyerang Baharu Chelsea Suka Tiup Belon Raikan Jaringan?

Chelsea sudah pun mengesahkan pembelian Christopher Nkunku daripada RB Leipzig dengan tanda harga £53 juta (RM313 juta).

Nkunku menamatkan saingan Bundesliga musim 2022-23 sebagai penjaring terbanyak dengan 16 gol, dan meyakinkan The Blues untuk menawarkan kontrak selama enam tahun.

Pemain berasal dari Perancis itu menjaringkan 47 gol daripada keseluruhan 119 penampilan di Bundesliga untuk Leipzig.

Ini juga bermakna Nkunku dianggap telah melalui karier yang berjaya di Jerman.

Dan di Jerman, penyerang berusia 25 tahun ini dianggap unik kerana cara beliau menjaringkan gol.

Keraian gol oleh Nkunku dianggap trademark kepada pemaon itu kerana dia akan mengeluarkan belon dari stokin dan kemudian meniupnya.

Bakal beraksi bersama Chelsea pada musim hadapan, peminat Premier League sudah pasti turut akan dihidangkan dengan aksi keraian yang sama setiap kali beliau menjaringkan gol.

Mengapakah Nkunku meraikan gol dengan belon?

Pertama kali Nkunku memperagakan keraian gol aneh itu ialah selepas menjaringkan gol pertama ketika membantu Leipziq menewaskan kelab Ukraine, Shakhtar Donetsk di pertandingan Champions League pada November lalu.

Dan selepas meraikan jaringan dengan cara itu, Nkunku kemudiannya dihujani soalan mengapa beliau berbuat demikian.

Penyerang yang memiliki 10 kaps bersama skuad kebangsaan Perancis itu kemudian menjelaskannya.

Menurut Nkunku dua berbuat demikian untuk memenuhi janji kepada anak lelakinya yang berusia dua tahun.

“Belon itu [ditiup] untuk anak lelaki saya. Dia sangat sukakan belon,” jelas pemain itu.

Dan sejak perlawanan menentang Donetsk, bintang Perancis itu meraikan jaringan dengan meniup belon secara berulang dalam beberapa perlawanan  lain.

Keraian sama turut dilakukan ketika Nkunku tampil buat kali terakhir untuk Leipzig di Jerman selepas menjaringkan gol pertama dalam kemenangan 2-0 ke atas Eintract Frankfurt di perlawanan akhir Piala DFB.

Debut Nkunku untuk Chelsea

Chelsea dijadualkan bertandang ke Amerika Syarikat untuk menghadapi beberapa perlawanan persahabatan sepanjang pra musim bermula Julai ini.

Perlawanan pertama The Blues di negara Uncle Sam itu ialah menentang Wrexham pada 19 Julai, di mana Nkunku dijangka melakukan penampilan pertama bersama pasukan baharunya itu.

Selain Wrexham, Chelsea turut dijadualkan menentang beberapa perlawanan lain di negara tersebut, antaranya Brighton, Newcastle dan Fulham sebelum berhadapan Borussia Dortmund di Jerman.

Nkunku turut dijangka akan melakukan penampilan kompetitif pertamanya untuk Chelsea dalam perlawanan menentang jaguh Inggeris, Liverpool di Stamford Bridge pada hari pembukaan Premier League.

BACA:  Champions League 2021/22: Juventus 1-0 Chelsea