Merson: Sarri Silap Kerana Menganggap Liverpool Sebagai Penanda Aras

Penganalisis bola sepak tersohor, Paul Merson bersetuju dengan kenyataan Maurizio Sarri yang mendakwa Chelsea memerlukan masa sekurang-kurangnya setahun untuk berada di tahap yang terbaik.

Namun begitu, Merson berkata Sarri tidak boleh meletakkan Liverpool sebagai penanda aras kerana pasukan yang lebih berhak untuk dikejar adalah Manchester City.

Sarri salah kerana menganggap Liverpool sebagai penanda aras

Sarri membuat kenyataan tersebut selepas melihat anak buahnya terlepas peluang untuk menyamai mata yang dikutip Liverpool apabila sekadar seri tanpa jaringan ketika menentang West Ham hujung minggu lalu.

Chelsea akan berkunjung ke Anfield bagi menghadapi pusingan ke-3 Piala Carabao pada awal pagi Khamis nanti sebelum bertembung Liverpool sekali lagi dalam aksi Liga Perdana Inggeris beberapa hari kemudian, tetapi kali ini ia bakal berlangsung di Stamford Bridge.

Pengkritik bola sepak Sky Sports, Paul Merson faham dengan penilaian Sarri yang Chelsea mungkin memerlukan masa setahun untuk mencapai potensi sebenar tetapi kurang bersetuju dengan Liverpool dijadikan sebagai penanda aras.

“Dalam temu ramah tersebut, jika saya berada di tempat Sarri, saya akan berkata Manchester City. Pasukan yang anda perlu kejar adalah Manchester City. Mereka merupakan pasukan yang setiap pasukan dalam liga ini perlu kejar.”

Hazard gagal meneruskan prestasi cemerlang beliau ketika menentang West Ham

“Saya faham apabila Sarri berkata mengenai skuadnya yang memerlukan masa selama setahun. Apabila anda melihat bahagian pertahanan Chelsea dan mereka mempunyai David Luiz, anda tahu pemain tersebut akan melakukan kesilapan tidak lama lagi.”

“Selepas itu, mereka mempunyai Marco Alonso sebagai bek kiri. Beliau bermain seperti bek kiri yang berperanan seperti pemain No.10 menurut pendapat jujur saya.”

“Alonso bermain mengikut kepala dia sahaja. Apabila anda melihat sorotan perlawanan Chelsea-West Ham, terdapat satu bola mudah dari bahagian kanan padang tetapi Alonso sudah berada 25 kaki lebih atas dari tempat beliau yang sepatutnya.”

“Perkara itu tidak boleh berlaku apabila mereka bertemu pasukan atasan seperti yang mereka lakukan ketika menentang Arsenal tempoh hari. Arsenal sepatutnya menjaringkan 6 atau 7 gol. Apabila mereka turun menentang Liverpool dan Manchester City selepas ini, saya akan terkejut sekiranya Chelsea memperolehi keputusan yang bagus dari pertemuan tersebut.”

5 kemenangan dari 6 perlawanan telah meletakkan Chelsea sebagai salah satu pasukan pilihan untuk menjulang trofi Liga Perdana Inggeris musim ini disamping Liverpool dan Manchester City.

Eden Hazard merupakan pemain yang paling mencuri tumpuan namun menurut Merson, pemain antarabangsa Belgium itu tidak boleh menggalas tugas menjaringkan gol secara berseorangan. Apabila ditanya adakah Olivier Giroud dan Alvaro Morata mampu menggalas tugas tersebut, ini jawapan Merson.

“Giroud merupakan pemain berpasukan yang baik dan itulah masalahnya. Beliau mengingatkan saya kepada Emile Heskey. Apabila pasukan menang, segalanya baik-baik sahaja dan beliau membawa pemain lain ke dalam permainan.”

Antara Giroud dan Morata, mana yang lebih baik ?

“Saya rasa Hazard lebih suka bermain dengan Giroud. Anda dapat lihat minggu sebelum ini ketika Hazard mencatatkan hatrik, Giroud terlibat dalam beberapa gol.”

“Giroud merupakan pemain penting untuk Chelsea tetapi apabila mereka seri 0-0, statistik perlawanan keluar dan ia tidak kelihatan begitu baik.”

BACA:  Reece James Dinamakan Sebagai Kapten Baharu Chelsea