Kylian Mbappe telah mempamerkan aksi hebat dan statistik jaringan yang lebih hebat dalam saingan Liga Juara-juara berbanding Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo ketika berusia 21 tahun.
Bahkan Cristiano Ronaldo ketika berusia 21 tahun beliau tidak pernah menjaringkan sebarang gol dalam aksi Liga Juara-juara.
Untuk Lionel Messi pula, ketika beliau seusia Kylian Mbappe, Messi cuma berjaya menjaringkan dua gol sahaja untuk Barcelona.
Messi ❓
Ronaldo❓Kylian Mbappe has named his three football heroes 👀
— Goal News (@GoalNews) April 29, 2020
Pada Februari tahun lalu, bintang PSG itu telah berjaya menyamai rekod yang dipegang oleh Ronaldo Nazario dalam pentas terbesar Eropah selepas berjaya menjaringkan gol menentang setan merah.
Aksi cemerlang beliau diteruskan dari minggu ke minggu sehingga sekarang, Kylian Mbappe menjadi antara pemain terbaik di dunia.
Beliau adalah antara calon yang dikatakan akan memenangi gelaran Ballon d’or masa depan.
Namun jika ditanya kepadanya siapa yang akan dipilih sebagai pemain terhebat antara Messi dan Ronaldo, Mbappe menjawab keduanya sama.
Menurut pemain berusia 20 tahun itu, dia sanggup duduk dibangku simpanan dan membenarkan dua pemain hebat itu beraksi jika mereka berada dalam pasukan sama.
“Jika saya ada peluang untuk memilih antara Messi dan Ronaldo untuk bermain bersama, saya sanggup duduk di bangku simpanan dan biarkan mereka beraksi. Bermain bersama mereka sudah pasti akan peroleh kemenangan.”
Mentaliti seorang pemain yang luar biasa, biar tak main janji pasukan menang, kerana itu lah Mbappe disenangi dalam kalangan rakan sepasukannya.
PSG man Kylian Mbappé to @francefootball: "If I have to choose between Leo Messi and Ronaldo to join my team? I retire and I take both to be sure to win.” 🐐 mentality from this guy, even if he cannot play, all he wants is a win, this is one of the reasons why he’ll go far. pic.twitter.com/U7Ki29AopM
— footballnews (@footynews34) April 16, 2019
Enam tahun lalu, telah tersebar gambar Mbappe ketika berusia 13 tahun, yang mana dalam gambar tersebut, terlihat dalam bilik tidurnya dipenuhi gambar Cristiano Ronaldo.
Mbappe turut menjadikan Ronaldo sebagai idolanya dan sejak dari itu beliau bercita-cita untuk menjadi pemain bola sepak terkenal.
Tetapi sejauh mana obsesnya beliau mengikut jejak langkah idolanya dalam mencapai cita-cita yang diimpikan?
Pada tahun 2016, ayah kepada Mbappe pernah mendedahkan kepada France Football bahawa anaknya sering menghabiskan masa untuk menonton aksi Cristiano Ronaldo di Internet.
Hasilnya, kini penyerang pasukan Paris Saint Germain itu sudah beraksi ditahap yang sama dengan kesemua idolanya itu.
Kylian Mbappe, aged 13, in his bedroom – a shrine to his hero Ronaldo. Now, just 6yrs later, HE’S the new king of world football. The hero-worshipper becomes the hero. Amazing. pic.twitter.com/eRfzjBnMBc
— Piers Morgan (@piersmorgan) July 1, 2018
Dalam satu temu ramah beliau bersama MARCA tahun lalu, Mbappe sendiri pernah mendedahkan bertapa berpengaruhnya Ronaldo dalam kariernya ketika remaja.
“Dia adalah wira ketika zaman kanak-kanak saya dan sangat luar biasa apabila saya dapat berjumpa dengannya sekarang.”
“Tetapi saya seorang pesaing dan seorang yang sangat kuat bersaing, dan apa yang saya mahukan hanyalah menang, menang, menang. Jadi saya tidak kira siapa harus saya hadapi janji menang.”
“Saya taksub dengannya ketika remaja, cukup sampai disitu, kini saya beraksi dimana pon saya cuma mahukan kemenangan.”
“Dari seseorang yang pernah menang lima kali Ballon d’or, banyak yang boleh kita pelajari. Dia seorang pemain yang hebat, tapi saya juga sedang beraksi bersama pemain hebat disini.”
🗣 Kylian Mbappé (PSG) on his idols:
"I had a lot of idols, there was Cristiano who I loved a lot, and during this period we have had Cristiano and Messi.
I have the chance to play with Neymar who I admired a lot when I was young. They are the players that I admired a lot." pic.twitter.com/hjElVUM539
— Camp Nou Barça (@cnbarca) April 29, 2020
“Neymar disini dan saya yakin dan pasti dia sebenarnya sama hebat seperti Ronaldo. Edinson Cavani juga banyak mengajar saya sebagai seorang penyerang.”
Mbappe dan Neymar sememangnya calon yang dikatakan bakal mendominasi anugerah ballon d’or menggantikan Messi dan Ronaldo.