Messi Hampir Menghasilkan Jaringan Epik ‘Hand of God’ Milik Maradona

Lionel Messi hampis sahaja menghasilkan semula jaringan epik dan penuh lagenda ‘Hand of God’ yang menjadi cap dagang lagenda bola sepak dunia yang tiada tanding tara lagi, Diego Armando Maradona.

Dalam perlawanan menentang Osasuna, Lionel Messi hampir saja meniru gol terkenal Maradona itu ketika gol pembukaan dari Martin Braithwaite hampir saja melepasi garisan gol.

Namun Messi mungkin tersedar beliau kini berada di tahun 2020 di mana teknologi telah membantu dalam pengadilan dan dengan mudah beliau akan kantoi dan dihukum.

Hampir sahaja Messi menepuk bola itu seperti apa yang dilakukan Maradona yang menyingkirkan England daripada saingan Piala Dunia 1986 dan menjadi antara gol kontroversi dalam dunia bola sepak.

Jika Messi menyentuh bola itu sudah pasti kad merah dalam tangan dan akan menjalani penggantungan dan jaringan itu juga tidak akan dikira malah memberi impak kepada pasukan.

Lagenda dan pemain bola sepak terbaik dunia zaman sepanjang, Diego Maradona yang berusia 60 tahun telah disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung beberapa hari lalu.

Berita yang mendukakan serta satu kehilangan yang besar buat semua peminat dan dunia bola sepak.

Awal bulan ini, Maradona telah dimasukkan ke hospital bagi menjalani pembedahan membuang darah beku di kepala selepas terjatuh dan pembedahan itu berjaya.

Sejak itu, staf perubatan telah ditempatkan di rumah beliau untuk memantau keadaan untuk proses pemulihan.

Diego Armando Maradona dilahirkan pada 30 Oktober 1960 merupakan bekas pemain bola sepak Argentina dan juga merupakan seorang pengurus selepas menamatkan karier sebagai pemain.

Semasa kariernya sebagai pemain, Maradona telah memakai jersi ikonik bernombor 10 yang memberi satu perlambangan bagi pemain bola sepak yang hebat.

Pemain nombor 10 dianggap bahaya dan ancaman kepada pasukan lawan. Mereka seringkali menjadi mangsa kekasaran pertahanan pasukan lawan berikutan kelincahan dan kehebatan yang dimiliki oleh pemain bernombor 10.

Karier Diego Maradona pula bermula bersama Argentinos Juniors tetapi meraih kejuaraan pertama Primera Division pada musim ke-5 bersama kelab tersebut sebelum berhijrah ke Boca Juniors.

Semusim bersama Boca Juniors, Maradona kemudiannya dipancing ke Barcelona untuk rekod perpindahan dunia pada ketika itu.

Musim pertama di Nou Camp, Maradona dan Barcelona memperoleh kejuaraan ‘treble’ dengan gelaran La Liga, Copa Del Rey dan kemudiannya Espanyol Super Cup.

Namun begitu, nama Maradona sangat disanjung di Napoli. Maradona diibaratkan dewa penyelamat bandar Napoli. Prestasi terbaik pemain Argentina ini juga adalah ketika bersama Napoli.

Maradona dan Napoli bersama-sama memenangi kejuaraan Serie A sebanyak 2 kali pada 1987 dan 1990 serta juga bergelar juara Piala UEFA pada 1988/89

Maradona cemerlang bersama negara dan merupakan penjaring terbanyak sepanjang zaman ketika bersama kelab Itali di Serie A, Napoli dengan 115 gol dalam semua pertandingan.

Kegemilangan Maradona bersama Argentina sudah pasti pada Piala Dunia 1986 yang berlangsung di Mexico apabila berjaya memberi inspiras untuk Argentina menjadi juara dunia.

Maradona bersara pada tahun 1997 dan telah terlibat dalam dunia kejurulatihan dan telah menjadi pengurus Argentina pada 2008 sehingga 2010.

Kelab Gimnasia de La Plata merupakan pasukan terakhir yang diuruskan oleh Maradona sebelum meninggalkan dunia yang fana ini.

BACA:  Lionel Messi Namakan Empat Pencabar Terdekatnya Untuk Memenangi Anugerah Ballon D'or