Messi Melemaskan Penjaga Gol Dengan ‘Chip’ Yang Sayu Sekali

Lionel Messi menunjukkan kegeniusan tanpa sempadan yang ada padanya. Ini apabila kapten Argentina itu melakukan gol lob yang sangat cantik.

Messi memerangkap penjaga gol dengan satu chip yang sangat tepat dan jitu.

Argentina berdepan dengan Honduras dalam aksi persahabatan antarabangsa. Messi menjadi bintang utama dalam perlawanan ini. Dengan puluhan ribu peminat hadir di Miami menyaksikan Messi beraksi bersama rakan rakannya.

Lautaro Martinez meletakkan Argentina di hadapan pada minit ke-16.

Kemudian berlaku insiden kekasaran ke atas Messi yang hampir mencetuskan pergaduhan. Messi telah disiku oleh pemain lawan, membuatkan kem Argentina naik angin dan berang.

Ketika perlawanan bersambung, Messi mengajar Honduras erti penyesalan. Dia menjaringkan gol kedua Argentina menerusi sepakan penalti masa kecederaan separuh masa pertama.

Pada separuh masa kedua, Messi mengesahkan kemenangan mutlak Argentina dengan gol ikonik pada minit ke-69. Di mana Lionel Messi memerangkap dan melemaskan penjaga gol.

Kepada yang hati mudah tersentuh, diharap jangan tekan butang play kerana anda mungkin akan murung melihat penjaga gol lawan diperlakukan seperti itu.

Di ruangan komen, peminat teruja melihat gol itu. Pengulas juga seolah olah kehilangan kata kata.

Messi sangat cepat bertindak dan berfikir dalam situasi itu. Bermula daripada tekanan di kawasan tinggi yang membuatkan Honduras kehilangan bola, Messi tak mengawal bola langsung, sebaliknya terus melakukan lob yang gila sekali.

Tamat perlawanan Argentina menang 3-0 ke atas pasukan Honduras.

Argentina kini meneruskan rekod tanpa kalah mereka dalam 34 perlawanan menjelang perlawanan Selasa menentang Jamaica di New York.

Dengan kekalahan terakhir mereka pada separuh akhir Copa America 2019, beribu-ribu penyokong Argentina yang memenuhi Stadium Hard Rock dengan 64,420 orang penonton yang hadir dalam perlawanan  ini.

Misi Messi

Argentina antara pasukan pilihan untuk menjadi juara Piala Dunia 2022 selain daripada pasukan seperti Perancis, England, Brazil dan Jerman.

Messi dan Argentina dalam momentum terbaik pada ketika ini. Prestasi mereka sangat menakutkan untuk lawan mereka.

Argentina akan berdepan Arab Saudi, Mexico dan Poland dalam Kumpulan C di Piala Dunia 2022. Ini dianggap Piala Dunia penting untuk Messi menamatkan penantian dia dan negaranya untuk memenagi Piala Dunia sekali lagi.

Di peringkat kelab, Messi turut sudah mendapatkan semula sengatnya. Selepas musim pertama yang kurang prolifik di PSG.

Messi membentuk gandingan yang menggerunkan dengan Neymar dan juga Kylian Mbappe.

Messi seringkali dianggap sebagai salah seorang pemain terbaik sepanjang zaman, kalau pun dia bukan yang terbaik sepanjang zaman di mata anda. Dia memiliki perseteruan yang luar biasa dengan Cristiano Ronaldo.

Perseteruan yang disifatkan Messi sebagai, sebab kenapa mereka saling bekerja keras setiap hari.

Dia merupakan pemain paling banyak memenangi Ballon d’Or di dalam sejarah dengan 7 bebola emas di kabinet almari rumahnya diletakkan sebelah tupperware emaknya.

Messi pemain yang sinonim dengan Barcelona. Dikaitkan dengan kepulangan semula ke kelab itu selepas kontraknya tamat dengan PSG tahun ini.

Namun buat masa ini, tiada rundingan rasmi lagi dibuat oleh Barca dengan Messi.

Fokus Messi pada ketika ini adalah untuk membantu negaranya memenangi Piala Dunia. Dan kemudian misi untuk membantu PSG memenangi Liga Juara Juara Eropah yang pertama dalam sejarah kelab mereka.

UCL merupakan piala yang sangat diidamkan oleh presiden PSG iaitu Nasser Al Khelaifi. Musim ini PSG membuat penstrukturan semula di bahagian kejurulatihan hasil bantuan kepakaran Kylian Mbappe.

Adakah PSG akhirnya akan dapat menjulang UCL? Ataupun akhirnya Messi mengulangi magis Diego Armando Maradona, membantu Argentina menjuarai Piala Dunia 2022?

BACA:  Peminat Seluruh Dunia Terkejut Mendengar Ganjaran Messi Terima Untuk Setiap Gol Jaringannya