Messi Pernah Luah Kesedihan Rakan Sepasukan Jadi Talam Bermuka Dua Di Bilik Persalinan Barcelona

Lionel Messi dijangka bakal melakukan debut bersama Inter Miami pada 21 Julai ini menentang Cruz Azul dalam pertandingan League Cup.

Pemain itu memilih untuk ke Amerika Syarikat selepas menolak peluang untuk kembali menyertai Barcelona setelah kontrak dua tahun bersama Paris Saint-Germain (PSG) tamat pada 30 Jun lalu.

Dalam satu temubual ketika mengumumkan masa depannya setelah meninggalkan PSG pada awal Jun lalu, Messi pernah meluahkan kekecewaan dengan situasi di Barcelona – yang menjadi punca mengapa beliau tidak memilih untuk kembali ke kelab Catalan itu.

Selain mendedahkan perancangan masa depannya ketika ditemubual Mundo Deportivo, Messi turut mendedahkan perkara yang agak mengejutkan yang menjadi antara sebab beliau tidak kembali lagi ke Barcelona.

“Saya tidak pasti sama ada Barcelona telah mencuba sehabis baik untuk membenarkan ia [perpindahan] itu terjadi.

“Satu perkara yang pasti saya dimaklumkan sesuatu oleh Xavi.

Kemudian Messi turut mendedahkan ada pihak di Barcelona yang tidak senang untuk melihat dia kembali.

“Saya pasti ada pihak di dalam kelab yang tidak mahu saya kembali ke Barca, dan mereka melihat ia sebagai perkara yang negatif untuk kelab,” kata Messi.

Selain daripada itu Messi juga berkata beliau sudah letih dengan permasalahan yang dihadapi kelab itu dan tidak sanggup untuk melihat pemain-pemain lain dijual semata-mata untuk membenarkan beliau kembali ke Nou Camp.

Sebenarnya sebelum ini Messi turut pernah mendedahkan bagaimana dirinya dipulau oleh segelintir pemain di bilik persalinan Barcelona.

Laporan awal sebelum ini pernah mendedahkan hubungan dingin di antara pemenang Ballon d’Or sebanyak enam kali itu dengan beberapa rakan sepasukan yang lain.

Malah kapten Barcelona itu tidak menyembunyikan perasaannya, menyatakan dirinya ‘kesunyian’ di bilik persalinan pasukan.

Hubungan dingin Messi dengan enam pemain di Nou Camp juga kelihatan berlanjutan.

Diario Gol melaporkan bahawa Riqui Puig, Marc-Andre ter Stegen, Ousmane Dembele, Miralem Pjanic, Samuel Umtiti dan Junior Firpo adalah pemain yang sudah tidak bercakap dengan Messi.

Malah ketika Messi mengalami masalah di Nou Camp pada 2020, hanya dua pemain dikatakan tampil mahu kapten skuad kebangsaan Argentina itu untuk dikekalkan.

Akhbar Sepanyol itu turut mendedahkan kapten Argentina itu masih mendapat sokongan beberapa pemain senior lain seperti Sergio Busquets, Jordi Alba dan Gerard Pique.

Kebanyakkan pemain itu kini sudah tidak lagi bersama Barcelona.

BACA:  Sikap Terpuji Lionel Messi Menjaga Dan Mengutamakan Isterinya Berhak Untuk Dikagumi