Michael Jordan telah berjaya mencatatkan keuntungan bernilai £5 juta setakat ini, hasil dari perpindahan Lionel Messi menyertai Paris Saint Germain.
Bagaimana Jordan boleh mengaut keuntungan dari perpindahan Messi?
Jawapannya adalah kerana perjanjian tajaan Nike Jordan bersama Paris Saint Germain dan nilai £5 juta itu tentunya akan bertambah lebih banyak dalam masa terdekat ini.
🐐 x 🐐
Messi will be playing in the Jordan kits this year ✈️ @brkicks pic.twitter.com/WsWXeuSULB
— B/R Football (@brfootball) August 10, 2021
Nike Jordan telah membina hubungan tajaan bersama PSG sejak dari 2018 lagi dan kerjasama antara mereka berjalan dengan sangat lancar.
Selepas tampil di jersi away dan jersi ketiga, logo Jordan kini ada di jersi home PSG dan legenda Chicago Bulls itu memperoleh lima peratus hasil dari setiap jersi yang berjaya dijual.
Penghijrahan Messi dari Barca ke Paris telah menyebabkan penjualan jersi pasukan gergasi Ligue 1 itu memecah rekod, dengan permintaan terhadap jersi bintang Argentina itu sangat tinggi.
Jersi Messi dengan nombor 30 di belakang habis dijual selepas 30 minit sahaja Paris Saint Germain mengumumkan beliau sebagai penandatanganan terbaru.
Michael Jordan earns 5% of the profits the club makes from selling PSG merchandise. So far, PSG has earned around 120 million euros since Messi's shirt went on sale, which would earn Jordan six million euros in a single weekend.
Incredible! 🤯💰 pic.twitter.com/Ety2EfXY6Y
— PF | Transfer News (@PurelyFootball) August 17, 2021
Bukan hanya jualan atas talian yang mendapat permintaan tinggi, bahkan gerai rasmi kelab turut diserbu oleh para peminat yang bersesak mahu mendapatkan jersi Lionel Messi.
Menurut sumber laporan dari media Sepanyol, AS, 150,000 helai jersi Messi telah habis dijual hanya dalam tempoh tujuh minit sahaja dan ia sememangnya satu hal yang sungguh luar biasa menakjubkan.
The queue outside the official PSG shop at the Champs-Élysées to buy a Lionel Messi shirt. (🎥@RemyBuisine) pic.twitter.com/Bh5QeIesUv
— Get French Football News (@GFFN) August 11, 2021
Setakat ini sahaja, PSG dikatakan sudah memperoleh keuntungan bernilai £100 juta (€120 juta) hasil dari penjualan jersi Messi sahaja dalam tempoh satu minggu.
Nilai tersebut menyebabkan legenda berusia 58 tahun, Michael Jordan telah berjaya memperoleh keuntungan yang sungguh luar biasa menakjubkan.
Angka tersebut dianggarkan akan terus meningkat dengan PSG menjangkakan mereka akan mampu menjual 2.5 juta helai jersi Messi sepanjang musim ini.
Ketika kemuncak penularan wabak pandemik ini, jenama Jordan telah menanggung kerugian sebanyak 24% dari nilai mereka, dan net worth ikon NBA itu juga turun dari $2.1 billion kepada $1.6 billion.
#elGráfico | 📈
🔸Lionel Messi's arrival at PSG, made Micheal Jordan €6m richer.🔹The Jordan brand receives 5% of profits per kit from PSG. From, the amount of jerseys sold thanks to to Messi, Jordan made 6 million euros. pic.twitter.com/HmzCBjYzNn
— infosfcb (@infosfcb) August 18, 2021
Jika Paris Saint Germain sedang berpesta mengaut keuntungan hasil dari penjualan Lionel Messi, bekas majikan beliau, Barcelona pula sedang mengalami kerugian teruk pada ketika ini.
Barca mengalami kemerosotan hampir 80% dari hasil penjualan jersi mereka bermula sejak pemain terhebat sepanjang zaman kelab itu meninggalkan Nou Camp baru-baru ini.
Barca yang sudah sememangnya sedang bergelut dengan masalah ekonomi kelab, berkemungkinan akan berdepan dengan masalah yang lebih teruk lagi.
Lionel Messi signed a two-year, $102 million contract with the French soccer team Paris Saint-Germain last week
And because PSG is Jordan brand, Michael Jordan earns 5% of the club’s merchandise sales. Jordan earned roughly $7 million the first weekend that Messi was on the team pic.twitter.com/NKwTVCEP2q
— Jomboy Media (@JomboyMedia) August 17, 2021
Unit kewangan kelab menjangkakan Barca akan menanggung kerugian bernilai €17 juta dari kutipan perlawanan, €43 juta dari merchandise dan €77 juta dari pendapatan perniagaan.
Presiden PSG, Nasser Al-Khelaifi sementara itu telah menyatakan yang seluruh dunia tentunya terkejut melihat keuntungan yang mereka terima pada ketika ini, hanya kerana kehadiran Messi.
Beruntungnya PSG, mereka berjaya menandatangani Lionel Messi secara percuma sahaja selepas kontrak bintang Argentina itu bersama Barca tamat pada Jun lalu.
Belum sempat pemain terhebat sepanjang zaman itu turun beraksi buat pertama kali, PSG sudah mencatatkan keuntungan yang sungguh lumayan.
🏀👕It is estimated that Basketball legend Michael Jordan is €6 Million richer from Lionel Messi’s shirt sales at PSG following Messi’s arrival last week.
🧾Michael Jordan makes a profit of 5% per kit due to having his Air Jordan logo on the #PSG kits.
💎The #Messi Effect pic.twitter.com/38KOF6arVi
— #Messi (@alimo_philip) August 17, 2021
PSG pada musim panas ini tidak dinafikan mereka telah melalui jendela perpindahan yang sungguh luar biasa mengagumkan.
Mereka berjaya menandatangani empat pemain berprofil tinggi secara percuma sahaja selepas kesemua mereka datang sebagai pemain berstatus free ejen.
Gianluigi Donnarumma, Wijnaldum, Sergio Ramos dan Lionel Messi berjaya ditandatangani secara percuma sahaja, dengan kesemua mereka tidak dinafikan lagi antara pemain terhebat dunia di posisi masing-masing.
Michael Jordan makes a profit of 5% per kit that PSG sell…
With the number of shirts Messi has sold, Michael Jordan became €6 million richer 🤯🤯🤯
[El Grafico] pic.twitter.com/vxQB61WF0V
— Footy Accumulators (@FootyAccums) August 17, 2021
Dengan skuad hebat yang PSG miliki ketika ini, ditambah pula aura Messi dan pengalaman pemain lain terutama Ramos, mereka jelas sekali akan dipilih sebagai pasukan pilihan untuk memenangi gelaran Champions League musim ini.
Adakah Messi akan mampu mengekalkan persembahan terbaiknya ketika beraksi di Perancis? Bincangkan di ruangan komen.
Sumber: SB