Mino Raiola Dedah Pemainnya Mungkin Akan Sertai Pasukan Dari Premier League Musim Panas Nanti

Super ejen dalam dunia bola sepak, Mino Raiola sudah menegaskan yang Premier League bakal menjadi destinasi seterusnya untuk Matthijs de Ligt.

Menurut sumber laporan dari II Messaggero, bintang Juventus itu merupakan antara pemain pertahanan yang paling dikehendaki oleh kebanyakan kelab di benua Eropah pada ketika ini.

Matthijs de Ligt juga merupakan antara pemain paling berprestasi dalam kem Juventus pada ketika ini, dengan bintang berusia 22 tahun itu sudah membuat 20 penampilan untuk The Old Lady sepanjang musim ini.

Dari 20 penampilan itu, selain dari menjadi pemain terbaik skuad, De Ligt turut berjaya menjaringkan satu gol seterusnya mengukuhkan lagi kedudukan beliau sebagai antara nadi penting skuad.

Menurut sumber laporan sama, De Ligt kini berkemungkinan akan menjadikan Premier League sebagai destinasi pilihan beliau pada jendela perpindahan musim panas nanti.

Ejen kepada pemain pertahanan berusia 22 tahun itu dilaporkan sudah memutuskan ke marah arah tuju De Ligt pada musim panas 2022 nanti.

Banyak kelab dari saingan Premier League yang sebenarnya turut sama berminat untuk mendapatkan khidmat dari pemain pertahanan muda Belanda itu.

Manchester United, Chelsea dan Manchester City merupakan tiga pasukan yang paling berminat untuk mendapatkan khidmat De Ligt pada jendela perpindahan musim panas nanti.

Masa depan bekas bintang Ajax itu bersama Juventus juga sepertinya agak samar-samar pada ketika ini, dengan Mino Raiola turut mengaitkan De Ligt dengan beberapa gergasi Eropah yang lain selain dari Premier League.

Raiola menyebut yang Matthijs de Ligt berkemungkinan akan pergi sertai kelab dari saingan Premier League, atau mungkin Paris Saint Germain, Real Madrid atau Barcelona.

Bercakap kepada NOS, ejen berusia 54 tahun itu menyatakan bahawa:

“Saya rasa kita semua tahu kelab mana yang perlu disebut untuk Matthijs de Ligt sebagai destinasi seterusnya dia. Kita akan lihat pada musim panas nanti. Premier League? Ia boleh jadi Barcelona juga, atau Real Madrid atau Paris Saint Germain.”

Kepada mana-mana kelab yang berminat untuk mendapatkan khidmatnya pada musim panas nanti, Matthijs de Ligt tidak akan boleh didapati dengan yuran perpindahan yang murah.

Menurut sumber laporan dari Transfermarkt, pemain pertahanan berusia 22 tahun itu dilaporkan bernilai £70 juta dan ia jelas sekali sangat tinggi untuk seorang pemain pertahanan muda seperti beliau.

Chelsea berkemungkinan bakal menjadi destinasi pilihan seandainya Mino Raiola benar-benar mahu menghantar De Ligt untuk beraksi dalam saingan Premier League.

Dari kesemua pasukan yang menunjukkan minat untuk mendapatkan khidmatnya, Chelsea merupakan yang paling berpotensi.

Pemain pertahanan berusia 22 tahun itu juga sepertinya sangat sesuai dengan Chelsea memandangkan The Blues juga pada ketika ini sedang dalam usaha mereka untuk mencari pemain pertahanan yang baru.

Mengikut keadaan pada ketika ini, kebanyakan pemain pertahanan Chelsea sedang memasuki tahun terakhir dalam kontrak masing-masing.

Thiago Silva, Antonio Rudiger, Andreas Cheistensen dan Cesar Azpilicueta kesemuanya masih belum menandatangani kontrak baru bersama kelab.

Walau bagaimanapun, Thiago Silva dilaporkan sudah semakin hampir pasti untuk menandatangani kontrak selepas beliau bersetuju untuk kekal di Stamford Bridge.

Sementara Antonio Rudiger pula beliau juga sepertinya sudah hampir pasti untuk meninggalkan kelab dengan Real Madrid, Barcelona, Paris Saint Germain, Newcastle dan Manchester United berminat untuk mendapatkan khidmatnya.

Saingan Premier League pada ketika ini sudah ada barisan-barisan pemain centre-back terhebat dalam dunia bola sepak seperti Virgil Van Dijk, Ruben Dias dan Raphael Varane.

Kemasukkan Matthijs de Ligt jelas sekali akan menambah lagi keseronokkan dalam saingan Premier League musim hadapan.

Sumber: Sportskeeda

BACA:  De Ligt Dedah Bagaimana Beliau Sering Diketawakan Di Juventus Kerana Gaya Pemakaiannya