Mohamed Salah Percaya Beliau Pemain Terhebat Di Dunia Pada Ketika Ini

Pemain penyerang Liverpool, Mohamed Salah percaya yang beliau sebenarnya pemain terbaik dalam dunia bola sepak dan tak ada pemain lain yang bermain di posisinya mampu untuk menandingi beliau.

Pemain kebangsaan Mesir itu berjaya menjaringkan 30 gol dari semua pertandingan sepanjang musim ini dengan beliau turut dinamakan sebagai penerima anugerah FWA Footballer of the Year pada awal minggu baru-baru ini.

Salah jelas sekali sangat berharap agar Liverpool akan mampu mencipta sejarah menjadi pasukan pertama memenangi gelaran quadruple.

Beliau juga pada ketika ini sedang memimpin senarai penjaring terbanyak Premier League dengan beliau kini sudah berjaya meledak 22 gol.

Sejujurnya persembahan Salah agak merosot pada tahun 2022 ini, namun beliau mempunyai keyakinan yang sangat tinggi terhadap kemampuannya sendiri.

“Jika kamu bandingkan saya dengan pemain lain di posisi saya, bukan hanya dalam pasukan saya tapi seluruh dunia, kamu akan tahu yang saya lah yang terbaik.”

Jelas Salah kepada beIN SPORTS.

“Saya senantiasa beri tumpuan pada usaha saya dan lakukan yang terbaik dan statistik saya bukti nyata terhadap kata-kata saya.”

“Saya suka untuk sentiasa mencipta cabaran baru bagi diri saya sendiri, untuk bekerja dengan cara berbeza dan untuk mencipta perbezaan itu adalah tugas saya.”

Salah menyertai Liverpool dari AS Roma pada tahun 2017 yang lalu dan beliau pada ketika ini merupakan pemain terpenting skuad The Reds.

Beliau memainkan peranan penting ketika membantu skuad kendalian Jurgen Klopp itu untuk memenangi gelaran Champions League, Super Cup, FIFA Club World Cup, Premier League dan terbaru Carabao Cup.

Beliau kini berkesempatan untuk menambah bilangan Piala tersebut dengan membantu Liverpool untuk menewaskan Chelsea dalam aksi perlawanan akhir saingan FA Cup pada hujung minggu ini.

Seandainya beliau berjaya membantu Liverpool untuk menewaskan Chelsea, maka beliau akan menjulang Piala keduanya bersama Liverpool musim ini selepas kejayaan mereka menjulang gelaran Carabao Cup.

Salah merupakan bekas bintang Chelsea namun khidmat beliau tidak diperlukan oleh bekas pengurus, Jose Mourinho.

Skuad kendalian Jurgen Klopp itu sebelum ini sudah berjaya menewaskan Chelsea dalam aksi perlawanan akhir saingan Carabao Cup pada Februari lalu.

Mereka jelas sekali sangat berharap akan mampu mengulangi kejayaan sama untuk aksi perlawanan akhir FA Cup pada hujung minggu ini juga bertemu The Blues.

Liverpool juga sedang bersaing rapat dengan Manchester City dalam perebutan gelaran Premier League musim ini, dengan mereka kini hanya tiga mata sahaja di belakang skuad kendalian Pep Guardiola itu.

Berbaki dua perlawanan, walau sepertinya agak mustahil untuk Man City terlepas gelaran liga musim ini, namun tiada apa yang mustahil untuk berlaku dalam dunia bola sepak.

Sebaik urusan mereka dalam saingan Premier League selesai, Liverpool bakal turun berdepan Real Madrid dalam aksi perlawanan akhir saingan Champions League.

Ia bakal menjadi pertembungan ketiga mereka bertemu Real Madrid di pentas perlawanan akhir saingan bola sepak Eropah.

Kali terakhir kedua-dua pasukan bertemu di pentas perlawanan akhir saingan Champions League adalah pada tahun 2018 yang lalu di Kyiv.

Liverpool pada ketika itu tewas 3-1 dengan Mohamed Salah terpaksa keluar awal kerana mengalami kecederaan selepas dikasari oleh Sergio Ramos.

Salah ketika itu hanya mampu menangis menahan kesakitan dan lebih sakit lagi ketika beliau sekadar mampu melihat rakan sepasukannya tewas di tangan gergasi La Liga itu.

Dek kerana itulah Salah dari awal sudah memilih mahu bertemu Real Madrid di pentas perlawanan akhir saingan Champions League berbanding Manchester City.

Beliau menganggap pertemuan bertemu Real Madrid ini sebagai misi membalas dendam atas apa yang pernah berlaku sebelum ini.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Klopp Tidak Mahu Liverpool Berubah Bagi Memastikan Salah Raih Kasut Emas