Mohammed Salah Luah Kekecewaan Di Twitter 30 Minit Selepas MU Belasah Chelsea 4-1

Mohammed Salah tidak menyembunyikan kekecewaan yang dirasainya apabila mengetahui Manchester United menang mudah 4-1 ke atas Chelsea di Old Trafford pada awal pagi tadi (waktu Malaysia).

Malah bintang Liverpool itu turut meluahkan kekecewaannya di Twitter hanya 30 minit selepas perlawanan tersebut berakhir.

Kekecewaan dan kepedihan hati yang tidak ketara terluka itu bukanlah kerana Salah adalah penyokong Chelsea atau pun kerana dia pernah menyarung jersi Chelsea.

Tetapi kekecewaan di hati Salah adalah kerana kemenangan Man United itu bermakna kelab Merseyside itu gagal mara ke pertandingan kelab-kelab elit Eropah, UEFA Champions League pada musim hadapan.

Sebaliknya Liverpool kini terpaksa beraksi pada malam Jumaat dan beraksi di pertandingan yang dianggap kelas kedua di Eropah, iaitu Europa League.

“Saya amat kecewa. Tiada alasan untuk ini. Kami [Liverpool] miliki segalanya untuk beraksi di Champions League tahun hadapan tapi kami gagal,” ujarnya.

“Kami adalah Liverpool dan layak ke pertandingan ini adalah standard minimum. Saya mintaa maaf tetapi masih awal untuk merasa gembira atau untuk optimis.”

Liverpool adalah juara enam kali Champions League dan sentiasa dicanang sebagai kelab terbaik di dunia. Namun demikian ketiadaan Liverpool di Champions League pada musim hadapan dijangka tidak akan menjejaskan pertandingan tersebut.

Peluang Liverpool untuk mara ke Champions League musim hadapan sebenarnya terjejas selepas mereka diikat di Anfield.

Penyokong Liverpool harus berharap Man united tewas dalam baki dua perlawanan untuk memastikan sebarang peluang.

Hanya memerlukan satu mata, Man United bagaimanapun cemerlang menang 4-1 dan melonjak ke kedudukan ketiga Premier League.

BACA:  Spurs Tewaskan City, Kini Liverpool Selesa Dengan 22 Mata