AS Roma kendalian Jose Mourinho telah dikejutkan oleh pasukan kerdil Cremonese dalam pertembungan Serie A mereka pada petang Selasa.
Roma adalah pasukan pilihan yang jelas untuk perlawanan itu.
Cremonese berada di tangga terbawah Serie A dan belum mengecapi kemenangan dalam 23 perlawanan pembukaan mereka.
Tetapi pasukan Mourinho ditewaskan 2-1 di Stadium Giovanni Zini. AS Roma jelas sekali terkejut dengan keputusan ini. Pemain dan penyokong mereka tergamam sama sekali tidak menyangka bahawa ianya boleh berlaku.
Pada awalnya, perlawanan di antara Roma dan Cremonese kelihatan seolah-olah permainan akan berakhir dengan keputusan seri.
Ini apabila pemain antarabangsa Itali, Leonardo Spinazzola telah berjaya menyamakan gol pembukaan oleh Frank Tsadjout.
Tetapi Cremonese menang pada minit minit akhir menerusi gol lewat apabila Daniel Ciofani menjaringkan gol kemenangan menerusi sepakan penalti pada minit ke-83.
Jose Mourinho turut diberi kad merah ketiganya musim ini menentang Cremonese.
Pengurus berusia 60 tahun itu dibuang padang sejurus selepas separuh masa selepas hilang sabar dengan pegawai keempat perlawanan, Marco Serra.
Mourinho masih berang selepas perlawanan dan telah mengancam untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pegawai keempat tersebut.
Dia nekad mahu menyaman pegawai keempat itu kerana menjadi sebab kenapa dia dilayangkan kad merah.
Dia berkata: “Saya emosi, tetapi tidak gila. Untuk bertindak balas seperti yang saya lakukan tadi, mestilah ada sesuatu yang berlaku terlebih dahulu.”
Mourinho akan berjumpa dengan peguamnya selepas ini. Dia mahu tahu sama ada dia ada hak untuk menyaman pengadil tersebut.
Dia mahu tahu situasi itu secara terperinci. Jika ya, dia akan meneruskan tindakan saman ke atas pegawai keempat itu.
“Saya perlu mencari kefahaman selepas ini, sama ada saya boleh mengambil sebarang tindakan undang-undang ke atasnya.”
Mourinho juga mempersoalkan kenapa pengadil bertindak sebegitu. Adakah mereka ada kaitan dengan bandar Turin yang merupakan kubu pasukan Juventus.
“Piccinini memberi saya kad merah, kerana malangnya pegawai keempat tidak mempunyai kapasiti untuk memahami apa yang dia katakan kepada saya.”
Mourinho after he was sent off: “I don't want to go into the question that Serra is from Turin and he had me sent off in view of the Juventus game but for the first time in my career a referee spoke to me in an unjustifiable way”pic.twitter.com/l83At4p995
— Sacha Pisani (@Sachk0) February 28, 2023
“Saya ingin mengetahui sama ada terdapat rakaman audio. Saya tidak mahu mengetahui fakta bahawa Serra berasal dari Turin dan pada hari Ahad kami menentang Juventus.”
“Buat pertama kali dalam kerjaya saya, ada pegawai keempat bercakap dengan saya dengan cara yang paling luar biasa sekali. Ia adalah tidak wajar. Pada akhir permainan, saya pergi bercakap dengan mereka,” tegas bekas pengendali Chelsea dan Man United itu.
“Piccinini, yang merupakan pegawai keempat dalam perlawanan terakhir ketika saya dibuang padang, memberitahu saya untuk meminta maaf kepada Serra.”
“Saya memberitahu Serra dia harus berani menjelaskan apa yang berlaku, tetapi dia mempunyai masalah ingatan.”
Another week, another Jose Mourinho red card 😂 pic.twitter.com/sWMjRfgsqp
— Football on BT Sport (@btsportfootball) February 28, 2023
Selepas enggan mendedahkan apa yang diperkatakan, Jose Mourinho menambah: “Sayang perkara ini berlaku dengan Serra: Saya menghormati seseorang sebagaimana mereka menghormati saya.”
Jika Jose Mourinho benar benar serius mahu menyaman pegawai keempat tersebut, ianya akan menjadi kes yang agak unik dalam bola sepak Itali dan Eropah.
Bayangkan selepas ini, kes itu akan menjadi rujukan kepada mana mana aduan ke atas pengadil daripada pengurus pasukan selepas ini.
AS Roma kekal di tempat kelima dan satu mata di belakang empat teratas. Mereka seterusnya beraksi pada hari Ahad apabila menentang Juventus.
Misi utama Jose Mourinho adalah membawa Roma ke UCL musim hadapan. Dengan usaha untuk merebut kejuaraan liga semakin sukar buat mereka.