Mourinho: Saya Tidak Pernah Digantung Mengatur Perlawanan Seperti Conte

Pengurus Manchester United, Jose Mourinho meneruskan peperangan mulutnya dengan Antonio Conte apabila memberitahu beliau tidak pernah digantung disebabkan kesalahan mengatur perlawanan.

Mourinho menujukan kenyataan tersebut kepada pengurus Chelsea itu kerana Conte pernah menerima penggantungan akibat mengatur perlawanan ketika masih bergelar pengurus Juventus.

Natey tuo nyanyuk !

Mourinho dan Conte saling berbalas kenyataan dalam sidang media beberapa hari ini dimana Conte sebelum ini mendakwa Mourinho suka berkelakuan seperti badut apabila berada di bangku simpanan.

Kenyataan Conte tersebut sebenarnya adalah kenyataan balas daripada Mourinho sebelum itu yang mengeluarkan kenyataan terdapat beberapa pengurus di Liga Perdana Inggeris yang berkelakuan seperti orang gila ketika perlawanan berlangsung. Komen ini sebenarnya ditujukan kepada Conte dan pengurus Liverpool, Jurgen Klopp.

Conte turut mendakwa Mourinho sebenarnya mempunyai masalah kesihatan yang digelar ‘Senile Dementia’ atau dalam bahasa melayunya nyanyuk.

Berkelakuan seperti orang gila di tepi padang, ujar Mourinho

“Saya rasa beliau perlu melihat keadaan dirinya pada masa lepas. Mungkin juga beliau sedang bercakap tentang diri sendiri. Ada sesetengah orang kadang kala lupa dengan apa yang keluar dari mulut mereka pada masa lepas.”

“Mungkin beliau mengalami masalah ‘Senile Dementia’ (nyanyuk), dimana pesakit tersebut lupa dengan apa yang pernah mereka lakukan pada masa dahulu.”

Mourinho berjaya membimbing pasukannya menewaskan Derby Country dalam pusingan ke-3 Piala FA semalam dengan jaringan 2-0. Apabila diminta untuk mengulas kenyataan Conte tersebut, Mourinho mengakui beliau ada melakukan kesalahan pada waktu dahulu tetapi beliau tidak pernah terlibat dalam mengatur perlawanan.

Conte pernah digantung 4 bulan kerana bersekongkol dalam skandal mengatur perlawanan

“Satu perkara sahaja yang saya mahu sampaikan disini untuk mengakhiri persengketaan ini. Betul, saya pernah melakukan kesalahan di tepi padang sebelum ini.”

“Betul, saya mungkin akan terus melakukannya lagi tetapi bukan selalu. Tetapi apa yang belum pernah berlaku dan tidak akan berlaku kepada saya adalah saya digantung kerana mengatur perlawanan.”

“Saya tidak pernah mengatur perlawanan dan ia tidak akan berlaku.”

Komen terbaru Mourinho itu ditujukan kepada Conte yang pernah digantung dari terlibat dengan bolasepak selama 4 bulan yang dijalaninya pada musim 2012-2013 dimana Conte ketika itu masih lagi pengurus Juventus.

Beliau dikenakan hukuman tersebut kerana gagal melaporkan terdapat perlawanan yang diaturkan pada tahun 2011 ketika menguruskan pasukan Siena.

BACA:  Mourinho Perkenalkan Peraturan Baru Untuk Roma Menjelang Musim Baharu Nanti