Mourinho Tidak Akan Bayar Tiket Untuk Menonton Aksi Manchester United Sekarang

Jose Mourinho jelas tidak berpuas hati dengan persembahan anak buahnya ketika Manchester United dimalukan Liverpool dfengan empat gol berbalas satu dalam aksi persahabatan di Michigan, United States.

Liverpool dan Manchester United bertemu dalam International Champions Cup di hadapan puluhan ribu peminat yang memenuhi segenap ceruk stadium. Malang buat peminat Red Devils kerana pasukan kesayangan mereka dibelasah teruk Liverpool tanpa belas kasihan.

Dalam temu ramah yang berlangsung selepas perlawanan tersebut berakhir, Mourinho nyata berada dalam mood yang ‘kasar’ sambil berbicara mengenai persembahan anak buanya dan prestasi pengadil.

Pengadil jadi mangsa Mourinho. Ini perkara biasa

Mourinho juga menggesa pihak atasan United untuk mendapatkan sekurang-kurangnya seorang pemain baru sebelum tirai perpindahan pemain ditutup. Mourinho mendakwa beliau telah menghantar 5 nama kepada pihak pengurusan ‘berbulan-bulan’ dahulu tetapi hanya seorang pemain yang dikehendakinya berjaya diperolehi setakat ini.

Mourinho turut mendakwa Manchester United hanya pergi ke United States demi ‘kelangsungan hidup’ dan memastikan mereka tidak ‘dibelasah’ dalam perlawanan yang mereka sertai.

Selain itu, komen paling panas yang keluar dari mulut Mourinho adalah beliau tidak akan mengeluarkan duit untuk menonton aksi dari kedua-dua buah pasukan dalam perlawanan tersebut.

Untuk rekod, seramai 101,254 peminat datang menyaksikan perlawanan United menentang Liverpool awal pagi tadi.

“Atmosfera perlawanan adalah baik, tetapi jika saya berada di tempat peminat, saya tidak akan datang menonton perlawanan ini. Saya tidak akan mengeluarkan duit saya untuk menonton kedua-dua pasukan ini.”

“Sebagai contoh, saya ada menonton perlawanan Chelsea menentang Inter Milan di kaca televisyen hari ini. Penyokong bola sepak di sana mengambil keputusan untuk berada di pantai dari menonton bola sepak di stadium, sebab itulah stadium kosong.”

Mohamed Salah antara pemain utama yang diturunkan Jurgen Klopp dalam pertemuan tersebut

“Peminat yang datang hari ini telah menunjukkan kecintaan terhadap kelab yang mereka sokong. Mereka datang untuk menonton aksi kelab yang mereka sokong. Ia merupakan tindakan yang terpuji dan sebab itulah pemain seperti Ander Herrera memberikan segala-galanya di atas padang demi menghormati para peminat.”

“Atmosfera perlawanan sangat menakjubkan. Dua gol yang sangat cantik dari Andreas Pereira dan Xherdan Shaqiri, tetapi penganjur melakukan kesilapan ketika memilih pengadil.”

“Pengadil ini dipanggil oleh persatuan baseball dan mereka ingat ini adalah perlawanan baseball. Pengadil tiba di stadium dan pada masa itulah baru mereka tahu ia adalah perlawanan bola sepak. Tetapi perlawanan tadi sangat menghiburkan.”

Sabar2

Mourinho juga melahirkan rasa simpati beliau terhadap peminat bola sepak di Amerika Syarikat yang sering dihidangkan dengan aksi dari skuad yang dipenuhi pemain muda, bukan pasukan terkuat.

“Melihat kepada minat yang ditunjukkan peminat bola sepak di Amerika Syarikat, mereka berhak dapat lebih. Mereka berhak menonton aksi dari pasukan terbaik.”

“Bagus untuk kita lihat Manchester United-Liverpool, Real Madrid-Manchester United diadakan di sini. Tetapi Piala Dunia baru sahaja berlangsung, jadi ramai pemain masih lagi bercuti.”

BACA:  Penyokong Liverpool Pertikai Mengapa Gol Salah Dibatalkan Tetapi Gol Fernandes Tidak?