Nani Dedahkan Bagaimana Beliau Mempengaruhi Fernandes Supaya Tidak Sertai City

Bekas pemain sayap Manchester United, Luis Nani telah mendedahkan bagaimana beliau mempengaruhi, menghasut dan mendesak Bruno Fernandes supaya tidak menyertai Manchester City.

Bruno Fernandes telah menyertai Setan Merah pada penghujung perpindahan bulan Januari selepas beberapa kali bermain tarik tali.

Jadi tak jadi, lepas 48 jam, jadi 48 jam lagi, 48 jam lagi.

Bruno Fernandes kini menjadi sandaran Ole Gunnar Solskjaer dan Manchester United tidak pernah kalah lagi sejak Bruno Fernandes melakukan debut.

Dalam tujuh perlawanan pertama untuk semua kejohanan, Bruno Fernandes telah menjaringkan tiga gol dan dua bantuan gol dan beberapa kali menjadi Man of the match.

Setan Merah telah menang dalam empat perlawanan dan seri tiga kali dengan 15 gol terhasil dan hanya dua bolos.

Bayaran awal £46.5 juta Manchester United kepada Sporting Lisbon tampak berbaloi setakat ini dengan klausa bonus tambahan £21 juta.

Pemenang Premier League empat kali, Nani telah memantau secara dekat dan peribadi Bruno Fernandes kerana sempat beraksi bersama selama setengah musim.

Nani segera cucuk angin apabila mengesan potensi Bruno Fernandes dan percaya inilah pemain yang dapat membantu Setan Merah.

“Ketika aku bermain bersama beliau, aku lihat terlalu banyak kualiti dan potensi yang ada pada beliau.” Ujar Nani.

“Pada suatu hari ketika berborak, aku telah memberi motivasi supaya beliau berlatih dengan lebih gigih kerana itulah satu-satunya perkara yang beliau perlukan ketika itu untuk bersaing diperingkat tertinggi di Premier League atau Sepanyol atau liga lain.”

“Nasihat aku pada masa itu, aku beritahu beliau cara paling baik punya adalah pergi ke England kerana cara permainannya akan dihargai dan beliau akan menjaringkan gol cantik kerana mampu merembat dari jarak jauh.”

“Perkara ini akan membuatkan peminat menjadi gila.”

Nani juga mendedahkan bahawa bukan Setan Merah sahaja yang berminat mendapatkan Bruno Fernandes jiran mereka, Manchester City juga berminat dan bernafsu.

Pemain veteran Portugal telah memanjatkan kesyukuran apabila Bruno Fernandes akhirnya ke Old Trafford menyambung legasi beliau dan Cristiano Ronaldo.

“Sebaik saja aku tengok berita dan kemungkinan terus aku bagitau ‘Jangan pilih Manchester City, jangan pilih pasukan lain, pilihlah yang terbaik, Manchester United.'” Ujar Nani lagi.

“Selepas beberapa bulan beliau ke Manchester United, aku sangat gembira kerana nasihat dan pilihannya cocok kali.”

“Detik itu sangat indah kerana saat aku melihatnya di sana, menjadi pemain terbaik, menjaringkan. Baik sungguh bila hasilnya sebegitu rupa.”

Nani ketika ini akan memulakan kempen untuk musim kedua beliau di Major Soccer League bersama Orlando City dalam beberapa minggu lagi.

Bersama Orlando City, Nani telah menjaringkan 12 gol dan mencipta 30 assist pada musim pertamanya di kelab yang berasal dari Florida.

BACA:  Nama Elland Road Kini Diubah Menjadi Elanga Road Dengan Bruno Fernandes Sebagai Pemilik Baru