Neville Menjelaskan Bagaimana Perubahan Formasi Ole Jadi Formula Kemenangan

Gary Neville telah menjelaskan bagaimana perubahan formasi yang drastik dibuat oleh Ole Gunnar Solskjaer telah menjadi formula kemenangan buat Manchester United ketika menentang Tottenham Hotspur.

Pertukaran formasi secara dramatik yang dilakukan Ole telah dilabel Gary Neville sebagai ‘balingan dadu terakhir’ yang merupakan seorang pengulas di Sky Sports.

Kedudukan Ole Gunnar Solskjaer bagaikan telur dihujung tanduk dan pengurus berwajah bayi itu telah tampil dengan formula kemenangan dengan menutup kelemahan pasukan dan terus memperkasakan kekuatan mereka.

Pengurus dari Norway itu telah bertukar menjadi Antonio Conte yang disebut-sebut sebagai calon pengganti beliau yang terkenal dengan formasi 3-5-2 yang membawa kejayaan kepada pengurus dari Itali itu.

Untuk perlawanan menentang Spurs Ole menggunakan formasi kegemaran Conte seolah-olah mahu memberitahu dunia, kenapa nak lantik Conte? Beliau pun boleh memperoleh kemenangan mudah dengan bermain 3-5-2.

Ole telah bermain dengan menggunakan 3 pemain pertahanan diperkasakan dengan kepulangan Raphael Varane bersama Harry Maguire dan Viktor Lindelof.

Pemain kesayangan dan kegemaran Ole yang menjadi kegeraman Fred dan Scott McTominay (McFred) dikekalkan untuk gandar berganda sebagai pemain tengah bertahan.

Luke Shaw dan Aaron Wan Bissaka menjadi Wing Back, agak menjadi perdebatan sebelum perlawanan kenapa tidak menggunakan Dalot? Selepas menang tiada bunyi lagi kedengaran.

Dua pemain veteran, Edison Cavani dan Cristiano Ronaldo mengemudi jentera tengah dengan Bruno Fernades berada sedikit kebelakang membentuk formasi 3-4-1-2.

Sebelum perlawanan, Gary Neville menyifatkan ini adalah salah satu skuad Manchester United yang paling bertahan pernah beliau lihat dan ini adalah gambaran buruk tentang pemain yang lebih berbakat dalam skuad bahawa Ole tidak boleh mempercayai mereka untuk melakukan kerja tanpa bola.

Neville kemudian menggariskan beberapa faktor yang membawa kepada kejayaan formula terbaru Ole ini.

Kombinasi Serangan Yang Bahaya

Gandingan Cristiano Ronaldo dan Edison Cavani diadun dengan sokongan daripada Bruno Fernandes telah menjadi satu adunan yang sebati.

Hantaran lambung Bruno Fernandes yang dipancarkan kepada Cristiano Ronaldo disudahkan dengan teknik dan kemahiran voli yang berkelas dunia.

Menurut Neville, Ronaldo dapat menghasilkan gol ini kerana gandingan bersama Cavani telah memberinya lebih ruang untuk bergerak.

“Ia adalah gol yang cemerlang. Kami bercakap tentang kesan Bruno kepada Ronaldo tetapi mereka telah serasi dan berhubung di sana.”

“Ronaldo perlu mempunyai pasangan. Dia perlu mempunyai seseorang bersamanya. Sistem ini membenarkannya.”

Untuk gol kedua, Fernandes sekali lagi menjadi kunci, memenangi bola kembali dari Oliver Skipp. Dari situlah keserasian antara Ronaldo dan Cavani mengoyakkan Spurs.

“Cruyff turn itu melepasi Skipp dan hantaran itu Ronaldo. Larian dan penyudah Cavani berkelas dunia.

“Kami telah melihat dua gol yang sangat istimewa daripada Man Utd. Cavani berhak mendapat gol itu tetapi dia berhutang budi dengan rakan sepasukan dan rakan penyerangnya, Cristiano Ronaldo. Hantaran itu benar-benar hebat sebelum dia menewaskan Hugo Lloris.”

Sebelum ini Ronaldo dan Cavani pernah bergandingan tetapi bukan dari kesebelasan utama dan telah nampak impak dari gandingan tersebut tetapi Ole tidak mahu mengekalkannya seperti gandingan McFred sehinggalah telur berada di hujung tanduk.

Asas Yang Kuat

Di belakang tiga penyerang telah dilapisi dengan lebih banyak pemain pertahanan – membentuk unit yang lebih ketat, pada dan sendat berbanding ketika menentang Liverpool.

Lubang atau lubuk di barisan belakang mereka yang dieksploitasi dengan teruk amat oleh Liverpool minggu lalu tidak kelihatan pada perlawanan ini.

Ini menyebabkan Tottenham Hotspurs tidak mampu mencatatkan sebarang percubaan tepat lantaran wujudnya struktur pertahanan yang padat.

Spurs kini juga sedang bergelut dengan masalah serangan dan penyokong mereka juga memberi tekanan kepada Nuno Espirito Santo dan ini memberi kelegaan dan mengurangkan tekanan kepada pertahanan Setan Merah yang mungkin trauma dengan kekalahan minggu lalu.

“Kami telah berkata selama berminggu-minggu dan berbulan-bulan bahawa pasukan United mampu mencipta sesuatu tetapi anda perlu mempunyai asas yang baik untuk mencatatkan clean sheet dan pertahanan yang baik.”

“Jentera serangan akan sentiasa mencipta peluang dan menjaringkan gol tetapi mereka tetap memerlukan asas yang kuat dari bahagian pertahanan kerana disitulah bermulanya gerakan.”

“Jika kita melihat posisi Man Utd dalam perlawanan ini betapa dekatnya mereka, Varane ke Ronaldo maksimum 25-30 meter dan pada perlawanan sebelum ini jaraknya adalah antara 40-50 meter dan terputus antara unit.”

Kepadatan corak permainan Manchester United ini dipuji Gary Neville yang membuatkan permainan jadi sukar buat Spurs dan Neville yakin struktur ini boleh menjadi asas yang kuat.

Pemain Berpengalaman Berfungsi

Setiap sistem, formasi atau struktur akan menjadi lebih baik apabila wujudnya individu berpengalaman mengendalikan apa yang dirancang kerana pengalaman akan membantu mereka membuat keputusan dengan pantas.

Lantaran tekanan yang menggunung, Ole Gunnar Solskjaer telah menurunkan pemain yang berpengalaman dalam pasukannya.

Kepulangan Raphael Varane telah memberi ketenangan di bahagian pertahanan manakala gandingan Ronaldo dan Cavani pula telah menjadi standard kepada pemain muda.

Harry Maguire selaku ketua pasukan buat menda?

“Varane telah membuat perubahan besar di bahagian belakang. Anda boleh bercakap tentang perubahan dalam sistem tetapi dia membawa ketenangan besar bek bertiga di belakang.”

“Cavani? Anda lihat wajahnya ketika dia menjaringkan gol. Dia mempunyai personaliti dan perwatakan yang power yang tidak dimiliki pasukan apabila dia tidak bermain. Dia berjuang untuk setiap bola, dia lapar dan sentiasa mengejar dan mahukan bola.”

“Tetapi individu yang memenangi Manchester United dalam perlawanan ini ialah Cristiano Ronaldo. Penyudah itu luar biasa yang memberi sedikit ketenangan dalam perlawanan yang bergelora dan berada dihujung tanduk.”

Sumber : Langit Sukan

BACA:  'Pemain Lawan Dah Tak Goyang Dengan Messi' - Gary Neville