Para penyokong Paris Saint Germain mencemuh kedua-dua Lionel Messi dan Neymar Jr ketika aksi kemenangan mereka menewaskan Bordeaux 3-0 di Parc des Princes malam semalam.
Kedua-dua Neymar dan Messi teruk kena boo dengan para penyokong sendiri sepanjang perlawanan tersebut dan ia jelas sekali satu hal yang sangat mengejutkan.
Setiap kali kedua-dua mereka menyentuh bola para penyokong akan membuat bunyi bising dengan memboo mereka tanpa belas.
Neymar and Messi are currently being booed by the PSG fans every time they get the ball 💀 pic.twitter.com/H7Qk1eS0VP
— ESPN FC (@ESPNFC) March 13, 2022
Neymar sendiri bahkan turut kena boo teruk ketika beliau menjaringkan gol kedua untuk Paris Saint Germain dalam perlawanan tersebut.
Rakan sepasukan Messi dan Neymar, Presnel Kimpembe mendedahkan yang beliau faham dengan kekecewaan yang dirasakan oleh para penyokong dan mengapa mereka bertindak sedemikian terhadap dia pemain terhebat dunia itu.
“Walau kami beri tumpuan penuh terhadap perlawanan itu sudah tentu kami kami akan tetap dapat dengar bunyi boo dan siulan itu. Kami faham kekecewaan mereka, kami faham rasa sakit hati mereka.”
Jelas Kimpembe kepada Amazon Prime Video.
“Kami sangat profesional, kami tahu bagaimana untuk kekal begini, dan sekarang adalah masa untuk kita bangun dan terus melangkah ke depan dalam usaha untuk memenangi gelaran Ligue 1…”
Lionel Messi’s getting booed by some Paris Saint-Germain fans during today’s game vs Bordeaux, still disappointed after UCL fiasco. Same for Neymar. ⚠️ #Messi
Kind of unreal situation for Leo, never experienced before. pic.twitter.com/US5ZvUtvtH
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) March 13, 2022
“Kami semua bersalah, tak ada yang lebih bersalah antara kami, kami satu pasukan, kami perlu sentiasa bersama merempuh baik dan buruk.”
“Sekarang adalah masa untuk tunjukkan yang kami ada karakter dan kami sentiasa bersama, bersatu serta teguh bersama walau dalam keadaan paling sukar sekalipun.”
Rasa sakit hati dan menyampah para penyokong terhadap kedua-dua Neymar dan Messi muncul selepas kekalahan PSG di tangan Real Madrid dalam saingan Champions League.
Pemilik PSG bahkan turut bengang dengan Neymar dan mahu bintang Brazil itu berambus tinggalkan kelab.
Pemilik PSG mahu Neymar berambus dari kelab
Menurut sumber laporan dari media Perancis, Neymar kini tidak lagi diperlukan di Parc des Princes selepas kekalahan memalukan dalam saingan Champions League kemarin.
Keputusan Paris Saint Germain menandatangani Neymar dari Barcelona dengan nilai £198 juta telah menggegarkan dunia bola sepak pada tahun 2017 yang lalu.
Ia merupakan nilai yang sangat tinggi dan ia juga berganda dari nilai perpindahan tertinggi dalam dunia bola sepak sebelum itu lagi.
🚨 PSG’s Qatari ownership wants to get rid of Neymar.
(Source: @Romain_Molina) pic.twitter.com/X3pvITKW68
— Transfer News Live (@DeadlineDayLive) March 10, 2022
Hal itu menunjukkan yang pemilik dari Qatar itu benar-benar bersungguh mahu membantu kelab dalam memenangi gelaran Champions League.
Beliau sanggup mengeluarkan berapa sahaja asalkan beliau mampu melihat PSG menjadi antara pasukan paling digeruni di benua Eropah.
Walau bagaimanapun, perancangan beliau tidak berjalan seperti yang diharapkan dengan PSG masih gagal untuk memenangi gelaran Champions League sehingga hari ini.
Kemarin mereka telah ditewaskan oleh Real Madrid di pusingan 16 terbaik, selepas mereka awalnya mendahului gergasi Sepanyol itu dengan keputusan 2-0 secara aggregate.
Ketika ramai yang menganggap Mauricio Pochettino bakal kehilangan pekerjaan beliau di Paris pada penghujung musim ini, seperti pemilik kelab turut mahu membuat rombakan dalam skuadnya.
Paris Saint-Germain (PSG) had big dreams when they splashed a world-record €222 million to secure Neymar Jr's signature in 2017. https://t.co/TVozQ6x7Y0
— Sportskeeda Football (@skworldfootball) March 11, 2022
Menurut sumber laporan dari Romain Molina, pemilik PSG mahu Neymar berambus dari kelab yang mana beliau terlalu bengang dan tidak mahu lagi bintang Brazil itu ada dalam skuadnya.
Pemilik kelab mahu membuat rombakan besar-besaran terutama menyingkirkan Neymar, yang sebelum ini dianggap bakal membantu kelab menjuarai saingan Champions League bersama Kylian Mbappe.
Berita ini menjadi semakin menarik memandangkan Mbappe sendiri sedang hangat dikaitkan dengan bakal menyertai Real Madrid pada musim panas nanti, selepas kontraknya bersama PSG tamat.
Laporan sama telah mendakwa yang pendahulu saingan Ligue 1 itu telah menawarkan Kylian Mbappe kontrak baru yang sungguh lumayan, namun pemenang Piala Dunia itu masih belum menyatakan persetujuan beliau untuk menerima tawaran tersebut.
Menyingkirkan Neymar ketika Mbappe juga turut mahu pergi bolehlah dianggap sebagai rombakan besar-besaran, terutama sekali selepas memikirkan yang Mauricio Pochettino juga turut mahu meninggalkan kelab.
The PSG sheikh wants Neymar to disappear from the club, PSG paid 222 million euros. What would you think?#Neymar #PSG #AlKhelaifi pic.twitter.com/5u0sX3FsDD
— GNR Sport (@GNRSportNews) March 11, 2022
Jelas sekali mustahil untuk PSG mendapatkan semula nilai yang sama seperti apa yang mereka bayar untuk mendapatkan Neymar, memandangkan hanya mereka sahaja pasukan yang mampu untuk mengeluarkan dana sebesar itu untuk seorang pemain.
Pemain penyerang itu baru sahaja menandatangani kontrak baru di Parc des Princes pada tahun lalu, dengan beliau akan kekal bersama kelab sehingga 2025 nanti.
Neymar pada ketika ini dilaporkan bakal menerima pendapatan bernilai £554,000 seminggu, yang mana hal ini juga bakal menjadi masalah untuk mencari kelab yang mampu untuk membayarnya setinggi itu.
Beliau turut beberapa kali terpaksa diketepikan sepanjang kariernya di Parc des Princes kerana dibelenggu masalah kecederaan dan kebanyakan darinya merupakan aksi penting dalam saingan Champions League.
Pemain berusia 30 tahun itu berjaya menjaringkan 91 gol dari 135 penampilan untuk Paris Saint Germain, yang mana ia rekod yang lebih baik berbanding ketika kariernya di Nou Camp.
Neymar's future in PSG is a doubt :
Psg and its owners from Qatar want to get rid of Neymar this summer.
He had been re-linked multiple times with Barcelona since his exit from the Catalan club.
ー @Romain_Molina pic.twitter.com/ft1GF8wg9t
— Leo Messi🐐 (@_dhruv_17_) March 11, 2022
Walau beliau sering mempamerkan aksi persembahan yang sungguh luar biasa menakjubkan dan turut menjaringkan gol yang banyak, namun Neymar masih gagal untuk bantu PSG memenangi gelaran Champions League.
PSG turut menandatangani Kylian Mbappe pada musim panas yang sama dan pada musim ini mereka membawa Lionel Messi untuk menambah lagi kekuatan jentera serangan skuad.
Walau sudah memiliki barisan pemain berkelas dunia, namun malangnya PSG masih gagal untuk membawa pulang gelaran Eropah dan hal itu benar-benar mengecewakan pemilik kelab.
Ketika aksi bertemu Real Madrid baru-baru ini, Neymar dilaporkan bengang dengan Gianluigi Donnarumma kerana membenarkan pasukan lawan menjaringkan gol penyamaan.
Neymar dikatakan memaki hamun Donnarumma dan menyalahkan penjaga gol kebangsaan Itali itu sebagai punca kekalahan PSG.
🚨 PSG’s Qatari ownership wants to get rid of Neymar.
(Source: @Romain_Molina) #PSG pic.twitter.com/IWvMmQgH80
— Mal Sports (@mal_sports) March 10, 2022
Beliau walau bagaimanapun telah tampil menafikan dakwaan tersebut, dan turut berkongsi tangkap layar perbualan antara beliau bersama bekas penjaga gol AC Milan itu di story instagram miliknya.
Sumber: SPORTbible