Nike Sah Gantung Hubungan Bersama Mason Greenwood

Nike secara rasminya telah menggantung hubungan antara mereka dengan Mason Greenwood selepas bintang Manchester United itu ditahan oleh pihak polis.

Pemain berusia 20 tahun itu telah ditangkap atas kesalahan memperkosa dan keganasan domestik selepas kekasihnya mengadu dipaksa berjimak dan dipukul teruk oleh bintang muda England itu.

United telah mengesahkan yang Greenwood tidak akan turut sama menjalani latihan dan beliau juga tidak akan diturunkan untuk beraksi sehingga tarikh diberitahu kelak.

Kini Nike pula tampil mengumumkan yang mereka mahu menggantung hubungan tajaan untuk bintang Manchester United itu kerana kes tersebut.

Syarikat pakaian sukan terkenal itu telah mengeluarkan kenyataan yang menyatakan bahawa:

“Kami telah menggantung perhubungan antara kami dengan Mason Greenwood. Kami benar-benar beri perhatian terhadap dakwaan yang sangat mengganggu itu dan kami juga akan terus memantau situasi ini dengan lebih dekat.”

Manchester United sendiri turut memadam kesemua merchandise termasuk diri Mason Greenwood sendiri di official store kelab bermula pagi semalam.

Kini jika peminat cuba mencari nama Mason Greenwood di laman rasmi kelab, tidak akan ada maklumat berkait pemain tersebut yang akan didedahkan.

Audio rakaman Greenwood paksa kekasih berjimak

Audio rakaman Mason Greenwood memaksa teman wanita untuk berjimak bersamanya tular di media sosial dan ia menunjukkan yang bintang muda Man Utd itu sebenarnya terlalu dan teramat rakus.

Harriet Robson telah berkongsi video, audio dan gambar tentang keganasan Mason Greenwood terhadapnya di laman instagram.

Mason Greenwood kini sedang ditahan oleh pihak polis dengan siasatan terhadap segala pertuduhan ke atasnya sedang dijalankan.

Audio rakaman suara Mason Greenwood memaksa teman wanitanya untuk berjimak sedang tular di media sosial pada ketika ini.

Dalam rakaman tersebut, Greenwood telah memaki hamun kekasihnya itu kerana tidak mahu berjimak dengannya.

“Angkat kaki kau…. Angkat lah kaki kau ni (tak boleh mencarut).”

Jelas Greenwood dengan suara seakan-akan abang Jamal.

“Tak…. Aku tak nak berjimak.”

Rayu wanita tersebut meminta Greenwood agar tidak meneruskan hajatnya itu.

“Aku langsung tak peduli dengan apa yang kau nak.”

Tegas Greenwood yang tetap juga mahu memuaskan nafsunya.

“Berhenti meletakkan kemaluan kamu di situ.”

Terdengar suara kekasihnya merayu agar Greenwood simpan kemaluannya dan tidak menempelkannya ke tubuh beliau.

“Aku nak tibai kau lah bodoh.”

Jelas Greenwood lagi kali ini suaranya lebih bengis mungkin kerana dah hujung-hujung.

“Aku tak nak berjimak dengan kau.”

Rayu Harriet Robson lagi tapi suaranya sudah kelam mungkin kerana Greenwood sedang melakukan kerjanya.

“Aku tak peduli kau nak berjimak dengan aku ke tidak, kau dengar tak?”

Suara Greenwood memaki kekasihnya sebelum macam-macam bunyi aneh lagi yang keluar dan rasanya cukuplah sampai sini Min tolong terjemahkan.

Greenwood sudah ditangkap

Mason Greenwood telah ditangkap atas pertuduhan memperkosa dan memukul Harriet Robson selepas kekasihnya memuat naik gambar dan video kesan dari kekejaman bintang muda Man Utd itu.

Gambar dan video tersebut tular di media sosial semalam, dan agak mustahil untuk ia tidak diketahui oleh para peminat.

Pihak Polis Manchester mengesahkan seorang lelaki berusia 20 tahun ketika ini sedang ditahan untuk disoal siasat dan siasatan lebih lanjut tentang kes tersebut sedang dijalankan.

“Pihak Polis Manchester telah dimaklumkan pada awal hari ini (Ahad 30 Januari) tentang gambar di atas talian dan video yang dimuat naik oleh seorang wanita yang melaporkan tentang insiden keganasan fizikal.”

Jelas jurucakap Polis Manchester.

“Satu siasatan telah dijalankan dan ekoran dari siasatan, kami boleh mengesahkan yang seorang lelaki di usia 20 tahun telah ditangkap atas pertuduhan memperkosa dan keganasan.”

“Dia masih ditahan untuk disoal siasat. Siasatan masih dijalankan.”

“Jika kamu merupakan mangsa keganasan domestik, atau kamu bimbang tentang seseorang kamu kenal, tolong guna saluran atas talian kami untuk membuat laporan, kemudahan LiveChat di laman rasmi kami atau hubungi 101.”

“Dalam kecemasan yang sedang berlaku, atau ketika nyawa dalam bahaya, ingat selalu hubungi 999.”

Berita tentang penangkapan tersebut tersebar selepas Manchester United menggantung Mason Greenwood dari sertai sesi latihan dan perlawanan hingga tarikh yang ditetapkan.

Pada pagi Ahad, video, rakaman audio dan gambar seorang wanita yang mendakwa beliau dizalimi oleh Greenwood telah dimuat naik di laman instagram.

Akaun media sosial wanita tersebut kemudiannya telah dipadam, namun segala yang beliau muat naik telah tersebar di merata tempat terlebih dahulu.

Greenwood yang kini berusia 20 tahun atau wakil beliau masih belum membuat apa-apa kenyataan balas terhadap tuduhan tersebut.

Walau bagaimanapun, bakal bapa mertua Greenwood pula yang telah tampil dan mempertahankan bahawa calon menantu beliau itu sudah dianggap seperti keluarganya sendiri.

Ayah Harriet Robson tampil pertahankan Greenwood

Ayah kepada Harriet Robson tampil dengan kenyataan mengejutkan ramai apabila mempertahankan Mason Greenwood dalam kenyataannya kepada Daily Mail. Pakcik Robson malah menyelar sikap tidak bertanggungjawab pihak yang menggodam telefon pintar anaknya.

Ayah Harriet memberikan kenyataan rasmi kepada Daily Mail UK berkenaan dengan gambar dan video yang tular baru baru ini.

Ayah Harriet memberikan komen:

“Pertama kali kami tahu benda ni pada pukul 6 pagi ini. Ianya sangat mengejutkan. Saya nak jelaskan semua ini.”

“Sebagai ayah, kamu tidak mahu tahu kalau benda benda macam ni berlaku kat anak gadis kamu. Polis sudah datang dan dia sudah pun membuat kenyataan kepada polis.”

Kemudian ayah Harriet menyatakan bahawa telefon bimbit anaknya digodam. Itu yang membuatkan Harriet sangat kecewa kerana video itu disebarkan hacker.

Dia malah mengarahkan Harriet untuk memadamkan post tersebut walaupun sedar ianya sudah tersebar luas.

“Harriet memberitahu kami bahawa telefon pintarnya sudah digodam. Kami sudah meminta Harriet untuk menurunkan video tersebut, dan dia sudah melakukannya. Sayang semuanya sudah terlambat, kerana ianya sudah pun tular dengan meluas.”

Kemudian ayah Harriet menyatakan bahawa mereka sudah kenal Mason Greenwood sejak dia muda lagi dan sudah menjadi sebahagian keluarga mereka.

“Harriet sangat kecewa kerana dia tak mahu perkara tersebut tersebar. Kita kenal dia [Mason Greenwood] sejak dia bermain untuk B-21 lagi. Dia sudah menjadi sebahagian daripada keluarga kami selama 2 atau 3 tahun.”

“Hubungan percintaan mereka tidak begitu bagus dalam beberapa bulan ini. Dia [Harriet] sangat sangat kecewa dengan semua yang berlaku. Mereka berdua saling sangat mencintai dan sudah tinggal bersama. Kini polis sedang mengendalikan kes ini.”

Ada yang menganggap ayah Harriet sebagai pengecut dan bekap Greenwood sebab duit.

Sebelum ini Greenwood selamber merembat awek di bilik hotel bersama Foden ketika tugasan antarabangsa England dan melanggar kuarantin.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Adidas Beri Lampu Hijau Benarkan Greenwood Kembali Selepas Pertemuan Rahsia Bersama Pengurusan Setan Merah