Nilai Pendapatan Gareth Bale Bersama Los Angeles FC Didedahkan

Gareth Bale bersetuju untuk menerima pemotongan gaji yang sangat tinggi untuk menyertai Los Angeles FC selepas beliau sah meninggalkan Real Madrid pada hujung musim lalu.

​Pemain penyerang sensasi itu hanya membuat tujuh kemunculan sahaja pada musim 2021/22 bersama skuad Real Madrid.

Walau hanya membuat tujuh penampilan sahaja, Gareth Bale tetap menerima gaji yang sungguh luar biasa lumayan.

Beliau menerima £28 juta dari Real Madrid pada musim lalu dan Bale telah bersetuju untuk menerima pemotongan gaji yang sungguh banyak bersama LAFC.

Perjanjian baru beliau bersama LAFC menunjukkan yang Bale hanya menerima tidak lebih dari £1.3 juta sepanjang 12 bulan pertama beliau bersama kelab.

Beliau bersetuju untuk mengurangkan gajinya sebanyak £27.5 juta hanya untuk melengkapkan perpindahan menyertai kelab dari California itu.

Rundingan tersebut turut termasuk dengan pilihan 18 bulan yang akan membantu menaikkan lagi gaji beliau.

Jumlah gaji yang Bale terima bersama Real terus pada musim lalu sebenarnya lebih dari satu kali ganda berbanding gaji yang diterima oleh LAFC secara keseluruhan.

Kelab dari Major League Soccer itu berjaya menewaskan beberapa pesaing lain yang turut sangat berminat mahu mendapatkan khidmat Bale.

Ejen Bale, Jonathan Barrett turut mendakwa yang ada empat ke lima kelab yang betul-betul berminat mahu mendapatkan khidmat anak buahnya selain LAFC.

“Ia mungkin lebih dari itu tapi kami buat tapisan sendiri untuk dia. Dia tidak akan pergi ke Itali atau Sepanyol misalnya.”

Jelas Jonathan Barrett.

Bale turut dikaitkan dengan bakal melengkapkan perpindahannya menyertai Cardiff City yang sememangnya sangat-sangat berminat mahu mendapatkan khidmatnya.

Pemilik Cardiff City, Vincent Tan menyatakan:

“Kami sangat, sangat berminat, dia akan jadi penyumbang yang besar untuk kami. Ia juga akan menjadi sangat hebat untuk Bale bermain untuk tempat asal dia, semua warga Wales akan sangat gembira andai Gareth Bale kembali dan bermain bersama Cardiff.”

“Sejujurnya saya rasa LAFC sangat mencuri perhatian dan sukar untuk dia tolak. Tapi dia memang mahu kembali dan duit tak menjadi masalah.”

Banyak lagi kelab lain yang turut sama sangat berminat mahu mendapatkan khidmat Gareth Bale, termasuklah beberapa pasukan dari saingan La Liga.

Bale walau bagaimanapun tidak peduli soal gaji walau ramai yang menganggap beliau sekadar mementingkan duit dengan beliau akhirnya memutuskan untuk menyertai LAFC.

Los Angeles FC sangat bertuah kerana mampu mendapatkan khidmat Bale dengan bayaran gaji yang lebih rendah berbanding nilai yang mampu pasukan lain tawarkan.

Gareth Bale merupakan pemain yang mempunyai kualiti yang sangat dasyat dan beliau masih dianggap antara pemain penyerang terhebat dunia walau jarang bermain ketika kariernya bersama Real Madrid.

Beliau merupakan antara legenda terhebat sepanjang zaman Real Madrid walau Bale sebenarnya juga dianggap antara pemain yang paling tidak dihargai oleh penyokong.

Beliau kerap menjaringkan gol-gol penting untuk kelab dan membantu Real Madrid memenangi pelbagai kejuaraan seperti Champions League, La Liga, Super Cup, FIFA Club World Cup dan kejuaraan domestik.

Namun layanan yang beliau terima dari para penyokong dan kelab sendiri, tidak menunjukkan yang Bale benar-benar dihargai atas apa yang telah beliau sumbangkan.

Bersama LAFC, Bale jelas sekali akan berusaha memberikan yang terbaik, kerana beliau sendiri turut sedang mempersiapkan diri untuk beraksi di pentas Piala Dunia Qatar nanti.

Sudah tentu Bale akan memastikan yang beliau akan berada di tahap persembahan terbaiknya untuk beraksi di Qatar pada penghujung tahun ini nanti.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Gareth Bale Beri Bayangan Bakal Berpindah Selepas Diketepikan Menentang Liverpool