Nketiah: Dibuang Chelsea Pada Usia 14 Tahun Buatkan Saya Lebih Bersemangat

Eddie Nketiah berkata Chelsea pernah menghancutkan hatinya apabila dibuang oleh kelab itu pada usia muda.

Pengalaman tersebut membuatkan dirinya lebih bertekad untuk berjaya bersama Arsenal.

Pemain penyerang itu dianggap berjaya membangunkan karier profesional itu sejak disingkarkan dari akademi Chelsea pada usia 14 tahun.

Prestasi hebatnya bersama Arsenal turut mendapat perhatian Gareth Southgate sehingga mendapat panggilan pertamanya bersama The Three Lions.

Nketiah adalah pemegang rekod penjaring terbanyak skuad B-21 England. Peningkatan pemain berusia 24 tahun itu bersama Arsenal menjadikan dirinya pesaing terhebat Gabriel Jesus di posisi penyerang.

Nketiah setakat ini sudah menjaringkan dua gol daripada empat penampilan pada musim ini, dan sepanjang perjalanan sehingga berada di tahap ini, pemain tersebut tidak pernah lupa saat disingkirkan Chelsea kerana dianggap tidak cukup bagus.

“Saya berpendapat sebegitu [dibuang Chelsea memberikan lebih kesungguhan bersama Arsenal]. Saya di sana sejak usia 9 tahun dan ketika berusia 14 tahun saya terkejut [disingkirkan] kerana sepanjang tempoh itu sentiasa beraksi dengan baik.

“Ia membuatkan anda terjaga dan sedar bahawa perkara boleh berubah – dan anda boleh hilang segala-galanya yang telah diusahakan selama ini.

“Perkara itu memberikan saya lebih motivasi dan tahan hati ketika keadaan menjadi sukar. Saya berjaya naik ke tahap yang lebih tinggi daripada apa yang orang lain dan tidak mahu capai. Ia sebahagian daripada pengalaman.

“Ada pemain muda tidak berhadapan situasi sebegitu dan kemudian mereka boleh jatuh [apabila keadaan menjadi sukar]. Perkara sebaliknya saya lalui dan ia membantu saya pada hari ini.

Nketiah berkemungkinan akan diturunkan dalam perlawanan menentang Ukraine pada Sabtu dan kemudian Scotland pada Selasa akan datang.

Selama ini Nketiah sentiasa perlu membuktikan kemampuan dirinya bersama Arsenal, dan kini bersyukur memilih untuk kekal di Emirates selepas menandatangani kontrak baharu pada musim panas lalu.

Nketiah dikenali sebagai seorang pemain berbaka poacher dan kini berusaha untuk menjadi seorang penyerang lengkap. Nketiah turut memuji peranan Mikel Arteta dalam membangunkans kemampuannya.

“Kebiasannya saya lebih fokus kepada permainan berbanding mendapatkan jaringan. Apabila anda menjaringkan gol, ia adalah peranan yang penting.

“Tetapi saya berpendapat dengan konsistensi yang saya tampilkan dan minit perlawanan yang semakin banyak, ia memberi peluang untuk saya menunjukkan sisi berbeza permainan saya.

“Bekerja bersama pengurus seperti Mikel [Arteta], taktikal yang diterapkannya menjadikan saya pemain yang lebih baik.

“Saya boleh faham peranan sebagai penyerang dengan lebih baik dan jauh lebih daripada yang saya fahami sebelum ini. Saya yakin prestasi saya telah meningkat.”

BACA:  Premier League 2019/2020: West Ham United 3-2 Chelsea