Onana Anggap Spurs Tak Bagus Mana Pun Berbanding Manchester United

Andre Onana tidak gembira dengan kekalahan di tangan Tottenham Hotspur yang menurutnya sebagai tidak adil untuk pasukannya.

Mana tidaknya, Onana menegaskan bahawa Manchester United bermain lebih bagus daripada pasukan di kota London itu.

Onana yang terkenal dengan kepimpinannya di atas padang, sebelum ini menjadi perhatian peminat Man United kerana dia pergi memaki hamun Lord Maguire pada aksi pra musim.

Onana pada masa itu menjelaskan bahawa dia memang seorang pemain yang agak cerewet di atas padang dan sentiasa demand daripada rakan rakannya.

Manchester United kalah 2-0 di tangan Spurs dalam aksi kedua Liga Perdana Inggeris 2023/24. Ianya kekalahan pertama Man United selepas kemenangan ke atas Wolves pada aksi pembukaan sebelum ini di Old Trafford.

Tuan rumah mendapat gol pertama pada minit ke-49. Sebelum pemain yang digelar tukang sembelih daging iaitu Lisandro Martinez membuat kesilapan dan tertampan bola ke gawang sendiri.

Bercakap kepada wartawan selepas tamat perlawanan, Onana menafikan sekeras kerasnya pandangan yang menyatakan Tottenham bermain lebih baik daripada calon juara EPL 2023/24 itu.

Onana dengan penuh bengang berkata: “Takde takde, mereka tak bagus mana pun. Mereka tak main lebih bagus daripada kami hari ini.”

“Kami ada buat beberapa kesilapan pada separuh masa kedua. Namun bola sepak itu bukan berkaitan aksi satu babak je.”

“Rasanya kami bermula dengan sangat bagus dan mencipta peluang gol. Malangnya kami tak dapat menyudahkan peluang yang ada dan saya rasa itu adalah kuncinya di sebalik keputusan kami catat hari ini.”

“Saya berpendapat kami semua ada buat beberapa kesilapan. Kami harus mengenalpasti kesilapan kami dan harus menerima tanggungjawab dan saya mulakannya dengan diri saya sendiri.”

“Kami tahu apa yang harus kami lakukan.”

“Mungkin kami tidak cukup bagus dalam komunikasi. Setiap bolos yang saya lepaskan, saya seorang yang selalu melihat diri saya sendiri. Dan saya sentiasa mulakannya dari diri saya.”

Andre Onana antara individu yang menyelamatkan Man United daripada bolos lebih banyak. Dia melakukan sekurang kurangnya 2 saves berkelas dunia untuk menafikan peluang gol Spurs.

Erik Ten Hag turut setuju dengan pandangan penjaga gol yang dia beli £45 juta itu. Menurut pengurus yang berkaliber itu, pasukannya bermain dengan baik terutama sekali separuh masa pertama.

Ten Hag menyatakan Man United bermain sangat baik. Cuma agak malang sebab tiada penyudah berkesan di sebalik 22 percubaan yang mereka lancarkan ke arah gawang Spurs.

“Kami bermain sangat baik hari ini terutama sekali separuh masa pertama kecuali aspek penyudah kami gagal mendapatkan gol,” tegas Erik Hentai ehh Ten Hag.

Seterusnya pengurus itu meminta penjelasan kenapa mereka tidak diberikan penalti dalam perlawanan ini. Dia mempersoalkan VAR tidak menilai sebetulnya insiden ini:

“Kami seharusnya mendapat sepakan penalti, jelas sekali. Namun kami tidak mendapat penalti. Saya tidak pasti kenapa,” tegas Ten Hag.

Aksi antara Manchester United dan Tottenham menjadi tumpuan dunia pada minggu ini. Memandangkan Spurs memulakan musim ini tanpa Harry Kane yang sudah dijual ke Bayern Munich.

Son Heung Min menggalas tugas sebagai kapten Spurs bermula musim ini. Dia dilantik atas kepercayaan Ange Postecoglu di atas pengalamannya menjadi kapten untuk negaranya.

Man United pula kehilangan pemain £72 juta mereka Rasmus Hojlund yang disahkan mengalami kecederaan dan perlukan rawatan lanjut. Jika tidak ianya akan memberikan risiko kepada karier pemain itu.

BACA:  Man Utd Rancang Pancing Kembali De Gea Ganti Onana Januari Ini