Bekas rakan pemain Arsenal, Mesut Ozil tampil untuk membuat satu klaim seperti mana yang dilakukan oleh negara jiran kita dengan menyatakan bahawa dialah Tuan Guru gol Chop Shot yang dijaringkan oleh Olivier Jonathan Giroud.
Gol itu merupakan gol pembukaan Perancis dalam perlawanan menentang Poland dan mengesahkan Giroud sebagai penjaring terbanyak sepanjang zaman pasukan Perancis.
Sebelum ini legenda Perancis, Thierry Henry merupakan pemegang gelaran penjaring terbanyak sepanjang zaman dengan 51 gol.
Giroud menyamakan rekod jaringan Henry ini dalam kemenangan 4-2 ke atas Australia dengan dua jaringan dan kini sudah di depan dengan 52 gol yang mungkin akan terus bertambah.
OLIVIER GIROUD BECOMES FRANCE’S ALL-TIME TOP SCORER (52) 🎨 pic.twitter.com/PCX6fEa8TF
— B/R Football (@brfootball) December 4, 2022
Olivier Giroud telah menjadi pemain penyerang utama Perancis di kempen Piala Dunia 2022 dan memainkan peranan penting selepas ketiadaan Karim Benzema yang cedera.
Ada yang meragui kemampuan Giroud pada awalnya merupakan pilihan kedua dan sangkaan negatif itu terus ditutup dengan dua gol pada perlawanan pembukaan kumpulan.
Giroud berjaya menyempurnakan peluang terhidang dari jarak dekat selepas tidak dikawal di dalam kotak penalti lawan dengan sepakan menggunakan teknik yang diperkenalkan oleh Mesut Ozil, selepas mendapat lorongan cantik Kylian Mbappedari sudut yang sempit.
Teknik yang digunakan oleh Giroud untuk menjaringkan gol pertama Perancis pantas mendapat perhatian bekas pemain kebangsaan Jerman, Mesut Ozil.
Daripada seorang bekas Gunner kepada seorang lagi bekas bintang Arsenal, Mesut Ozil telah menyertai sambutan itu apabila menyaksikan rakan sepasukan lamanya Olivier Giroud membuka jaringan dalam pertembungan kalah mati Piala Dunia Perancis menentang Poland.
Pemenang Piala Dunia Ozil sentiasa mengekalkan sokongannya untuk Arsenal selepas meninggalkan pendahulu Liga Perdana Inggeris pada Januari 2021 selepas kontrak ditamatkan.
Mesut Ozil yang kini berusia 34 tahun itu pantas mengenali sepakan trademark ‘chop shot’ yang diulangi Giroud di pentas tertinggi pertandingan bola sepak dunia.
Nice goal… who taught you that bro 😂😎🔥 #FRA #YaGunnersYa #Worldcup2022 @_OlivierGiroud_ pic.twitter.com/kiydGvQ5Ii
— Mesut Özil (@M10) December 4, 2022
Ozil telah menggunakan Twitter rasminya untuk meraikan jaringan Giroud itu dan mengklaim bahawa dialah Tuan Guru yang mengajar Giroud teknik itu.
“Gol yang menarik, siapa yang mengajar anda melakukannya bro?”
Pertanyaan gurauan Ozil itu diikuti oleh beberapa emoji kegembiraan dan video GIF kedua-duanya ketika masih beraksi untuk Arsenal.
Apakah Itu Chop Shot?
Mesut Ozil sememangnya terkenal dengan teknik sepakan sedemikian sepanjang bersama Arsenal selama 7 tahun setengah dan dinobat sebagai Raja Assist dan meraikan jaringan dengan menghisap ibu jari dan membuat huruf M.
Antara jaringan ikonik Ozil menggunakan teknik sedemikian adalah ketika menentang Liverpool, di mana beliau mengelirukan penjaga gol The Reds, Simon Mignolet.
Dalam satu temubual bersama GOAL, Ozil pernah mendedahkan secara terperinci mengenai sepakan trademark yang begitu sinonim dengannya itu.
“Jadi saya menemukan satu teknik yang baharu dan cuba melakukannya ketika perlawanan untuk melihat sama ada ia akan berhasil.”
“Dengan teknik ini, anda menyepak bola secara kilas dengan lebih kuat, ia akan melantun dengan lebih pantas dan sukar untuk dihalang,” kata Ozil pada ketika itu.
Secara dasarnya ia lebih kepada variasi daripada rembatan chip atau looping untuk menewaskan penjaga gol lawan.
Namun apa yang dilihat dari bola chopshot Ozil, ianya tidak berlegar lama di udara dan bola lambungannya juga mempunyai ketinggian yang cukup bagi mengelakkan penjaga gol menepisnya.
Teknik dan gaya sepakan juga membantu bola top spin kerana kontak dan langkah yang dilakukannya.
“Jika kamu berada di depan gawang dan penjaga gol menuju ke arah anda, lalu anda cip bola tersebut, kadang-kadang pemain pertahanan mereka boleh mengeluarkan bola itu dengan mudah. Bola juga akan perlahan-lahan menuju ke gawang.” kata Ozil.
“Tetapi jika kamu melakukan seperti ini( gerak isyarat chopshot), ia akan lebih cepat. Dan jangan lupa, ketika penjaga gol berlari ke arah anda, mereka juga biasanya akan melompat ke satu arah antara kiri atau kanan, jadi jika anda mengacah untuk melakukan shkt dan kemudian melakukan ini maka mereka sukar untuk menjangkakannya.
“Rahsianya adalah kamu harus mengawal bola dekat dengan kamu. Bola juga tidak boleh terlalu cepat, jika tidak, bola tidak akan melambung dengan cukup tinggi. Sentuhan pertama juga harus baik, sudahkan bola dan rembatan dengan kekuatan dari sini( menunjuk kepada langkah),” jelas Ozil mengenai teknik tersebut.
Giroud 🤝 Audacity in front of goal pic.twitter.com/GXpYlPZwTg
— Aziz Farah (@azizfaarah) December 4, 2022
Dalam perlawanan menentang Poland ini juga, Giroud telah menjaringkan gol overhead kick yang bakal menjadi gol terbaik kejohanan dan mampu memenangi anugerah Puskas.
Namun gol itu tidak dikira kerana pengadil telah menghentikan perlawanan selepas melihat penjaga gol Poland dan beberapa orang lagi terbaring dan Wojciech Tomasz Szczęsny punca kepada situasi itu tetapi mendapat kelebihan pula.
Sumber: GK