Cristiano Ronaldo telah menjaringkan dua gol ketika membantu Juventus menewaskan Lazio 2-1 pada perlawaman ke-34 Serie A selepas kembali bersambung.
Kemenangan ini membolehkan Juventus menjarakkan mata kepada 8 mata sebagai pendahulu Seria A dengan 4 perlawanan berbaki. Dua kemenangan akan menjamin gelaran juara.
Inter Milan berada di kedudukan kedua dengan 72, Atalanta tempat ketiga dengan 71 mata dan Laziao mengekori dengan 69. Masih luas terbuka perebutan tempat kedua.
Here's how the Serie A table stands with 4 matches to go ๐ฎ๐น pic.twitter.com/Je95cV4IuF
โ Italian Football TV (@IFTVofficial) July 21, 2020
Ronaldo membuka jaringan buat Juventus melalui sepakan penalti selepas Video Assistant Referee(VAR) membuat semakan bola terkena tangan pemain Lazio.
Penjaga gol Lazio, Thomas Strakosha tertewas walaupun membuat agakan yang tepat kerana tendangan Ronaldo lebih laju daripada layangan badan Thomas Strakosha.
Gol kedua Old Lady hadir hasil serangan balas pantas. Terpaan Ronaldo ke atas Luiz Felipe menyebabkan pemain itu panik dan tertolak bola kepada Paulo Dybala.
Dybala pantas melarikan bola dari tengah padang dan disusuli dengan larian daripada Ronaldo yang berjaya meninggalkan semua pemain Lazio di atas.
Dybala tidak tamak dan menghantar bola kepada Ronaldo yang hanya berhadapan dengan gawang yang kosong untuk gol kedua.
Dua jaringan Ronaldo ini telah mencatatkan sejarah dan rekod yang tersendiri daripada Ronaldo.
Penjaring Terpantas 50 Gol Di Serie A
Pada usia 35 tahun sangat menakjubkan bagi pemain yang sudah memasuki era veteran menjaringkan 30 gol semusim di liga sahaja dan itulah yang berjaya dilakukan oleh Ronaldo.
Lebih manis Ronaldo menjadi penjaring terpantas 50 gol di Serie A dan hanya memerlukan 61 perlawanan sahaja.
61 โ Cristiano #Ronaldo is the fastest player to score 50 goals in Serie A (61 appearances) โ among the players who made their debut since 1994/95. Sprinter.#JuventusLazio #SerieA pic.twitter.com/Fy6hQ6xW4W
โ OptaPaolo (@OptaPaolo) July 20, 2020
Sebelum ini rekod tersebut dipegang oleh Andriy Shevchenko yang menjaringkan 50 gol dalam 68 perlawanan.
Ronaldo has become the fastest player to score 50 Serie A goals since 1950
Thatโs faster than R9, Schevchenko & Van Basten despite being 35 ๐คฏ pic.twitter.com/A6NdCJ1Lck
โ ๐ต๐น๐ฆ๐ท (@bothgoats) July 20, 2020
Setakat ini Ronaldo telah menjaringkan 30 gol dalam 30 perlawanan di Serie, berkongsi jaringan yang sama dengan dengan penyerang Lazio, Ciro Immobile.
Pemain Pertama Jaring 30 gol Semusim Di Tiga Liga Berbeza
Cristiano Ronaldo juga turut mencipta rekod peribadi yang unik apabila menjadi manusia pertama menjaringkan 50 gol di 3 liga yang berbeza yang berada dalam ranking 5 liga teratas.
Ranking 5 liga teratas (Top flight league) ini melibatkan Premier League (England), La Liga (Sepanyol), Serie A (Italy), Bundesliga (Jerman) dan League 1 (Perancis).
Ketika bersama Manchester United, Ronaldo telah menjaringkan 31 gol pada musim 2007/08.
Cristiano Ronaldo is the first player to score 30+ league goals in a single season in three different big-five European divisions:
2000s: โ Premier League
2010s: โโโโโโ LaLiga
2020s: โ Serie AAnd he's done it across three different decades. pic.twitter.com/Evll5M3OOZ
โ Squawka Football (@Squawka) July 20, 2020
Selepas berhijrah ke Real Madrid dan berada di kemuncak prestasi Ronaldo menjaringkan 30 gol dan lebih untuk 6 musim berturut-turut.
Musim 2010/11 (40 gol), 2011/12((46 gol), 2012/13 (34 gol), 2013/14 (31 gol), 2014/15 (48 gol) dan 2015/16 (35 gol).
Musim 2015/16 merupakan kali terakhir Ronaldo menjaringkan 30 gol semusim di Liga sehinggalah musim 2019/20 bersama Juventus.
Pemain Juventus Pertama Menjaringkan 30 Gol semusim di Serie A Sejak 1952
Dua gol ketika menentang Lazio ini bukan sahaja mengukuhkan cengkaman Juventus di Serie A malah menobatkan Ronaldo sebagai pemain Juventus pertama menjaringkan 30 gol semusim sejak 1952.
Untuk rekod secara keseluruhannya, Ronaldo telah menjadi pemain ketiga Juventes menjaringkan 30 gol semusim selepas Felice Borel melakukannya pada musim 1933/34 dengan 31 gol.
John Hansen pula menjadi pemain kedua 17 tahun kemudian. John Hansen menjaringkan 30 gol di Serie A pada musim 1951/52.
30 โ Cristiano #Ronaldo is the 3rd #Juventus player to score at least 30 goals in a single Serie A campaign, after Felice Borel (31 in 1933/34) and John Hansen (30 in 1951/52). Sublime.#JuventusLazio #SerieA pic.twitter.com/qjM2Hb3XAw
โ OptaPaolo (@OptaPaolo) July 20, 2020
Dengan baki 4 perlawanan lagi, Ronaldo mampu dan berpeluang menjaringkan lebih banyak gol lagi berbanding Felice Borel.
1. Borel โ 31 gol musim 1933/34
2. John Hansen โ 30 gol musim 1951/52
3. Cristiano Ronaldo โ 30 gol musim 2019/20 (Baki 4 perlawanan lagi)