Rudi Garcia Salahkan Ronaldo Al Nassr Gagal Ke Final

Pengurus Al Nassr, Rudi Garcia ternyata jujur dan telus apabila tanpa berselindung telah menyalahkan Cristiano Ronaldo yang menjadi antara faktor kelab Arab Saudi itu gagal ke perlawanan akhir Saudi Super Cup.

Al Nassr tewas 3-1 kepada Al Ittihad di separuh akhir Saudi Super Cup dan Cristiano Ronaldo masih lagi gagal untuk menemui jaringan dan membuka akaun gol dalam perlawanan kedua.

Dan lebih buruk seperti perlawanan pertamanya, Cristiano Ronaldo hanya berjaya melakuakan satu percubaan bahaya melalui tandukan yang berjaya diselamatkan penjaga gol Al Ittihad, Marcelo Grohe.

Kedua dari Al Ittihad menerusi tandukan Abderrazak Hamdallah adalah berpunca dari kesilapan Cristiano Ronaldo yang telah kehilangan bola lalu menyebabkan gol terhasil.

Rudi Garcia tidak berselindung selepas perlawanan apabila mengakui kegagalan Cristiano Ronaldo menyempurnakan peluang telah menjadi titik tolak kepada kekalahan itu.

“Salah satu perkara yang mengubah perjalanan perlawanan ialah peluang Cristiano Ronaldo terlepas pada separuh masa pertama.” kata bekas bos Roma dan Lyon itu kepada pemberita selepas perlawanan.

“Saya mengucapkan tahniah kepada Al-Ittihad. Mereka mempersembahkan separuh masa pertama yang jauh lebih baik daripada kami, dan kami bermain dengan baik pada separuh masa kedua, tetapi malangnya kami tidak dapat mengubah keputusan.”

“Sudah pasti kami kecewa tersingkir dari Saudi Super Cup tapi kami masih lagi nombor satu di liga.” Itulah ayat menyedapkan hati Rudy Garcia.

Romarinho membuat tirai jaringan dan kesengsaraannya bertambah apabila Al-Ittihad melakukan satu serangan yang lain dan menggandakan kelebihan mereka melalui Abderrazak Hamdallah.

Anderson Talisca berjaya mengurangkan defisit dan gol penyamaan cuba dicari namun tidak kunjung tiba, di penghujung perlawanan Muhannad Al-Shanqeeti terus mematikan perjuangan Al Nassr dengan gol ketiga.

Ia adalah kekalahan pertama Ronaldo dalam jersi Al-Nassr, dengan penyerang itu tidak dapat membawa pasukannya ke final Piala Super Saudi. Sebaliknya, pemenang Al-Ittihad akan menentang Al-Feiha kembali di Stadium King Fahd.

Pemain berusia 37 tahun itu menjadi figura terpaling kecewa selepas gagal menjaringkan gol walaupun kelihatan hidup pada awalnya ketika dia cuba menghiburkan penonton dengan beberapa helah yang menjadi cap dagangannya.

Seolah-olah hari peminat Al-Nassr tidak boleh menjadi lebih teruk berikutan kekalahan pasukan mereka menentang Al-Ittihad, Cristiano Ronaldo dilihat terhincut-hincut keluar padang selepas perlawanan tamat.

Cristiano dikhuatiri cedera selepas menerima terjahan kuat daripada pemain gantian Al Ittihad, Hamad Al-Shamrani di penghujung perlawanan. Akibatnya, dia mengalami bengkak pada sendi kakinya.

Pemenang Ballon d’Or lima kali itu akan menjalani pemeriksaan kesihatan lanjut untuk mengesahkan tahap kecederaan yang mungkin berlaku. Ronaldo boleh dilihat terpincang-pincang ketika meninggalkan padang dan telah diejek dengan jeritan Messi! Messi! ketika menuju bilik persalinan.

Dengan kejujuran tahap tahap dewa Rudi Garcia ini mungkin dia tidak bergurau ketika menyatakan pemain pilihan utamanya adalah Lione Messi bukannya Ronaldo ketika pemain itu diumumkan.

BACA:  Koyak Kena Nganjing, McGregor Petik Nama Messi Dan Ronaldo