Para Pemain Tottenham Hotspur Tidak Gembira Dengan Pengurusan Baru Kelab

Para pemain Tottenham Hotspur tidak gembira dengan tingkah laku pengarah bola sepak baharu mereka, Fabio Paratici dan pengarah persembahan teknikal, Steve Hitchen.

Ia merupakan permulaan yang menakjubkan untuk Tottenham Hotspur, dengan mereka berjaya mengungguli carta liga ketika rehat antarabangsa, selepas memenangi kesemua tiga perlawanan awal liga.

Lebih manis lagi, Tottenham Hotspur turut berjaya menewaskan Juara bertahan Premier League, Manchester City pada perlawanan pembukaan saingan liga musim ini.

Skuad kendalian Nuno Espirito Santo itu juga mendapat tenaga tambahan selepas penyerang handalan mereka, Harry Kane menyatakan persetujuan untuk kekal bersama kelab.

Kane memutuskan untuk kekal bersama Spurs setidak-tidaknya sehingga Januari nanti, dan beliau dijangka akan menyertai Man City selepas itu.

Walau bagaimanapun, segelintir pemain Tottenham Hotspur ketika ini tidak gembira dengan kehadiran Paratici, yang membawa Nuno Espirito Santo sebagai pengurus kelab, dan Hitchen yang berada di bangku simpanan ketika perlawanan di halaman sendiri.

Menurut sumber laporan dari media UK, para pemain mengeluh kerana kedua-dua individu tersebut duduk bersama mereka di bangku simpanan dan turut tidak senang dengan tingkah laku mereka ketika perlawanan berlangsung.

“Ia jelas sekali tidak sesuai dengan pemain.”

Jelas sumber terdekat Spurs.

“Pemain yang ada di bangku simpanan rasa mereka tak boleh bercakap dengan bebas antara mereka dengan kedua-dua individu tersebut duduk sekali bersama mereka.”

“Para pemain secara keseluruhannya tidak suka ketika mereka berdua duduk bersama mereka dan berdiri sambil menjerit memaki pengadil atau sesiapa sahaja dalam skuad.”

Walau bagaimanapun, para pemain sepertinya perlu membiasakan diri mereka untuk melihat pegawai tertinggi kelab untuk duduk bersama mereka, memandangkan mereka sudah melakukan hal itu sepanjang musim ini.

Alasan mengapa pengarah dari Itali yang sebelum ini bekerja bersama Juventus itu, bersama Hitchin untuk duduk di bangku simpanan adalah kerana peraturan baru dari Premier League.

Protokol pandemik bermaksud kesemua pemain dan pegawai yang menjalani saringan bersama perlu duduk sekali dalam satu-satu perlawanan liga.

Musim lalu, dengan tiada penonton dibenarkan masuk, pemain dan staff boleh mengasingkan diri mereka dengan duduk berlainan tempat.

Namun kerana kini sudah ada penyokong yang dibenarkan masuk, maka untuk menjaga jarak antara mereka dengan penonton, maka pemain dan staff perlu duduk bersama.

Jika Tottenham Hotspur kekal berada di puncak liga sehingga akhir musim nanti, sepertinya para pemain akan tetap gembira dengan kehadiran dua individu tersebut di bangku simpanan mereka.

Sumber: SB

BACA:  Spurs Akhiri Rekod Tiga Kekalahan Berturut-turut Dengan Meleburkan Rekod Tanpa Kalah Man City